GG24

5.7K 350 4
                                    

Buka, tutup.

Buka, tutup.

Buka, tutup.

Kejap dia golek ke kiri, kejap dia golek ke kanan. Tengku Rayyan seakan-akan bimbang akan sesuatu yang sedang bermain-main di fikirannya.

"Haih."

Minggu depan pada hari Selasa, akad nikah Tengku Rayyan dengan Lia. Majlis pula dibuat secara kecil-kecilan. Tiada majlis persandingan besar-besaran. Maklumlah, Lia masih bersekolah. Dapat menyebarkan mengenai perkahwinan mereka kepada saudara-mara dan jiran-jiran pun sudah cukup.

Tengku Rayyan mencapai sekeping kad berwarna merah jambu. Tertera jelas nama Tengku Adrian dan Katrina.

"Kenapa aku nak sedih? Aku dah ada Lia. Lia masa depan aku. Katrina masa silam aku." Kata Tengku Rayyan sendiri.

Memang lah dia tu masa silam kau. Tapi, Katrina tu cinta pertama kau. Hati Tengku Rayyan berbicara.

Tengku Rayyan tergeleng-geleng.

Apa yang kau geleng-geleng tu Rayyan? Salah ke apa yang aku kata? Kalau salah, kenapa kau nk cemburu, sedih dan bla bla bla?

"Aku kata tak tu, TAK LAH!"

"Hoi mangkuk! Yang kau terjerit-jerit macam tercekik halkum ni kenapa?" Soal Lia sambil bercekak pinggang.

"Eh? Sejak bila Lia ada kat sini?" Soal Tengku Rayyan lalu mengusap tengkuknya.

"Sejak tadi." Jawab Lia lalu melabuhkan punggung di birai katil.

"Oh ya ke..." Tengku Rayyan tersengih.

"Awak okey ke?" Soal Lia.

"Okey. Kenapa tanya?"

"Tak ada lah, awak asyik mengelamun je dari tadi. Lepas dinner pula, awak terus tak banyak cakap." Jelas Lia.

"Selalunya mulut awak tu asyik membebel je." Sambung Lia lagi.

Sedap betul mulut dia mengutuk aku.

"Kalau awak nak batalkan perkahwinan kita, masih terbuka untuk dibatalkan. Masih belum terlambat untuk awak meraih semula cinta Katrina." Kata Lia tanpa sedikit pun riak kecewa.

Tengku Rayyan memandang wajah Lia seketika.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Soal Lia.

Tak ! Tak ! Tak !

"Tak. Kita akan teruskan perkahwinan ni. Soal cinta, lepas kahwin nanti baru kita bincang. Boleh je bercinta selepas kahwin." Kata Tengku Rayyan.

"Yang boleh tu awak. Bukan saya!" Bantah Lia.

"Kalau tak boleh, belajarlah."

Ish, ada je jawapan dia!

"Daripada saya layan awak, lebih baik saya pergi ulang kaji. Heh!" Lia bingkas dari birai katil.

"Ehhh cepatnya.. temanlah abang kejap sayang..." Tengku Rayyan menarik tangan Lia.

Mula lah dia buat perangai merenyam dia tu. Belum kahwin dah macam ulat bulu! Lepas kahwin nanti entah macam mana pula rupa dia.

"Jangan sampai saya gantikan kepala lampu tidur dengan kepala awak." Kata Lia.

Erk?

"Sikit pun tak boleh. Kedekut!" Tengku Rayyan menarik muncung.

"Sekuman pun tak boleh!" Balas Lia lalu keluar dari bilik Tengku Rayyan.

Nasib kau la Rayyan...

...

Grande's GirlWhere stories live. Discover now