1

92 8 5
                                        

"Awak pergilah dengan pompuan tu! Dia yang awak sayang kan! Saya dah tak penting dah dalam hidup awak!" luah Misya namun hatinya masih tidak puas dengan jejaka dihadapannya. Betapa peritnya hati ini apabila lelaki yang sering berkata 'I love you', 'Saya akan selalu disisi awak' dan 'I want you and only you' kepadanya, sudah meninggalkan dirinya sendirian. Padahal dia sayang akan Adrian sepenuh jiwanya tapi Adrian pula? Dah ada girlfriend rupanya!

"Misya...dengar dulu saya jelaskan," kata Adrian dengan suara yang lembut. Misya hanya memeluk dirinya. Dari luar, kelihatan seperti terdapat aura kebencian di sekitarnya.

Tapi, Raisa Manisya tidak sanggup membenci lelaki itu. Perasaan sayang dan cinta masih kekal dalam hatinya.

"Jelaskan, Adrian! Jelaskan macam mana awak asyik-asyik cakap yang awak sayang saya dan hanya mahu saya sedangkan awak dah ada girlfriend sejak dua tahun lalu dan korang berdua nak bertunang bulan depan!" bentak Misya. Adryian mengeluh kecil dan mula menjelaskan perkara sebenar,

"Misya, saya mana ada girlfriend. Saya tak tau kenapa bff awak tipu yang saya dah berpunya tapi saya janji..JANJI! Yang saya takde girlfriend ataupun tunang dan mana-mana yang seangkatan dengannya. Nak tau kenapa?" dengan itu, Adrian mengeluarkan sebuah kotak cincin berwarna hitam lalu dibukanya menyebabkan cincin bermahkota berlian itu menyerlah. Mata Misya terbuntang luas.

"Because..Raisa Manisya..I don't want other woman other than you. Like I always say, I want you and only you as my beloved wife, I love you and I will always will. That's why..I want to ask. Raisa Manisya, will you marry me?"

WARRHHHHHHHH!!!!!!!

"Sweet giler lah bab ni! Setiap bab dalam novel ni mesti ada je babak sweet tahap nak mampuih!" kata seorang perempuan sendirian dalam perpustakaan usai sahaja dia habis baca novel berjudul 'KAULAH YANG SATU'.

Qaisarah Batrisyia. Seorang wanita yang dah berada dalam lingkungan 20-an namun masih tak hilang sikapnya yang menyerupai kanak-kanak riang. Tapi bila garang dia muncul, singa pun lari ketakutan.

"Shhhh! Kau ni diam ah! Orang kalau baca buku dengan tenang, kau mengganggu lak." tegur Dania Karmilia, sahabat sejatinya itu. Dia meniliti jam tangannya.

Prooooot..

"Sarah..jomlah pergi makan. Perut aku tengah nyanyi lagu Let It Go niii..mengganggu je orang lain dalam perpustakaan ni," ajak Dania sambil menarik lengan Sarah seperti seorang kanak-kanak yang hendakkan mainan.

"Okay, jap eh! Aku nak pinjam novel ni kat kaunter jap."Sarah menutup novel yang agak tebal itu lalu mengorak langkah ke arah kaunter peminjaman buku. Dania mengikuti Sarah dalam kelajuan yang agak rendah walaupun dia sudah ketinggalan jauh.

****

SPROOOOOOTTT...

Bunyi sedutan jus oren itu terhasil apabila cecair tersebut hanya tinggal sedikit dalam gelas itu. Dania hanya terus memerhatikan best friendnya yang leka membaca novel. Sarah tak mahu order apa-apa.

Asyik melekat aje muka dia dengan novel tu. Bukan dia sudah habis baca ke novel tu? Dah tiga kali kut dia baca. Hairan Dania dengan sahabatnya itu.

"Sarah, asyik-asyik novel yang sama je! Takde novel lain ke?" tanya Dania lalu meletakkan gelas kosong itu diatas meja. Sarah masih kekal dalam posisi yang sama. Dia tak dengar ke apa Dania tanya?

"Woi! Qaisarah Batrisyia oiiii!" panggil Dania sambil memetik jarinya dekat muka Sarah. Sarah yang sudah membaca sehingga memasuki alam novel terkejut dengan suara Dania memanggil.

"Hah? Ap-apa kau tanya tadi? Jam berapa? Bukan kau ada jam ke?" kata Sarah membuatkan Dania facepalm. Orang tanya lain, dia jawab lain!

"Kepala hotak kau! Mana ada aku tanya jam berapa! Aku sendiri ada jam tangan dengan telefon!" jawab Dania sambil menunjukkan telefon Iphone 6s dan jam tangan G-SHOCK miliknya.

"Ohh..hehehe sorry! Habistu, apa kau tanya tadi?"

"Apsal kau asyik baca novel sama je? Asyik-asyik baca yang tu! Ada banyak lagi novel lain tau tak," kata Dania.

"Novel ni best tau tak! Favorite aku ni! Plot cerita dia sangat menarik! Aku paling suka dengan watak heronya! Megat Adrian Azfar! Oh myyyy! Melting aku bila dia buat pickupline ngan watak Manisya ni!! I love youuu, Adrian!" Dania hanya mengeluh kecil mendengar jawapan Sarah. Dah crush kat watak dalam buku rupanya! Cinta Fictional je tu!

Dania meniliti jam tangannya sekali lagi. Jarum jam menunjukkan jam 4:37 petang.

"Jomlah kita balik," kata Dania lalu dia ke kaunter pembayaran. Sarah menutup novel tersebut lalu mengikut langkah Dania.

***

Usai sahaja solat Isyak, Sarah mengambil novel itu lalu duduk di atas katilnya. Walaupun sudah berkali-kali novel itu dibaca, tapi minat Sarah terhadap novel itu tetap ada malah semakin meningkat.

Dia sering membaca bab yang mempunyai watak Megat Adrian Azfar didalamnya. Dia seperti sudah jatuh cinta dengan jejaka fiksyen itu. Ya, dia tahu yang Adrian tidak wujud dalam dunia realiti ini. Tapi alangkah bagusnya jika seorang jejaka sepertinya wujud.

"Ya Allah...bestnya kalau Adrian wujud. Charming, kacak, baik, suka main gitar...Haih, sampai bila pun aku takkan jumpa jejaka begitu! Dalam novel cliche aje orang camni wujud.." keluh Sarah sendirian. Punah harapan bersuamikan Megat Adrian.

Baginya, walaupun banyak novel melayu cliche begini diterbitkan, tapi takde satu pun yang akan berlaku direaliti. Semua hanya rekaan. Mana nak jumpa lelaki berpangkat Megat  dengan muka kacak? Standard tinggi juga Sarah ni..

Sarah tahulah yang lelaki seperti itu wujud, tapi susahlah orang macam dia nak jumpa jejaka idaman tu. Fikir senang ke? Nak bertembung dengan lelaki kacak lagi baik dan mempunyai Megat mahupun Tengku dihadapan? Dalam mimpi ajelah...

Sarah baring atas katilnya lalu memerhati siling bilik itu.

"Oh, Adrian. Aku harap sangat kau wujud!"

~

Wassup! Ni authornya! Mimi ;)

Akaun EMina32 ni gabungan tiga best friend iaitu:

Eqa :)

Mimi, iaitu saya ;)

Dan Ayna :v

Saya harap korang enjoy bab ni dan sila vote pada setiap bab yang korang baca kalau tak saya bunuh..hehe main-main je ;) Maaf ya kalau ada typo. Kalau sudi, follow akaun kami ye? Okay tata titi tutu tete eh eh? Bye!

~Mimi

Cinta Fictional Where stories live. Discover now