Part 2

122 11 4
                                    

Berapakah nilai pecahan perasaan sukanya kepada Abang Diaz? Atau, buat kira-kra kira tentang jumlah tahun perasaannya itu? Jika soalan-soalan itu yang ditanya di dalam soalan PMR dulu mesti dia dah skor kerana soalan yang sebaris itu mampu dikarang jawapannya sehingga ke beratus-ratus mukasurat. Dan, dia mesti boleh masuk ke aliran sains tulen kemudian boleh ikut jejak langkah Abang Diaz.

Kecewanya dia dengan keputusan PMR dulu dapat dirasa sehingga kini. Tak dapat jadi pelajar Sains tulen bermakna dia tak boleh memohon untuk menjadi pelajar perubatan.

"Ja kalau jadi doktor mesti pesakit terus kojol!" Begitulah kata-kata Abang Jiji kepadanya apabila dia beritahu kepada baba dan ibu tentang cita-citanya selepas dapat tahu Abang Diaz ambil kos medik.

Bila ya dia suka Abang Diaz? Ja membiarkan dirinya mengimbas masa lalu, ketika tahun 90-an. Yang Ja ingat ketika itu mereka berbincang tentang hero-hero kegemaran masing-masing. Ketika budak-budak lain termasuk Abang Jiji dan Diana menagung-agungkan Staria Baja Hitam dan Power Rangers, dia dengan yakin mengatakan Abang Diaz merupakan heronya. Gedik kan?

Dia masih ingat dengan jelas peristiwa di mana adik perempuan Burn (jiran sebelah rumah mereka juga) yang masih kecil terkurung di dalam bilik air. Kebetulan pula baba tiada dan kaum bapa di taman itu pula kebanyakan masih di pejabat. Abang Diazlah yang memanjat naik ke tangki untuk masuk ke dalam bilik air, menyelamatkan Humairah yang sedang meraung sambil mengetuk pintu hendak keluar tetapi tak pandai membukanya.

Bayangkan jika Abang Diaz tiada apa akan jadi dengan Humairah. Mungkin ketika itu Burn akan bertukar jadi anak tunggal di dalam keluarga tersebut. Tragis kan?

"Ja besar nanti abang nak kahwin dengan Ja." Itu kata-kata Abang Diaz setelah dia dengan berani 'mengangkat' anak Uncle Khan itu sebagai hero pujaannya. Kata-kata itu yang Ja pegang sehingga kini, buat azimat supaya dia sabar menunggu untuk bergelar Mrs. Doctor.

Ja golekkan badannya di atas tilam, ke kiri dan ke kanan, berulang kali. Rasa seronok dipamerkan melalui cadar katil yang semakin berkedut itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Next Door OppaWhere stories live. Discover now