Prolog

28 2 10
                                        

jam 2015

"Puluhan rangka manusia telah dijumpai di dalam sebuah perigi usang. Rangka-rangka manusia tersebut telah mereput dan dianggarkan mati kira-kira 30 tahun yang lalu. Yang paling menggemparkan, terdapat dua mayat yang masih baru dalam sekitar 3 ke 4 hari. Pihak polis masih menjalankan beberapa siasat dan mencari dalang jenayah ini."

tup !

Televisyen di tutup.

Dia tersenyum sinis. Perbuatannya hampir terbongkar. Namun dia sempat melarikan diri. Pergi jauh dari kawasan terbabit.

Dia melihat jam dinding. Jam menunjukkan 8.30 malam. Seperti biasa, dia memulakan rutin hariannya. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Dihembus.

"Tuk! Tuk! Tuk!"

Kedengaran orang mengetuk pintu. Dia memberhentikan ritualnya. Menuju ke arah pintu tetapi semuanya terhenti. Terhenti di situ.

Dia tergamam. Dia melihat jelmaan dirinya sendiri. Dia seolah-olah kaku dan tidak dapat mengerakkan dirinya. Terpaku di satu sudut. Dia tidak dapat berbuat apa. Selain melihat dirinya sendiri. Tanpa dia ketahui apa sebenar yang berlaku. Dia hanya mengapung dan tersandar di sudut bucu. Masa untuknya sudah suntuk. Mampukah untuk dia bertahan? Dendam kesumat lamanya belum terbalas. Masih berbekas di hati, masih terasa calitan di jiwa, masih terobek nadi di henyak waktu. Perjanjian kebahagiaan termeterai dahulunya bakal menjadi suatu malapetaka.

**Di tempat kejadian**

jam 2259

"Tuan, semua rangka manusia dan mayat telah kami pindahkan." ahli Forensik bakal menjalankan siasat terhadap kedua-dua mayat terbabit kerana dikhuatiri telah disuntik bahan kimia kerana terdapat kesan lebaman.

"Okay. Baik. Mari kamu boleh bergerak sekarang." kata seorang inspektor yang mengetuai pasukan polis ini.

Siren berbunyi. Sepasang mata melihat daripada celahan daun. Matanya terbeliak dan merah. Dia mendengus kasar.

"Kau yang aku tunggu. Sekali kau milik aku, selamanya aku setia menunggu" itu lah bisikan yang Inspektor Afi dapat dengarkan. Dia merupakan seorang yang istimewa kerana lebihan derianya. Sebanyak mana lebihnya hanya dia mengetahui. Mungkin ini suatu anugerah untuknya yang diberikan daripada sang Pencipta. Tidak pernah sekalipun dia menyalahkan takdir yang tersurat meski terkadang dia berasa terganggu dengan semua ini.

"Baik semua. Cepat kemaskan barang. Kita kena beredar. Tempat ini bahaya. Kita tidak tahu siapa pelakunya. Sejauhmana dia merancang. Sehebat mana orangnya. Sebesar mana senjata dia ada. Sebanyak mana perangkap dipasanya. Ingat, beware. Bear in your mind now" Inspektor Afi memberi arahan.

AnggunStories to obsess over. Discover now