Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.

A

97 7 17
                                        

Hari ini merupakan hari yang malang bagiku. Aku telah didenda oleh pensyarahku kerana hadir ke kelas lewat. Aku didenda untuk berdiri di luar kelas sehingga masa pertama tamat. Setelah beberapa jam,selesai sudah kuliahku untuk hari ini.

Aku pulang ke rumah dengan fikiran yang kosong kerana aku tidak terfikir mahu berbuat apa untuk hari ini. Setelah lama berfikir,akhirnya aku membuat keputusan untuk mencari keseronokan di sebuah chatroom,JomChat.Com.

Oh ya. Aku terlupa nak perkenalkan diri. Namaku Mawar. Aku merupakan anak tunggal,seorang introvert dan tidak mempunyai kawan baik di kawasan perumahan ataupun di kolej. Tetapi,apabila berada di alam maya,aku bertukar menjadi seorang ekstrovert dan mempunyai personaliti yang cukup berbeza berbanding dengan diriku yang sebenar di alam nyata.

Aku pun log masuk akaun JomChat.Com ku, masuk ke dalam satu chatroom dan mula berchatting dengan segala manusia di dalam chatroom itu. Sedang aku khusyuk melayan pertanyaan beberapa rakanku di dalam chatroom,tiba-tiba aku ternampak satu nickname yang agak unik bagiku. Cukup aku nyatakan di sini nicknamenya bermula dari huruf A.

Aku pun mula menegurnya di chatroom itu kerana kelihatan dia seperti baru pertama kali menyertai kami di dalam chatroom itu. Aku pun memulakan langkah pertama dengan memperkenalkan diriku,diikuti rakan-rakanku yang lain. Selepas beberapa minit berbual di chatroom,aku pun menambah dia ke dalam senarai kenalanku.

Aku berfikir sama ada mahu hantar private message kepada dia ataupun tidak. Akhirnya,aku memberanikan diri menghantar private message kepadanya. Aku memulakan perbualan kami dengan satu mesej Hye. Tidak sampai seminit aku menunggu,aku telah mendapat balasan darinya yang turut membalas Hye kepadaku.

Kami terus berbual berdua sehingga larut malam. Sebelum offline,kami saling bertukar-tukar nombor untuk memudahkan kami untuk berhubung di Whatsapp sekiranya salah seorang dari kami tidak melayari JomChat.Com. Mimpi indahlah nampaknya aku malam ini.

___________________________________________________

Setelah beberapa bulan saling berhubung melalui JomChat.Com serta Whatsapp, aku dan A memutuskan untuk meneruskan hubungan kami ke peringkat seterusnya. Ya. Betul. Kami memutuskan untuk menjadi sepasang kekasih.

Sepanjang tempoh perkenalan kami sebelum ini,kami tidak pernah bertukar-tukar gambar kerana bimbang akan keselamatan diri masing-masing. Tapi aku tidak pernah mempersoalkan hal itu kepada A kerana bagiku,kalau dah sayang,rupa bukanlah segalanya. Apa yang penting untuk membuatkan sesebuah hubungan itu kekal ialah kepercayaan,kejujuran dan kesetiaan.

A cukup istimewa bagiku. Walaupun dia umpama bayang-bayang di dalam hidupku,aku tetap menganggap dia wujud di depan mataku. Aku sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik agar aku dapat membahagiakannya. Aku tidak pernah mempersoalkan kesetiannya kepadaku kerana aku yakin dia mampu menjaga dirinya di sana.

___________________________________________________

Hari ini,genaplah 6 bulan hubungan aku dan A sebagai pasangan kekasih. Beberapa hari sebelum,aku telah menghantar pesanan kepada A melalui Whatsapp untuk menjemputnya datang ke rumahku dan bermalam di sini. Aku menyatakan tujuanku menjemputnya ialah untuk mengenalnya dengan lebih dalam dan menatap wajahnya sepuas-puas hatiku.

A bersetuju dengan cadanganku dan menyatakan bahawa dia akan datang ke rumahku bersama seorang rakannya. Aku berasa sangat gembira apabila dia menerima jemputanku. Aku pun bergegas melakukan apa yang patut untuk menyambut kedatangannya nanti.

Saat yang ditunggu pun tiba. Petang hari yang indah,A bersama seorang rakannya tiba di rumahku. Pada waktu ini,aku masih tidak dapat mengagak yang mana satukah A kesayanganku. Aku mengambil keputusan untuk tidak bertanyakan hal itu kepada mereka berdua kerana mereka kelihatan keletihan setelah mengharungi perjalanan yang panjang. Aku membiarkan mereka berehat sementara aku menyiapkan makan malam.

Selepas makan malam,kami hanya berbual-bual kosong sambil melayan filem yang ditayangkan di televisyen pada waktu itu. Setelah bosan melayan filem,kami mengambil keputusan untuk menyanyi di beranda rumahku. Memandangkan A dan rakannya mempunyai suara yang merdu,maka aku mengambil keputusan untuk bermain ukulele sambil diiringi nyanyian dari paduan suara mereka berdua. Kami menghabiskan masa bersama sehingga larut malam. Apabila keletihan sudah membelenggu diri,kami mengambil keputusan untuk tidur. Tetapi malangnya aku masih tidak dapat melelapkan mata kerana masih ada persoalanku yang belum terjawab. Aku memutuskan untuk membiarkan saja persoalan itu dan cuba untuk melelapkan mata. Esok hari masih ada peluang untukku mengenali yang mana satukah A pujaan hatiku.

Keesokannya,mereka berdua sudah bersiap sedia untuk pulang. Sebelum itu,aku menyediakan sarapan buat mereka berdua. Aku masih bersabar menunggu persoalanku dijawab oleh salah seorang dari mereka.
Akhirnya,setelah aku selesai mengemas meja makan,salah seorang dari mereka menghampiriku. Dia berkata kepadaku bahawa dialah A yang selama ini bertakhta di hatiku. Perasaanku pada ketika itu gembira bercampur teruja. Gembira kerana akhirnya aku dapat menatap wajah A kesayanganku. Teruja kerana A yang ku puja mempunyai rupa yang menawan. Sedang aku khusyuk berbual dengan A,aku terperasan ekspresi muka rakannya. Aku tak tahu apakah maksud ekspresi itu. Sedih? Kecewa? Marah? Aku tak pasti.

Aku membantu mereka berdua menyimpan beg di dalam kereta. Setelah siap semuanya,A datang kepadaku. Dia meminta maaf kepadaku kerana telah memberiku harapan palsu. Aku menayangkan muka bingungku kepadanya. Tanpa menunggu balasan dariku,dia terus menarikku pergi ke satu sudut yang jauh sedikit dari tempat A berdiri. Lalu dia menerangkan kepadaku bahawa dirinya bukanlah A. A yang sebenar ialah rakannya. Mereka berpakat untuk menguji sejauh mana kepercayaanku kepada A. Ternyata aku gagal dalam ujian mereka.

Aku meminta maaf berkali-kali kepada A tetapi dia tidak dapat menerima dan memaafkanku. Tindakannya itu telah membuatku jadi tidak menentu. Aku mengambil keputusan untuk menahannya dari terus masuk ke dalam keretanya. Tetapi,sakit di hatinya telah menguatkan fizikalnya. Dia menolakku hingga aku terjatuh di sisi keretanya. Aku tidak berputus asa dan cuba berdiri semula untuk menahannya lagi. Sebelum sempat aku mengetuk cermin keretanya,dia terlebih dulu menekan pedal minyaknya dan berlalu meninggalkan aku di belakang bersama asap-asap dari ekzos keretanya.

Secara tiba-tiba,hujan gerimis turun membasahi bumi dan diriku yang ditinggalkan kekasih. Dan sampai di sini sajalah hubungan aku dan A kerana semua ini hanyalah wujud di dalam mimpiku.


















Ok semua. Sis harap takde sesape yang ,arah sis sebab tulis cerita ni. Sis bosan sangat. So sis pun sajalah reka cerita ni & storyline ni berdasarkan imaginasi sis je. Dan hye semua. Salam kenal dari CloseRozes. :)

MonologStories to obsess over. Discover now