Ini cerita saya-Kamal

261 4 0
                                        


Mereka kata pari-pari wujud di alam dongeng sahaja. Tetapi tidak bagi aku.

Aku Kamal. Dilahirkan di Kampung Semarang, Pending, Kuching, Sarawak. Melayu sebelah Mak Ayah dan campur sedikit darah Melanau dan Murut sebelah Datuk dan Nenek. Tujuh tahun menetap di Semenanjung kerana bekerja membuatkan aku lupa satu perkara yang boleh membahagiakan Mak dan Ayah. Biasalah orang tua. Mereka menyuruhku supaya berkahwin. Kebimbangan mereka memuncak bila adik beradikku semua sudah mendirikan rumah tangga. Malah untuk menambah luka, aku dan ayah bertengkar setelah hasratnya untuk menjodohkanku pada anak kawan baiknya sendiri ditolak mentah-mentah.

“Mana kata nya lah sia! Malas bapak nak kelaka agik! Pande-pande kau agik lah kelak!”

Aku diam membisu sahaja. Malah ketika aku cuba berbual dengannya lewat panggilan telefon beberapa bulan selepas insiden itu, ayah endah tak endah sahaja melayan soalanku. Sepatah ditanya, sepatah juga jawabnya. Aku tidak kesal. Aku hanya terkilan. Besar sangatkah dosaku hingga ayah berkelakuan dingin sebegini rupa?
Itu belum masuk dengan beberapa saranan dan lelucon dari rakan-rakan sebaya denganku tentang soal perkahwinan.
“Kau ni hensem, kulit pun putih, kerja bagus, nape tak kahwin lagi Mal?”
“Kau kahwin lambat nanti rugi, bro!”
“Dah la tak yah nak frust sangat, cari je yang lain”

Kata-kata itu semua aku balas dengan senyuman. Siapa saja yang tidak mahu kahwin. Punya isteri dan anak? Punya keluarga?  Untuk rekod rasmi aku sudah berpacar dengan 3 orang perempuan. Paling lama bertahan pun 2 tahun. Paling sekejap 5 bulan. Tetapi, apabila aku mula jujur tentang keadaan sebenarku, semua gadis yang kucintai lesap tanpa khabar berita.
After all, siapa yang nak bersuamikan seorang lelaki yang positif HIV?
Ini cerita 5 tahun lepas. Saat di mana aku mula dipresi, tertekan kerana ditinggalkan, dan hampir gila mengenangkan nasib hidup yang sudah jatuh ditimpa tangga. Dan dikala itu, hadir seorang pari-pari entah dari mana, menyuluhkan aku cahaya, memberi semangat untuk terus hidup menghadapi dunia yang penuh dugaan dan cabaran.
***

“Always see the bright side on every situation.”

Eddy. Usianya mungkin pertengahan tiga puluhan. Tegap, bersaiz beruang dan mempunyai tona kulit coklat gelap. Ketika dia tersenyum, lesung pipit sebelah kirinya menyerlah. Kedua anak matanya bercahaya gemilang ketika memberi tumpuan semasa berbual. Haruman Polo atau mungkin Ralph Lauren kadang-kadang terbit daripada Eddy, menambah gaya maskulin lelaki tinggi lampai itu. Eddy ada tarikan untuk disukai biseksual sepertiku. Berkarisma, Sensual, Bijak dan sangat mengambil berat.  Sayang. Aku hanya kenal Eddy selama sebulan. Dan perkenalan itu mengubah hidupku yang malang secara total.

