Part 4

177 4 0
                                    

BUKAN JAMINAN

Namun apa yang mahu saya kongsikan di sini ialah soal salah faham kita dalam melihat maksud sabda Nabi SAW, pilihlah wanita yang memiliki agama, nescaya kamu beruntung.” [Sahih al-Bukhari dan Muslim]

Setelah memilih wanita yang beragama, atau lelaki yang beragama juga, apakah bermakna rumahtangga kita sudah beroleh plan ‘takaful’ perlindungan dari musibah, pergaduhan dan penceraian? Tidak perlu diselak lembaran nas, kerana jawapannya ada pada rumahtangga kita dan rakan di sekeliling kita. Sesungguhnya permulaan yang baik, hanyalah suatu permulaan yang baik. Ia tidak mampu mengawal agar seluruh perjalanan rumahtangga itu kekal baik, melainkan usaha menjaga, memantau, dan membangunkan rumahtangga yang baik… kekal berterusan.

Inilah yang sering gagal diberikan perhatian.

“Saya telah menghadiahkan anak saya sebaik-baik hadiah buat mereka, iaitu dengan saya mengahwini seorang perempuan sebaikdia’ ”, seorang pemuda bermadah pujangga.

Baik semasa berkahwin, bukan jaminan untuk terus baik di sepanjang perkahwinan.

Aku Terima NikahnyaWhere stories live. Discover now