CHAPTER 187 | OLD WOLF TRADITION

7.5K 434 3
                                    

🔸FLASHBACK🔸

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

Tok...!!

Tok...!!

Pintu depan diketuk bertalu-talu. Dengan malas aku mengeliat perlahan sambil menguap. Loralyn masih tertidur nyenyak di sebelah. Bunyi dengkuran kecilnya kedengaran halus di ruang bilik.

"Sayang, pergi bukak pintu..." Aku mengarah lalu mencuit bahunya. Loralyn tidak mengendahkan kata-kataku. Aku mencuit sekali lagi bahunya dari sisi...

"Sayang..."

"Haish...Ermm...Malaslah...Abang pergilah bukak..." Loralyn membalas perlahan. Dia mengalihkan badan dariku kemudian kembali melelapkan mata. Aku merengus seraya bangun dari katil...

Hadui, sapa pulak datang pagi-pagi ni...? Aku nak tidur pun tak senang...

Annoying as shit...

Aku selimutkan Loralyn, kemudian beredar dari bilik. Pintu masih diketuk bertalu-talu tatkala aku menuruni anak tangga. Rambut putih digosok berkali-kali menahan geram...

"Haaa? Apahalnya?" Aku menyoal bengang selepas membuka pintu. Terpacul tiga orang pengawal Milfgard di depan aku. Mereka bertiga memberi tunduk hormat kepadaku...

"Tuan Lycans...Maaflah jika kami mengganggu pagi-pagi macam ni..."

"Memang ganggu pun...Haih, apa korang nak ni...?"

"Vlademir Scovish...Dia ada di sini...?" Salah seorang dari pengawal itu menyoal tenang. Aku menggaru pipi. Mereka menanti jawapan dariku...

Hurmm, aku terlupa pasal Vlad...

Mesti King Dante yang arahkan pengawal ni datang cari Vlademir dan Raisya...

"Hurmm...Ada...Nak aku panggilkan ke...?"

"Ahh, here come the guards..."

Aku menoleh ke belakang apabila mendengar suara menegur selamba. Vlademir datang ke depan pintu sambil menggenggam gelas berisi kopi panas.

"Vlademir Scovish, diatas arahan King Dante...Kau diarahkan supaya pulang ke Milfgard bersama Queen Raisya..." Ketiga-tiga pengawal itu berkata serentak. Aku menganjak ke belakang...

Vlademir boleh uruskan hal ni...

I think so...?

"I'm not a citizen of Milfgard...King Dante is not my king...Kenapa aku kena ikut arahan dia...?"

"Hukuman berat akan dikenakan jika kau ingkar, Vlademir!" Salah seorang pengawal itu menengking seraya menghunus tombak. Aku bingkas menepis tombak tersebut dari terkena wajah Vlademir...

"Whoa...Whoa...Jangan nak buat kacau di depan rumah aku..." Aku memberi amaran. Ketiga pengawal itu mengalihkan pandangan kepadaku...

"Tuan Lycans...King Dante tawarkan 500k gold jika Tuan bagi kerjasama..."

Vlademir tertawa berdekah-dekah mendengar kata-kata pengawal tersebut. Aku hanya tersengih...

"What!? King Dante tawarkan gold untuk tangkap aku!? Is he desperate!?" Vlademir berkata lalu tertawa sekali lagi. Aku menyimpulkan senyuman...

"500k gold? Seriously?" Aku menyoal dengan nada teruja. Riak muka Vlademir berubah pucat....

"Yes, 500k gold..."

"Banyak jugak tu...Hurmm..."

"Woi! Woi! Kau tergamak nak jual kawan sendiri!? Sialnya kau ni, Lycans!"

"What? No one can resist gold..."

"Jika Dante tangkap aku! Aku dihukum bunuh kau tau tak!" Vlademir merengus geram. Gelas kopi dicampak ke luar pintu. Aku tergelak terbahak-bahak!

Ceh! Tau pun takut! Ingat kental sangat tadi!

"Macam mana, Tuan Lycans...? Tuan setuju? Jika Tuan serahkan Vlademir..."

"Maaflah...Aku tak berminat...Vlad ni kawan baik aku...Takkan aku nak jual dia pulak...?"

"Tapi, Tuan...King Dante..."

"Enough of him! Fight me if he want Raisya!" Vlademir menjerkah. Kami semua tergaman...

Oh...That's one good idea...

Pengawal-pengawal itu menggenggam tombak apabila mereka terasa geram. Vlademir berderam bengang. Aku menepuk bahu Vlad dari sisi...

"Vlad...Aku rasa..Itu idea yang bagus..."

"Fuck yes..!" Vlademir membalas. Ketiga-tiga pengawal itu cuba mengawal amarah...

"Kau tak berhak untuk cabar King Dante, Vlademir!"

"Sudah menjadi adat serigala...Kami bertarung untuk selesaikan masalah...Plus, Raisya sendiri yang mahukan Vlademir...Jadi, Dante kena datang sendiri dan cabar Vlademir...Hanya yang kuat mampu jaga companions masing-masing, bukan?"

Mereka bertiga terdiam mendengar penjelasan dariku. Vlademir memeluk tubuh. Dia hanya mendiamkan diri...

"Kalian balik ke Milfgard.. Tell Dante, Vlademir challenge him to duel...Siapa menang, akan dapat Raisya..." Aku memberi kata putus. Ketiga pengawal itu tertunduk mendengar arahan aku...

"Hurmm...Baiklah Tuan..."

"Dismiss, Guard of Milfgard..."

Ketiga pengawal itu akur dengan arahan aku. Mereka bertiga naik ke atas kuda kemudian beredar dari perkarangan rumah. Vlademir menutup pintu...

"Vlad...Are you sure about this...? Kau nak lawan Dante...?" Aku menyoal meminta kepastian. Vlademir menggaru kepala...

"Hurmm...Cuma tu saja caranya, Lycans...Puak serigala kena patuh pada adat resam, bukan?" Vlademir membalas lalu berjalan ke dapur...

Aku memeluk tubuh melihat dia seakan gelisah...

Hurmm...Vlademir versus Dante...?

This gonna be interesting...

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]Where stories live. Discover now