***
Hujung tahun 2011.

Aku mengalami demam yang pelik. Sekejap demam, sekejap kebah. Dan ianya datang dan pergi begitu sahaja. Bukan sahaja demam, malah badan aku mula dinaiki ruam. Berpeluh walaupun dalam keadaan hawa yang sejuk dan juga hilang selera makan. Aku cuba telan  Panadol. Tidak juga berhasil. Malah demamku itu disertai pula dengan cirit birit walaupun aku jarang mengambil makanan. Maklum sajalah hidup sebagai pelajar hanya bergantung pada duit pinjaman PTPTN yang tidak seberapa itu. Dalam resah, aku mula memasang rasa takut. Takut yang bukan sedikit.
Dengan rasa takut dan berdebar, aku memberanikan diri ke klinik di dalam kampus. Sambil menunggu, aku menahan sejuk penyaman udara di dalam klink. Terseksa rasanya mengunggu untuk nomborku dipanggil. Selang beberapa minit yang merengsakan, giliranku telah tiba dan aku terus meluru masuk ke bilik doktor tanpa mengetuk pintunya terlebih dahulu.
“Boleh saya tahu ye, kenapa Kamal nak buat ujian saringan HIV?” tanya doktor dengan pandangan yang sinis.
Aku terdiam sebentar. Aku takut. Aku malu. Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan kata. Sebenarnya aku ada membuat bacaan di internet mengenai tanda-tanda jangkitan HIV. Aku sudah boleh mengagak apa yang bakal terjadi. Kerana tanda-tanda itu semuanya ada padaku.  Aku menghela nafas panjang.
“Doktor, saya rasa symptom HIV ada kat saya lah. Sebab tu saya nak dapatkan kepastian.”
“Boleh saya tahu, Kamal ada buat apa sampai terkena jangkitan?”
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. "Ahhh sudah! Aku nak jawab apa pulak ni? Buat je la test tu!"
Dengan muka yang kemerahan menahan malu, aku terketar-ketar menjawab
“Saya gay,” balasku ringkas. Hendak menangis rasanya. Malu tidak usah cerita. Aku merasakan yang aku telah dibogelkan dikhalayak ramai saat ini.
“Ooookayyyy” jawab doktor dengan ringkas. Riak muka dia berubah. Seperti marah pun ada.
Doktor mengarahkanku untuk berjumpa dengan Pembantu Perubatan untuk melakukan ujian saringan HIV. Jariku dicucuk sedikit dan darah diambil dengan menggunakan tiub kecil dan diletakkan ke dalam lubang kecil di atas permukaan kit ujian tersebut.
“Awak tunggu 15 minit, keputusan nanti doktor yang bagitahu. Tunggu depan bilik 5,” tegas Pembantu Perubatan itu.
Aku menanti dengan penuh debar. Allah sahaja yang tahu perasaan itu. Kalau positif matilah aku!
Ketakutanku memuncak. Keputusan ujian saringan HIV menunjukkan aku reaktif. Aku berpotensi 99% mempunyai virus itu dalam badan. Aku terus diarahkan untuk dirujuk ke Klinik Kesihatan yang terletak di luar kampus. Aku dibawa dengan menaiki Ambulan. Sempat jugalah mendengar tazkirah dosa pahala syurga neraka serta cerita Nabi Luth AS. Bernanah sekejap telingaku. Aku hanya tertunduk malu. Maruahku sebagai lelaki dan muslim seolah-olah tergadai begitu sahaja. Aku seperti sudah dihumban jauh ke dalam lubuk neraka paling dalam dan tidak ada tanda-tanda syurga untukku.
Usai tiba di Klinik Kesihatan, sebanyak 3 tabung sampel darahku telah diambil. Satu untuk ujian pengesahan HIV, dan dua lagi untuk ujian penyakit jangkitan melalui seksual.
Perasaan aku?
Takut, malu, marah, sedih, tidak pasti akan masa depan. Semuanya bercampur. Aku dibawa ke sesi konsultasi bersama doktor Pakar Perubatan Keluarga. Di situ aku terpaksa mendengar konsultasi percuma dan mindaku disumbat-sumbatkan dengan maklumat baru yang membingungkan. Selesai sesi itu, aku keluar dari Klinik Kesihatan dengan langkah yang longlai. Aku duduk termenung bersendirian di pondok bas. Pandanganku kosong.
