CHAPTER 22 | PEEKING

5.8K 513 3
                                    

Kicauan burung menggamit suasana. Kereta kuda bergerak tenang ke arah utara. Aeryz asyik melambung bunjut berisi kepingan emas sambil bersiul-siul. Aku dan Amelia berehat di kabin kayu.

Belakang kepala Amelia, aku usap perlahan. Dia menyandar kepala ke bahuku. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya. She's so cute when smiling like that...

"Aeryz, kita nak kemana...?"

Aku menyoal selamba. Si serigala menoleh kepadaku. Arria tersenyum mendengar pertanyaanku.

"Kita ke Moonvalend, Quinn..."

"What for...?"

"Heh, to meet someone!"

Aeryz membalas teruja. Aku dan Amelia berbalas pandangan. Arria tertawa kecil.

"Meet someone? Who...?"

"Dia merupakan serigala terhebat yang pernah wujud di dunia! Dia bagaikan dewa serigala! Kepantasan dia umpama kilat menyambar! Libasan pedangnya mampu membelah gunung belantara!"

Aeryz berkata seraya mendepakan tangan. Amelia tertawa mendengar Aeryz mendabik dada. Aku menggosok belakang kepala.

Dia ni memang suka mereka cerita...

"Quinn, kami nak bawa awak berjumpa dengan serigala lagenda...Serigala yang paling kuat selepas Aiden..."

Arria menyampuk. Aku mengangguk. Aeryz mengambil pedangnya, lalu dihalakan ke atas.

"I am the legends! The finest hunter!"

"Aeryz! Stop it! Sikap awak macam budak-budak! Haha!"

Amelia menegur sambil tertawa. Aku tersengih menggeleng kepala melihat si serigala kian menggila.

"Aku bukan nak bangga diri, Quinn! Tapi, keturunan aku, keturunan lagenda! King Aiden merupakan lagenda terakhir!"

"Lagenda? Apa bendanya tu...?"

"Pemburu lagenda...Gelaran pada pemburu yang diiktiraf Lord Barathum..."

"Lord Barathum...?"

"Si dewa serigala..."

"Ahh, forget it..."

Aku kembali menyandar pada kabin kayu. Pandangan dilontarkan pada pemandangan hutan. Sinaran matahari menerjah masuk melalui celahan dedaun hijau.

Aeryz tersengih. Dia melompat ke kabin kayu. Tanpa segan silu, dia duduk di sisi aku. Amelia berganjak memberi ruang.

"Quinn..."

"Erm...?"

"Kenapa kau nak ikut aku? Hehe..."

"Nothing...Aku cuma nak rasa pengembaraan seperti kau cakapkan sebelum ni..."

"Haha! I knew it! The son of Vlademir bukan serigala pengecut!"

"Yea-yea, whatever..."

"Soo, Amelia sekarang sudah sah digelar companions kau...?"

Aeryz menyoal seraya menyimpulkan senyuman sinis. Matanya dilirikkan ke arah gadis berambut hitam. Arria menjeling sinis gelagat kami bertiga di belakang.

"Errr, apa awak maksudkan, Aeryz...?"

"Awww, janganlah malu-malu...Hehe!"

Aeryz berkata sambil berlakon menjadi gadis gedik. Yup, teramat gedik. Kalau boleh, aku nak sikukan muka dia...

Eh, kejap...

"Aeryz...Jangan cakap yang kau..."

"Hahahahahahahahaha! Yes! Aku nampak apa korang buat malam semalam! Damn it, man! You're so manly! You fucked her without hesitate! Aku kagum!"

"WHAT...!? TAK GUNA KAU!"

Aku menerkam ke arah Aeryz! Kepalanya, aku kunci rapat dengan lengan! Amelia sudah tertunduk menekup muka. Arria pula tertawa terbahak-bahak!

"Aww! Aww! Lepaskan aku, Quinn!"

"Grrrr...Grrrr...Berani kau skodeng aku!"

"Lol, she moaned so loud! Aku dan Arria tak berniat pun nak..."

"Waaaaaaaaaaa! Malunya! Pukul dia, Quinn! Jangan lepaskan dia!"

"Beat him, Quinn! Beat him! Hahahaha!"

Suasana di kabin kayu kelam-kabut apabila Amelia turut menumbuk muka Aeryz bertubi-tubi! Aku pula menggigit telinga! Arria pula kian semput dek geli hati.

Celaka betul mamat ni!

Drapp...!

Drapp...!

Drapp...!

Derapan tapak kaki kuda kedengaran mengejar kami dari belakang. Aku melepaskan tangan dari Aeryz. Seorang gadis berkelubung memacu kuda ke sisi kabin kayu.

"Quinn, Amelia...Di sini rupanya kalian berada..."

Rania menegur seraya menurunkan hood di kepala. Dia tersenyum simpul melihat kami berempat. Aku menggaru pipi.

"Miss Rania, how good to see you here..."

"Haha, kalian nak ke mana...?"

Rania menyoal ramah. Arria membalas senyuman gadis berambut blondie. Aeryz tersengih seraya menyandar pada kabin kayu. Rambutnya serabai dek serangan aku dan Amelia sebentar tadi.

"Kami nak ke Moonvalend, Rania..."

"Kalian nak melawat Lycans dan Loralyn..?"

"Yeah, wanna tag along...?"

"I love too..."

THE LOST HEIR [C]Where stories live. Discover now