CHAPTER 245 | AFTER 500 YEARS

5.1K 436 19
                                    

Sebuah kenderaan pelik bergerak pergi dari kawasan sesak. Aku dan Fayla duduk di belakang. Masing-masing berdiam diri. Aku memerhati lelaki tua di depan.

Hurmmm, dia pegang benda bulat tu, kemudian kenderaan ni bergerak sendiri. Tiada kuda. Apa benda ni? Its weird as shit.

"This things named, Taxi..."

"Taxi...?"

"Yeah...Macam kereta kuda..."

"But, there's no horse..."

"Teksi gunakan petrol untuk bergerak..."

"Petrol...?"

"Ok, just shut up...Malas aku nak terangkan..."

Fayla membalas dengan nada dingin. Aku merengus seraya memeluk tubuh. Pandangan dilontarkan ke luar tingkap.

Hurmm, dunia ni memang berbeza dari dimensi aku. Terlalu berbeza. Everything feels weird. Terlalu banyak logam dan batu.

Oh, itulah sebabnya kenapa Merlin gelarkan dunia ni Steel World...

I get it...

Setelah 20 minit berada di dalam perut teksi. Kami tiba di sebuah bangunan batu maha besar. Aku dan Fayla bingkas keluar dari teksi.

Di dalam bangunan tersebut, terdapat banyak meja. Cahayanya juga terang bagaikan cahaya dari syurga. Orang ramai asyik menjamu selera.

"Kau tunggu di sini..."

"Eh...? Kau nak pergi mana...?"

Aku pantas memegang lengan Fayla tatkala dia mahu beredar pergi. Gadis berambut hitam menjeling tajam padaku.

"Aku nak jumpa boyfriend akulah...Sheera ada di dalam...Lagi 5 minit, dia keluar...Kau tunggu je kat sini..."

Fayla berkata seraya merentap lengannya dariku. Aku mengerut dahi melihat dia masuk ke dalam bangunan sebelah. Tangan dimasukkan ke dalam kocek.

"Tak guna..." Aku merengus seraya menyandar pada tiang besi. Bunyi bingit kenderaan pelik yang lalu lalang membuatkan aku terasa tidak selesa.

This world is so noisy, like seriously...

Plinggg....!

Bunyi berdenting membuatkan aku menoleh ke kanan. Kelihatan seorang gadis keluar dari bangunan cerah tadi. Rambut merahnya seakan bersinar dipanah cahaya bulan.

Nafasku seakan terhenti. Aku terpaku seketika. Sheera berjalan ke kiri tanpa menyedari kehadiranku...

Sheera...

Its her...

Its really her...

Tanpa melengahkan masa, langkah diorak mendekati dia dari belakang. Gadis berambut merah tersentak apabila lengannya dipegang perlahan...

Kami berbalas pandangan. Dia membulatkan mata. Masing-masing terdiam seketika...

"Drake...."

"Sheera..."

Pakk...!

Aku tersentak apabila dia mengetuk lembut ubun-ubunku dengan tapak tangan. Sheera menyimpulkan senyuman manis.

"Awak lambat!"

"Ha...?"

"Jom, kita makan dulu...Nak...?"

Sekali lagi aku terpinga-pinga apabila Sheera menarik tanganku ke depan. Dia bersiul-siul meredah jalan sesak. Aku terkial-kial mengikut dia dari belakang...

What the hell?! Dia dah tahu aku akan datang...!?

Aku dan dia terpisah selama 500 tahun! How come she can act so calm!? Ini bukan Sheera yang aku kenal!

"Eh...?"

Sheera menoleh ke belakang apabila aku menghentikan langkah. Pandangan mata merenung tajam padanya. Dia terkebil-kebil melihat gelagat aku...

"Drake...? Whats wrong...?"

"Sheera...You know about this...?"

"Ha...?"

"Sayang tahu yang aku akan datang...?"

"Ini cuma mimpi! Janganlah serius sangat! Cepatlah! Sebelum saya terjaga, saya nak makan bersama awak!"

Kata-katanya membuatkan aku mengerut dahi. Sheera merenung kosong kepadaku. Rambut merah beralun mengikut deruan angin malam...

"Mimpi...?"

"Yes, ini cuma mimpi saja kan...? Janganlah buang masa...!"

"Sheera...Ini bukan mimpi...Its me...The real me..."

"Mustahil lah..."

Bawah bibir digigit lembut mendengar balasan katanya. Sheera memasamkan muka apabila aku menarik tangannya ke depan. Pinggangnya aku rangkul erat.

"Whoa...Saya boleh rasa kehangatan tubuh awak, Drake...This dream is so real..."

"I am real, stupid..."

Sheera tersentak apabila aku mengucup bibirnya di tengah kesesakkan orang ramai. Gadis berambut merah termangu-mangu seusai bibir ditarik lembut dari bibirnya.

"Your...Lips...Feels so...Real..."

Sheera berkata perlahan seraya mengusap bibirnya dengan hujung jari. Aku meletak dahi ke dahinya...

"This is not a dream, my honey bun...For 500 years...I've been longing to see you..."

"D-Drake...?"

"Erm...?"

"Drake Deathwing...?"

"Yes...?"

Sheera memegang kedua pipi aku. Airmata mulai berlinangan ke pipi. Aku merenung matanya dalam-dalam. Esakan tangisnya mulai kedengaran perlahan...

"Ini bukan mimpi! Ini bukan mimpi! Huwaaaaaa!"

Sheera memeluk aku erat-erat. Dia menangis semahu-mahunya. Aku membalas pelukan dia. Orang ramai memandang pelik kepada kami berdua...

"Ok, ini baru Sheera yang aku kenal..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]Where stories live. Discover now