KYAIRA 4

34.8K 448 10
                                    


Iskandar tersenyum pada budak2 lelaki yang datang salam selepas habis mengaji..

"Ustaz.. Esok ada mengaji tak?" Tanya aizat.. Salah seorang budak2 yang mengaji.. Ustaz? Hahaaha.. Jauh sangat panggilan tu.. Tapi kesemua yang datang belajar mengaji kat sini semua panggil ustaz.. Bukan budak2 yang datang mengaji je panggil.. Mak ayah dorang pun ikut sekali panggil ustaz.. Dah berulang kali suruh panggil abang is atau nama.. Tapi ustaz juga yang dipanggil..

"In Shaa ALLAH.. Kalau takda apa2 mengaji macam biasa.. Kenapa Aizat?" Tanya iskandar lembut.. Aizat tersenyum kecil

"Mak suruh cakap dengan ustaz yang esok saya tak dapat datang.. Esok pagi kena balik kampung.. Ada hal apa ntah" Aizat bagitahu iskandar.. Iskandar hanya mengangguk kepala

"Yelah.. Tapi amal kan baca Al-Quran tu bila tak mengaji esok.. Faham?" Kata iskandar.. Aizat mengganguk dan buat ibu jari ke atas..

"Ok ustaz saya balik dulu.. Assalamualaikum" Iskandar mengganguk dan jawab salam aizat.. Dilihat aizat mula mengayuh basikal.. Iskandar masuk ke dalam rumah.. Ada dua orang masih di dalam rumah.. Adik beradik.. Si abang berumur 12 tahun.. Dan yang si adik berumur 9 tahun.. Dengan zaman sekarang yang bahaya.. Memang iskandar tak benar kan budak2 ni tunggu diluar lagi2 malam macamni..

"Ustaz" Panggil salah seorang budak2 ni.. Iskandar menoleh dan tersenyum.. Jelas lesung pipit di pipi kanan nya.. Iskandar duduk tidak jauh dihadapan budak2 ni..

"Ye.. Ada apa shamil?" Tanya iskandar memandang shamil yang tersenyum

"Ustaz takda makwe ke?" Tanya shamil bersahaja.. Mati terus senyuman iskandar.. Iskandar menggeleng geleng kepala perlahan sambil ketawa

"Allah.. Belum ada lagi shamil.. Kenapa shamil tanya?" Iskandar tertanya2.. Banyak2 soalan kenapa soalan tentang jodoh jugak budak ni tanya..

"Bukan apa ustaz.. Tu kat rumah saya tu.. Ibu saya suka kat ustaz.. Nak jadikan ustaz menantu dia.. Untuk kakak saya tu" Jawab shamil selamba.. Iskandar tersenyum pahit digosok perlahan tengkuk..

"Ustaz nak tak?" Tanya shamil.. Amboi budak ni.. Ingat nak kahwin ni macam pilih keropok ke? Baru iskandar nak buka mulut terdengar bunyi hon kereta.. Iskandar bangun..

"Tu kereta siapa?" Tanya iskandar menoleh budak2 ni.. Tak pernah nampak kereta ni ambik budak2 kat sini.. Takut siapa2 yang datang.. Shamil bangun diikuti suhaila..

"Oh.. Tu akak mil.. Kak suraya.. Yang mil cakap tadi tu.. Yang ibu nak jadikan ustaz menantu tu.. Tu lah dia.. Hah ustaz.. Kiteorang balik dulu ustaz.. Assalamualaikum" Shamil menyalami tangan iskandar diikuti suhaila.. Suhaila berlari masuk ke dalam kereta.. Iskandar masih berdiri di pintu melihat kereta itu bergerak dan hilang dari pandangan.. 'suraya?' Bisik hati iskandar.. Iskandar keluar menutup pagar dan mengunci gril dan pintu.. Iskandar terus pergi ke dapur..

"Budak2 semua dah balik ngah?" Tanya mak leha sambil letak teko berisi air teh di atas dulang.. Mak leha capai bahulu dan letak diatas pinggan kecil..

"Dah.. Baru balik tadi.. Ni nak letak depan ke?" Tanya iskandar.. Mak leha mengganguk.. Iskandar angkat dulang berisi air dan cawan letak diatas meja.. Mak leha duduk di sofa bertentangan iskandar..

"Mak" Panggil iskandar perlahan.. Mak leha menoleh sambil mengunyah bahulu.. Hati iskandar berbelah bagi.. Nak tanya atau biar.. Kalau tanya apa pulak kata mak leha.. Kalau tak tanya.. Hati ni tertanya2.. Takkan nak tanya shamil.. Aishhh apa lagi budak tu fikir nanti..

"Kenapa ngah?" Mak leha memandang wajah iskandar.. Iskandar menarik nafas dan melepaskan perlahan..

"Mak kenal perempuan nama suraya? Akak shamil?" Tanya iskandar laju.. Mak leha berkerut kening.. Seolah2 cuba mengingati..

"Shamil anak pak majid tu ke?" Tanya mak leha.. Iskandar hanya mengganguk.. Mak leha capai air dan hirup perlahan

"Kalau suraya anak pak majid tu kenal lah mak.. Suraya tu kalau cuti panjang memang balik.. Kalau dia balik sini mesti datang rumah ni" sambung mak leha.. Iskandar termanggu.. Selalu datang? Bila? Tak pernah tahu pulak..

"Selalu datang? Angah tak pernah tahu pun" Tanya iskandar.. Di capai air teh dan hirup perlahan..

"Macam mana nak tahu kalau bila dia datang angah mesti takda kat rumah.. Takpun angah kat bilik.. Ni kenapa tanya? Berkenan? Dah jumpa suraya ke?" Tanya mak leha bertubi2.. Iskandar tersenyum lihat wajah mak leha..

"Belum.. Tanya je mak.. Mak nak menantu ke? Esok jugak angah cari" Iskandar ketawa bila mak leha mencebik..

"Kalau berkenan dengan suraya cakap.. Mak suka budak tu.. Lembut , peramah , sopan santun , hormat orang.. Yelah doktor kan" pancing mak leha sambil melihat iskandar yang tengah mengunyah bahulu.. Iskandar terdiam.. Tiba2 fikiran nya terbang teringat kyaira.. Seorang perempuan yang jauh sifat dan keperibadian dengan suraya.. Iskandar mengeluh.. 'kenapa pulak lah aku ingat dia ni' Bisik hati iskandar

"Jumpa pun belum mak.. Biar lah.. Biar jodoh menentu kan" jawab iskandar perlahan.. Degupan jantung iskandar jadi laju bila teringat kyaira.. Iskandar melepaskan keluhan berat.. Cuba untuk menghilangkan bayangan kyaira..

'Ya ALLAH.. Hilang kan lah bayangan dia dari ingatan aku jika itu bawa keburukan dan dosa pada aku , Ya ALLAH" Iskandar berdoa dalam hati.. Risau.. Ye risau.. Risau kalau bayangan ini hanya bawa sesuatu yang buruk pada diri..

-----------------

Hahh sudah.. Kenapa pulak iskandar berdebor2 sampai sesak dada tu bila teringat kyaira? Takkan iskandar dah suka kat kyaira? Ehh mustahil lah kannssss.. Kyaira kot.. Baik suraya kan uolls.. :p hehehehehe

Watak suraya dah macam terbau2 nak keluar ni.. So jangan putus asa baca KYAIRA ok .. :D

Terus kan baca.. Thanks angatttttt.. Muahhh cikeddd

Adiosss :D

KYAIRAWhere stories live. Discover now