Bab 1

335 25 25
                                    


Cover khas dibuat oleh beliau😎

Nuhisz


Kata orang.. cinta yang setia sanggup menunggu sang kekasihnya sehingga nafas terakhir..tetapi masih wujud kah cinta itu dimata orang pada masa kini??

Kisah ini berlaku pada 3024 tahun yang lalu..seorang pemuda berambut biru kehitaman memakai baju kemeja biru laut disertakan seluar hitam disisinya terdapat pedang bercorakkan permata biru langit sedang berdiri dihadapan sepasang suami isteri..

Riak wajah mereka yang serius jelas melindungi reaksi yang sebenar..

Pemuda itu melepaskan keluhan berat buat seketika sebelum memberanikan diri untuk bersuara..

"Ayahanda Dylan..Bonda Dylan.. anakanda dan para suami yang lain sudah temui lokasi tunang anakanda dan para isteri mereka berada kini..izinkan anakanda dan yang lain membawa pulang mereka.." suaranya lembut tetapi tegas dipendengaran..

Raja Dylan memandang kearah permaisurinya sebelum menoleh kearah pemuda itu semula..

"Putera Faryhan.. ayahanda izinkan anakanda mencari dimana puteri ayahanda berada..carinya dan bawanya pulang ketempat asalnya bersama yang lain.." kata putus sang raja..

"Baiklah ayahanda.. Ryhan berjanji akan membawanya pulang meskipun nyawa anakanda menjadi taruhan.." ikar janjinya diluahkan sebelum pemuda itu meminta izin untuk bergerak pergi mencari tunangnya bersama yang lain..

Sepanjang perjalanan fikirannya menerewang memikirkan peristiwa lalu bersama tunangnya..

Perkara terakhir mereka bersama sewaktu hari perkahwinan mereka..

Segalanya berubah menjadi mimpi ngeri..

~~~~~~~~~

Sebuah kerajaan yang aman dan damai kelihatan meriah dengan majlis yang bakal diadakan disana.. iaitu majlis perkahwinan Puteri Eizarn Dylan,puteri tunggal pemerintah kerajaan Alam, bersama Putera Faryhan Alaudin..

Tanpa mereka sedar..didalam kegembiraan itu akan berubah menjadi kedukaan.. seorang musuh yang mahukan kuasa demi menakluki dunia telah membuat rancangan untuk mendapatkan kuasa terbesar selain dua kuasa terbesar didunia itu.,iaitu jantung alam..

Segala makhluk kegelapan muncul disaat perkahwinan sedang dilakukan.. Semua pahlawan,tentera termasuk juga pahlawan terhandal dari setiap kerajaan membantu Raja Dylan memusnahkan kegelapan yang cuba menakluki jantung alam..

Pada ketika itu, Faryhan membawa Eizarn keluar dari tempat yang diserang musuh. baju yang pada mulanya indah dimata menjadi kotor dengan percikan darah dari makhluk kegelapan dan tentera yang tewas..

"Kanda..isk..isk.." tangisan mula kedengaran..

Faryhan memandang kearah tunangnya yang berada disebelahnya..pedang turut digenggam erat..setiap musuh yang menyerang mereka berdua dilibas dengan pedangnya..

"Mengapa dinda??" Eizarn memberhentikan langkahnya daripada terus berlari.. Faryhan yang memegang tangan tunangnya terpaksa berhenti melangkah..pelindung bewarna putih lutsinar dipasangnya..

"Perlu ke kita lari?? Perlu ke kita tinggalkan mereka yang berlawan disana sendirian??" soal Eizarn sambil memandang ke arah rakan-rakannya yang sedang berperang melawan musuh sedangkan dia melarikan diri.. terasa sakit dihatinya melihat segalanya..

Faryhan mencacakkan pedangnya ditanah lalu mengusap pipi tunangnya lembut..

"Kalau boleh kita tak perlu lari..tapi untuk kebaikan dinda..kita kena lari..jika mereka berjaya mendapatkan kuasa dinda..ia bahaya..bukan bahaya untuk dunia kita sahaja..tetapi termasuk dunia yang lain.." terang Faryhan..

7 Legenda Alam SatriaWhere stories live. Discover now