Part 1(punca)

138 3 0
                                        

Aku dah lama duduk rumah ni. Sejak umur 4 tahun macam tulah. Aku sendiri pun tak ingat. Kawasan perumahan ni ad 4 rumah je. Awalnya rumah tu atok buat untuk anak anak dia. Tapi makngah and maklang sewakan. Rumah yang aku duduk sekarang ni rumah yang ketiga. Masani rumah ni 'clean' lagi. Takda kejadian paranormal semua. Lepas tu masa umur aku 9 tahun aku pindah rumah sebelah. Sebab abah dah renovate rumah keempat tu. Lagipun rumah ketiga tu ada orang lain nak sewa. Penyewa yang baru ni asalnya orang johor. Suami dia ni pemandu lori. Asalnya memang nampak normal je family dia. Beberapa bulan lepas duduk sama tu barulah dia tunjuk belang. Dia ada anak seorang je.  Lelaki. Ada satu harini, bapak mentua dia ni datang. Duduk lah dalam beberapa hari. Depan rumah aku masatu ada pokok mangga. Masatu memang musim agaknya.  Mangga memang tumbuh lebat.  Sampai ketanahlah. Pokok tu renek je. Si bapak mentua jiran aku ni ada ke patut dia pergi racun pokok tu.  Dia kata ada benda bertenggek atas pokok tu. Tak pasal pasal mati pokok tu. Memandangkan masatu aku kecil lagi jadi tak banyak benda yang aku tau. Tapi keluarga tu duduk rumah sebelah tak lama pun dalam beberapa bulan je. Sebab diorg pindah lagilah tak munasabah. Si isteri ni kata suami dia terlanggar anak hantu kat highway. Yelah suami dia ni kan pemandu lori. Si isteri ni kata dia pindah sebab bapak hantu tu marah anak dia kena langgar itu yang hantu tu ikut dia balik rumah. Yang peliknya lepas diorang pindah tu macam macam jadi kat kawasan perumahan ni.

Okay sambung part 2: kejadian yang aku alami selepas jiran aku tinggalkan benda kat situ.

Dibalik SenjaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang