"Haiiii... patutlah tunang dia dulu diambil orang, rupa-rupanya asyik mengagungkan lelaki Korea yang plastik tu. Padan muka!" Azura bersuara. Walaupun perlahan tapi Ayuni dapat mendengarnya dengan jelas.

"Tak perlulah mengutuk orang. Cerminlah diri sendiri tu dulu. Cuba tengok desktop komputer kau tu. Janganlah pulak lepas ni kau nak kata EXO tu orang Malaysia."

"EXO ada Lay! Lay dari China!"

"Berapa kerat je dari China yang selebihnya dari Korea," balas Suzana.

"So? Apa yang kau tak puas hati?" Azura mula meninggikan suara.

"Aku tak kata pun aku tak puas hati. Kau tu yang tiba-tiba menyampuk orang lain berbual," balas Suzana lagi.

"Sebab korang bising. Aku nak buat kerja pun terganggu."

"Baru bising sikit dah rasa terganggu. Kau tu hari-hari pasang lagu kuat-kuat tak fikir pula mengganggu kami semua nak buat kerja. Orang suruh perlahankan, lagi dia kuatkan sampai department sebelah pun dengar," Junaidah pula bersuara mengejutkan mereka semua.

Junaidah bukan seperti Suzana yang lantang bersuara. Tapi bila Junaidah dah bersuara, Ayuni yang duduk sebelah pun rasa kecut perut. Serentak dengan itu Azura bangun dan masuk ke dalam pejabat Dayana.

"Itu mesti nak mengadulah tu. Menyampah!"

"Tak faham betullah. Dia tu lagi tua daripada kita semua tapi perangai macam budak-budak. Tak matang langsung. Bila dah kalah mengadu dengan Dayana," kata Suzana tak puas hati.

"Si Azura tu tak boleh tegur langsung. Lagi-lagi bila orang kutuk EXO kesayangan dia tu," tambah Hayati.

"Bukan dia sendiri yang kutuk ke? Tiba-tiba menyampuk cakap lelaki Korea plastik. Padahal fanatik dia dengan Korea lagi kronik tau. Artis Korea datang Malaysia aku rileks je. Langsung tak ada hati nak pergi tengok tapi dia punya fanatik, semua artis Korea yang jejak Malaysia, semuanya dia pergi sambut dekat KLIA. Dia ingat bila aku bercerita pasal hero Korea tu, maknanya aku fanatik sangatlah. Aku tahulah bezakan yang mana realiti dan fantasi. Salah ke kalau aku nak gedik sikit-sikit. Hidup ni, bila dah terlampau serius sangat boleh jadi bosan tau!" bebel Suzana.

"Pendek kata dia jenis orang yang selalu tak puas hati. Entah apa yang dia tak puas hati tu," ujar Hayati.

"Kau tak tahu ke?" Junaidah bersuara sambil tersengih. Bila Junaidah tersengih begitu, maknanya pasti ada sesuatu yang mereka semua tak tahu. Lagipun Junaidah memang terkenal dengan gelaran Cik Info Bergerak.

"Apa? Ada yang kami tak tahu?" tanya Hayati.

"Aku rasa dah tiba masanya aku cakap. Selama ni aku pendamkan saja. Nak beritahu tapi aku takut kau rasa tak sedap hati pulak."

"Aku?" Ayuni terkejut. Pasti hal itu ada kena mengena dengannya.

"Sebenarnya, aku pernah ternampak Azura cuba goda Rasydan dulu."

"What? Bila? Di mana?"

"Lama dah. Dekat dua tiga tahun dulu. Waktu tu dia baru je masuk kerja. Masa tu aku kerja lebih masa. Kalau tak silap hanya tinggal aku dengan Azura je. Rasydan ada dalam ofis. Yang buat aku musykil, Azura asyik tanya sampai bila aku nak stay. Aku ingat dia nak balik sekali dengan aku tapi bila aku dah nak balik, dia tak nak balik lagi sebab nak siapkan kerja. Aku pun tak fikir banyak dan terus balik tapi aku patah balik sebab hujan. Nak ambil payung. Masa tulah aku nampak Azura masuk dalam bilik Rasydan."

"Lepas tu? Apa kau nampak lagi?"

"Dia cuba goda tapi Rasydan tak layan. Mungkin masa tu Rasydan masih setia dengan Ayuni kut. Sorry, Ayuni. Aku baru beritahu pasal ni. Aku tak nak rosakkan hubungan kau dengan Rasydan masa tu."

LELAKI PALING BAHAYAWhere stories live. Discover now