Banyak perkara yang aku fikirkan. Kenapa aku yang kena? Kenapa bukan orang lain? Nak menangis pun ada. Pada siapa aku harus kongsi perasaan ini? Habislah kena pulau. Kena pulau satu isu, kalau betul aku ada HIV, mesti umur aku pendek. Confirm cepat mati!
Aku terpaksa berkongsi cerita tentang keadaan aku pada kawan sebilikku, Mus. Dia gay tegar. Malah Mus pernah mengajakku untuk menyertai parti seks di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Bayarannya serendah RM 30. “Ada 15 bottom nak dikendurikan. Kalau ko join, jadilah 16 orang!” pujuknya ketika aku menolak ajakannya sambil menepuk punggungku yang padat dan pejal.
Mungkin Mus faham keadaanku. 
Reaksi Mus, pada mulanya amat melegakan. Dia memelukku dengan erat. Aku menangis semahunya. Alhamdulillah, ada sahabat yang boleh diharapkan.
Namun, semuanya hanya lakonan Mus semata-mata. Mus mula menjauhkan diri dariku hari demi hari. Mula-mula aku dibiarkan makan malam berseorangan. Mus memilih tidur diruang tamu. Selalunya kami mendobi baju bersama-sama kerana ianya lebih menjimatkan. Lepas itu, ada sahaja alasan dan situasi yang Mus reka untuk membiarkan aku mendobi baju bersendirian. Untuk menambah luka, Mus sedikit pun tidak bertanya status kesihatanku. Malah, Mus seboleh mungkin tidak mahu bertembung muka denganku. Dalam tempoh dua minggu yang penuh seksa itu, aku diberikan Panadol, antibiotic, dan krim gatal sahaja. Alhamdulillah demamku telah hilang perlahan-lahan.
Seperti yang aku jangkakan, keputusan ujian darahku positif HIV. Aku hanya mampu menelan air liur. Mujur juga doktor pakar perubatan keluarga di klinik kesihatan itu baik. Langsung tidak berceramah mengenai agama. Doktor Suzanne, doktor yang merawatku hanya bercerita mengenai ubat dan rawatan.
“HIV ni buat masa sekarang memang tiada anti vaksin. Tapi, kita boleh rawat. Maksudnya, keadaan yang sama seperti orang diagnos kencing manis, darah tinggi atau mengalami kerosakan buah pinggang. Kena makan ubat sampai bila-bila.”
Dan Doktor Suzanne bercerita panjang lebar dan sekali sekala bertanyakan latar belakangku. Jujur, aku langsung tidak boleh hadam apa yang diterangkan oleh doktor itu.
Setelah selesai urusan di Klinik, aku pulang kerumah dengan langkah yang lemah dan perasaan yang sedih. Aku berhenti duduk di pondok bas. Tempat yang sama aku  termenung tidak lama dulu. Kolam mataku mula panas.
“Kau hisap rokok tak? Nak rokok?” Lamunanku dikejutkan oleh suara garau yang duduk betul-betul disebelahku. Aku menoleh. Terpinga-pinga melihat seorang lelaki tegap dengan muka sedikit serius memandang tepat ke arahku.
“Aaaaa,” aku terkesima dan meolopong. Memang aku merokok. Tapi bukan ketagih. Selalu aku kelepet rokok Mus. Melihat reaksi aku yang agak lembab, lelaki itu menyalakan 2 batang rokok. Satu disedut olehnya dan satu lagi dihulurkan kepadaku. Aku bagaikan dipukau, lalu mengambil rokok yang dihulurkan oleh lelaki itu.
“Aku Eddy. Wakil dari NGO,” perkenal dirinya.
“Wakil NGO apa eh?” soalku.
“Selangor AIDS Foundation. Tadi aku kat depan bilik Doktor Suzanne. Nampak kau keluar tadi mata merah macam nak nangis. Aku agak kau positif?” Eddy terus menerjah soalan cepumas.
Aku hanya mengangguk lemah. Eddy mempelawa aku makan tengah hari. Aku jelaskan pada dia yang aku tiada selera untuk makan. Tempoh 2 bulan yang seksa itu, beratku susut sebanyak 7kg.
“Ini kad aku. Situ ada nombor. Kalau perlukan pertolongan kau whatsapp je lah” ujar Eddy sambil tersenyum. Lesung pipitnya menyerlah. Ekor mata Eddy sangat tajam memandang ke dalam mata aku. Sangat tajam sehinggakan jantung ku berdegup kencang. Aku tidak pasti samada aura Eddy sangat kuat ataupun dalamanku yang sangat lemah pada ketika itu, yang membuatkan aku berdebar-debar. Aku hanya mengangguk. Dan Eddy berlalu pergi kembali ke arah klinik.
