KYAIRA 3

38.7K 570 38
                                    

Kyaira ligat masukkan barang2 kecil di handbag nya.. Dah selesai kyaira menarik keluar bagasi berisi baju.. Kyaira mengeluh.. Berat kot nak bawak turun ke bawah dengan tangga tinggi macam ni.. Kang aku tendang jugak kang.. Mak leha !!!! Keluar mentol menyala atas kepala.. Kyaira turun ke bawah tinggal kan bagasi di tepi tangga.. Kyaira pergi ke dapur sebab tempat orang tua tu tak kat ruang makan mesti kat dapur.. Mata kyaira melilau cari mak leha.. Takda..

"Aduh mana pulak orang tua ni.. Time2 macamni lah kau nak ghaib.. Pemalas betul lah.. Anak dengan mak sama je" Bebel kyaira sambil melangkah ke pintu belakang itu.. Insan yang dia cari ada tengah berbual dengan bik imah.. Sambil bik imah tertunduk2.. Hahh bagus lah dua2 ni ada.. Mengumpat lah tu.. Kyaira sarung selipar siapa2 yang besar itu dan pergi ke arah mak leha dan bik imah

"Dah puas mengumpat?" Tanya kyaira dari belakang sambil menyilang kan tangan.. Jelas terkejut mak leha dengan bik imah.. Lantas menoleh ke belakang

"Bu.. Bukan gitu cik kyaira.. Kami lagi ambil serai mau masak" Jelas bik imah tersekat.. Kyaira angkat kening sebelah.. Ohhh memang kat rumah ni ada tanam2 serai ea.. Ingat kat kampung2 je bertanam..

"Mak leha.. Naik tingkat atas bawak turun bagasi i kat tangga tu.. Sekarang.. i dah lambat" Arah kyaira sambil masuk semula ke dalam rumah..

"Aduhh.. Ibuk di sini aja ya biar bik aja yang ambil bagasi cik kyaira"

"Ehh tak payah biar mak leha je yang angkat.. Nanti marah pulak cik kyaira tu" larang mak leha.. Bik imah geleng2 kepala

"ibuk kan udah tua.. Masa saya mau biar ibuk capek2 angkat.. Kagak bisa.. Biar saya aja ya" Bik imah lantas melangkah masuk ke dalam dan letak serai diatas meja terus ke tangga.. Sempat dilihat kyaira sedang duduk dihadapan tv..

"Berat banget nih.. Kejam jugak ya cik kyaira mau ibuk leha angkat ginian sendirian.. Ishh" Bebel bik imah sambil di angkat perlahan turun satu2 setiap tingkat tangga.. Sampai dibawah.. Bik imah menumbuk2 perlahan pinggang nya.. Dan menarik bagasi kyaira diletak sebelah kyaira..

"Cik kyaira.. Nih bagasi udah dibawak turun" Bagitahu bik imah.. Kyaira lantas menoleh.. Kyaira pusing kan badan menoleh ke belakang.. Matanya meliar..

"Bukan i suruh mak leha ke tadi? Kenapa you pulak ada kat sini?" Tanya kyaira pelik..

"Ya gini cik kyaira.. Saya yang mau angkat.. Saya kasihan sama ibuk leha.. Pasti lelah kalau dia yang angkat.. Saya yang muda ini aja udah capek.. Beg nya berat banget" panjang lebar bik imah jelas kan.. Kening kyaira berkerut.. Kyaira bangun mengadap bik imah

"Kau cuba nak cakap yang aku ni kejam lah sebab suruh orang tua tu angkat benda ni?" Tanya kyaira keras sambil di tendang perlahan bagasi dihadapan nya.. Bik imah geleng2 kepala.. Jelas muka bik imah takut..

"bu.. Bukan gi.. Gitu cik kyaira.. Saya cuma bil..."

"Kau tu cuma pembantu rumah !!! Kau ingat kau tu siapa hah nak cakap dengan aku macamtu? Taraf hidup kau tu tak lebih macam binatang kau tahu tak?? Sedar diri tu sikit !!" Tengking kyaira lantang.. Terjongket bahu bik imah terkejut.. Muka kyaira merona merah menahan geram.. Kyaira melihat jam di tangan nya..

"Panggil iskandar sekarang suruh dia angkat bagasi ni masuk dalam kereta" Arah kyaira.. Bik imah laju pergi ke garaj kereta.. Dilihat iskandar sedang lap kereta..

"Is.. Cik kyaira lagi panggil kamu.. Dia nyuruh kamu ambil bagasi nya masuk dalam mobil" ujar bik imah termenggah sambil mengesat airmata.. Kening iskandar berkerut..

"Bik nangis ke? Cik kyaira marah bik imah lagi?" Tanya iskandar perlahan sambil diletak kain lap tadi di dalam kereta.. Bik imah mengangguk kan kepala perlahan..

"Udah cepatan pergi.. Nanti bising lagi cik kyaira" Tergesa2 bik imah masuk kedalam rumah.. Diikuti iskandar.. Iskandar lihat kyaira sedang leka menaip di skrin handphone.. Bagasi di angkat.. Nauzubbilah.. Berat nya.. Ni baju ke tong drum dia isi ni.. Kyaira bangun mengikuti langkah iskandar.. Mata nya masih tak terlepas melihat skrin handphone.. Tiba2

Gedebukkk

Sekelip mata badan kyaira atas badan iskandar dalam posisi dua2 meniarap.. Handphone milik kyaira tercampak..

3 saat

5 saat

7 saat

Kyaira menekan badan iskandar dan bangun.. Iskandar mengaduh perlahan.. Iskandar bangun selepas kyaira bangun.. Dia menoleh kebelakang.. Kyaira tenung tajam muka iskandar sambil betul kan baju.. Muka kyaira jelas dalam penglihatan iskandar sedang merona kemerahan.. Antara marah atau malu

"Kau sengaja kan??! Eiii kau ni memang dicipta untuk menyusahkan hidup aku ke? Lain kali nak benti jalan tu bagitahu bukan tiba2 macamtu" Marah kyaira.. Iskandar menarik nafas perlahan dan tunduk ambil handphone milik kyaira disebelah kaki kanan iskandar.. Dihulur pada kyaira.. Kyaira ambil kasar.. Kyaira tunduk cari kasut milik nya.. Ehh mana? Mana?.. Iskandar ambil bagasi dan sumbat dalam bonet kereta

"Bik imah!!!!" jerit kyira kuat.. Terkocoh2 bik imah berlari

"Iya cik kya..."

"Masuk bilik i.. Ambil kasut i warna hitam.. Cepat !! I dah lambat.." Arah kyaira memotong kata bik imah.. Kyaira mendengus kasar.. "leceh.. Tadi majikan yang cari orang gaji.. Kena sindir pulak tu.. Ni pulak jatuh atas driver.. Sekarang kasut tertinggal.. Menyusahkan" bebel kyaira perlahan.. Kyaira lihat jam ditangan.. Kyaira lihat tangga.. Mana ni..

"Bik cepat sikit!!" Jerit kyaira.. Bik imah berlari ke arah kyaira dan diserah kasut pada kyaira.. Kyaira ambil dan terus sarung

"Lembap.. Lain kali cepat sikit buat kerja.. Mengumpat laju buat kerja lembap" Marah kyaira sambil menghentak kasut tumit tinggi 6inci nya tu tanda protes.. Kyaira masuk ke dalam kereta.. Bik imah hanya melihat kereta mewah itu keluar tinggalkan rumah itu.. Bik imah menarik nafas lega.. Sepanjang dua minggu ni ringan sikit bebanan kerja dia bila kyaira takda

Kereta mewah dipandu iskandar tiba di KLIA 2.. Iskandar turun dan ambil bagasi berwarna gold milik kyaira.. Iskandar bawak bagasi ke sebelah kyaira..

"Cik kyaira nak saya tolong bawak ke dalam at..."

"Tak payah" Potong kyaira.. Kyaira capai dan mula melangkah.. Kyaira berhenti dan pusing mengadap iskandar

"One more thing.. Kau cakap dengan mama yang aku balik dalam 2 minggu lagi.. Aku tak sempat nak cakap.. Ok?" Pesan kyaira dan masuk ke dalam airport..

Kereta mewah itu bergerak meninggalkan airport.. Kejadian tadi terlayar di ruang fikiran iskandar.. Secara spontan dada iskandar berdebar laju.. Iskandar menggeleng kan kepala.. Cuba mematikan kejadian tadi dari ingatan..

==============

Ok finally siap jugekkk kyaira 3 ni.. Susah sebenarnya aku nak zahir kan sikap iskandar.. Sebab aku ni bukan jenis penyabar tenang dan bla bla bla.. Tapi aku cuba sedaye aku.. Aku perlu sangattt sangattt support dari korang..

-Jangan bosan baca yea

-Watak2 aku dah ada.. Bila2 sempat aku tunjuk hehehehe

-Thanks U'olls ambil masa korang baca KYAIRA.. Aku hargai sangat :)

Lope U'olls.. Muahhh cikedd
Hehehehehe

KYAIRAWhere stories live. Discover now