Kalaupun pak cik kerek ni tak suka portfolio dia, janganlah dia main campak ke muka dia macam ceo-ceo garang dalam drama tu. Hesy, minta simpanglah!

"Okey. Awak diterima untuk jadi vendor di sini."

"Hah?" Ajda tergamam. Rasa macam dengar tak dengar saja kata-kata Megat Talhah tadi.

"Saya cakap, awak diterima." Megat Talhah menutup portfolio itu dan diletakkan ke atas meja sebelum memandang ke wajah Ajda. Kagum sebenarnya dengan ketelitian gadis itu menyediakan portfolio tersebut yang bagi Megat Talhah memang cukup lengkap dan menepati kehendaknya.

"Nanti kami akan sediakan kontrak, jika bersetuju dengan semua syarat maka bolehlah tandatangani kontrak tu nanti. Okey? Ada soalan?" Megat Talhah menyambung sambil menyilang jari-jemarinya di atas meja.

Ajda masih diam, tiada respons.

"Cik Ajda Sajidah!" Nada suara Megat Talhah naik seoktaf.

"Hah, ya. Ya, saya." Ajda seolah-olah kembali ke alam nyata. Baru sebentar tadi dia terawang entah ke mana. Rasa macam tak percaya, pemohonannya untuk menjadi vendor di butik berprestij itu diterima.

"Ada soalan?"

"Errr, tak ada."

"Kalau tak ada, baguslah. Sekarang cik boleh keluar, saya ada mesyuarat yang perlu saya hadiri dekat luar jadi tolong jangan buang masa saya. Nanti kontrak dah siap, kami akan hubungi pihak cik." Megat Talhah bersuara senafas sambil bangun dan berkemas.

"Baik. Baik. Terima kasih, Encik Megat."

Megat Talhah sekadar mengangguk perlahan sebelum dia membuka pintu untuk Ajda keluar.

"Terima kasih sekali lagi, Encik Megat." Sekali lagi Ajda bersuara saat dia keluar dari pintu bilik Megat Talhah itu.

"Ya, ya. Sudah, saya sibuk ni." Megat Talhah mendengus sebelum menutup pintu bilik pejabatnya itu.

Ajda tersengih sendiri saat berlalu ke kaunter, memberitahu perkhabaran gembira itu kepada Ati yang disambut dengan ucapan tahniah oleh pembantu butik itu sebelum Ajda berlalu keluar dari butik Talqisya.

"YA ALLAH, kenapa pula ni? Haih, baru saja dapat berita gembira, kau buat hal pula, ya? Kenapalah dalam banyak-banyak hari, hari ni juga kau nak buat hal? Bagilah chance dekat aku bergembira saja hari ni. Hesy! Sebab tu orang kata, jangan gembira sangat, nanti mesti ada benda buruk jadi." Ajda mengomel sendiri saat dia cuba membuka lock kereta yang tidak boleh terbuka sedari tadi. Beberapa kali dia menekan punat pada kunci keretanya namun hampa, langsung tak ada tindak balas.

"Ada apa ni?"

Ah, suara ni lagi! Ajda mengeluh sendiri sebelum berpaling perlahan menghadap Megat Talhah yang baru saja keluar dari butik, hendak ke mesyuarat seperti yang dia katakan tadi gamaknya.

"Entahlah. Tak boleh unlock kereta." Ajda bersuara sambil mengetuk-ngetuk punat pada kunci keretanya. Habis bateri ke kunci kereta ni?

"Oh." Itu saja perkataan yang keluar dari mulut Megat Talhah sebelum dia berlalu masuk ke dalam sebuah BMW putih yang diparkir bersebelahan Perodua Axia berwarna merah milik Ajda.

"Cis, oh saja dia cakap!" Ajda mendengus geram saat kereta BMW yang dipandu seseorang itu membawa Megat Talhah pergi.

"Berlagak, tak boleh tolong sikit pun. Kut ya pun nak cepat, minta la tolong staf dia ke tengokkan kereta aku ni. Tak ada timbang rasa langsung. Baru ada butik macam ni pun dah berlagak sampai kena guna driver. Poyo! Benci! Kau pun satu kereta, kenapa hari ni? Kenapa?!" Ajda melampiaskan kemarahannya sendiri.

"YA along, tak tahulah. Tiba-tiba saja tak boleh unlock kereta." Ajda bersuara penuh kebimbangan. Mana pernah dia mengalami situasi itu sejak dua tahun memiliki kereta tersebut.

"Bateri kunci habislah tu, tak pun bateri kereta. Dah cuba buka pintu secara manual?"

"Dah, dah cuba start enjin dah pun. Tak boleh."

"Macam tu memang bateri keretalah yang habis."

"Habis apa Ajda nak buat ni? Along tolonglah!" Ajda merayu macam budak kecil.

"Along tengah kerja ni. Ajda tunggu aje dekat situ tak pun balik aje dulu naik teksi. Nanti along pergi tengokkan kereta tu masa rehat."

"Ala along."

"Ajda, benda tak ada apalah. Janganlah buat benda ni macam masalah dunia sangat. Dah. Pergi balik dulu, nanti along tengokkan. Tinggallah kunci kereta Ajda tu dekat butik Talqisya tu ke tak pun nanti along balik ambil dekat rumah."

"Hmmm, tak apalah along. Nanti susah along pula nak kena balik ambik dekat rumah. Nanti Ajda tinggal kunci kereta dekat butik ni aje la. Masalahnya sekarang, Ajda nak kena pergi hospital pula ni. Hantar pavlova dekat mini mart sana."

"Nak buat macam mana, Ajda panggil ajelah teksi tak pun GrabCar ke Uber ke, hantar pavlova tu."

"Haih, yalah along. Nanti datang tengokkan kereta ni, ya?"

"Yalah, dah jangan risau. Along letak dulu, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Ajda menyimpan kembali telefon bimbitnya bersama keluhan berat di bibir. Rasa tak sampai hati nak tinggalkan kereta kesayangannya itu dekat situ tapi apakan daya.

"Cik..." Suara seseorang yang menerpa membuatkan Ajda yang baru saja hendak melangkah masuk ke dalam butik Talqisya untuk meninggalkan kuncinya, membatalkan hasratnya dan berpaling memandang ke arah suara itu.

PAKCIK KEREK SEMANIS PAVLOVAWhere stories live. Discover now