Beberapa hari yang berlalu selepas pertemuan singkatku dengan Eddy, aku masih tidak menghubunginya. Malas sebenarnya. Susah aku nak percaya Eddy. Dah la mamat tu tahu status kesihatan aku. Kalau aku luahkan segala benda yang terkumpul di hati ini, takut dia bawa mulut ke pihak lain pula. Entah-entah penipu.
Maka, aku biarkan sahaja kad namanya terhimpit bersama resit lain di dalam beg duit.
Sebulan selepas itu, aku memulakan rawatan HAART. Ubat untuk penghidap HIV. Highly Active Anti Retroviral Treatment nama penuh dia. Kesan sampingan dia tuhan sahaja yang tahu. Doktor Suzanne pesan kesannya berbeza setiap individu. Aku mengalami loya yang amat sangat, badan panas dan kadang kala mengalami mimpi ngeri.
Diburukkan lagi keadaan, aku hanya bergantung hidup dengan wang PTPTN. Aku perlu mencari kerja secepat mungkin kerana baki wang semester lepas hanya tinggal RM37!
Tahun baru 2013. Masing-masing berpeleseran dengan kawan-kawan. Disebabkan cuti panjang sudah bermula, satu persatu housemate aku pulang ke kampung. Tinggallah aku dan Mus. Ada masa Mus melayani ku seperti biasa. Ada masa dia bagaikan berada dalam dunia dia sendiri. Aku dibiar berseorangan lagi.
Untuk menambah rasa hina, aku hanya mengeluarkan RM 10 dari baki yang tinggal di dalam bank. Aku rasa berat hati hendak meminta dari mak dan ayah. Mak sebenarnya baru lepas pembedahan membuang ketumbuhan di payudara. Mujur bukan kanser. Walaupun pembedahan dilakukan di hospital kerajaan, aku tahu ayah aku tidak mempunyai wang yang banyak. Maklumlah, kerja kampung sahaja.
Dengan RM10, aku membeli nasi lemak bajet RM1. Beli sebungkus. Walaupun loya disebabkan kesan sampingan ubat HAART, aku telan sahaja nasi lemak itu. Kalau tak, badan aku akan menggigil disebabkan kurang karbohidrat. Aku berusaha mencari pekerjaan. Namun semua interview berlaku di Kuala Lumpur. Aku mana ada duit hendak ke sana?
Rasa terseksa makin menjerut. Dalam masa mengambil ubat HAART, wang yang makin menipis, ditambah dengan perangai Mus, pembukaan 2013 sangat kejam, zalim, mencabar dan menyedihkan. Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu.
Hari terakhir Mus di rumah sewa kami. Mus pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Walhal dia berjalan melewati aku yangg sedang terbaring kelemahan kerana tidak cukup makan. Kunci Mus hanya diletakkan diatas meja makan.
Aku terbiar keseorangan di dalam rumah dan ketika itu aku menangis semahunya.
“Mak, ayah maafkan kamek,” tangisku sambil melihat foto keluarga dalam telefon. Dalam keadaan yang penuh dramatik, ada satu mesej whatsapp masuk.
Hi Kamal! Ni Eddy dari Selangor AIDS Foundation. Ingat? Kau apa kabar?
Aku tidak tahu macam mana Eddy boleh dapat nombor aku. Seingatku, aku tidak pernah bertukar nombor telefon dengannya.
Hi Eddy, aku ok je. Cuma loya sebab side effect ubat. Loya dan pening.
Oh tu biasa. Kau beli la limau kasturi or beli asam nak kurangkan loya2 dgn pening tu!
Aku ada RM27 dalam akaun tapi tak boleh withdraw. Dalam wallet aku ada resit-resit je skang ni
Memang duit RM10 tu dah habis 2 hari yang lepas. Aku survive dengan hanya meminum air kosong yang dibancuh gula sebagai tenaga. Memang aku telah kehabisan duit.
What?! Kau tak makan dah 2 hari? Gila lah. Jom ikut aku makan. Aku belanja.
Takpelah Eddy, aku ok je ni
Nope, kau share location  rumah kau sekarang! Aku datang. Jangan degil!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 11, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pari-pari di lorong pelangiStories to obsess over. Discover now