Bab 3 - Part 2

396 28 5
                                    

******

Bosannya dia apabila rakan-rakan kongsinya tak ada di ofis, hilang teman dia nak bergosip semasa lunch. Sudah la sorang ke utara, yang lagi sorang ke selatan. Kalau dekat bolehlah dia aci lari sekejap. Ini memang tak la nak lari sekejap.

Mimi masih lagi sibuk membaca draft SPA yang peguam pihak penjual sibuk-sibuk nak buang klausa yang Mimi tambah atas cadangan pihak pembeli. Nasib baik jugak kliennya berkeras mahukan klausa tersebut. Dia pun ikut je la arahan klien sebab dia memang tak nak klausa tu dibuang pun kahkah. Akhirnya boleh pun dia save as draft SPA yang dah siap ini kepada final SPA format pdf, kemudian email kliennya serta peguam pihak penjual. Okey minggu depan pembeli boleh datang untuk sign.

Tok! Tok!

Kelihatan Tiha di depan pintu biliknya.

"Dah datang eh?"

Tiha angguk.

"Okey." Dia bangun, capai fail warna coklat-oren, tiga batang signing pen di atas meja serta sebuah kalkulator dan dibawanya ke bilik mesyuarat.

"Assalamualaikum." Dia menyapa pembeli wanita itu. Salam dihulur. "Mimi."

"Waalaikumussalam." Salamnya bersambut dengan sebuah senyuman manis. "Amal."

"Adik you?" Dia nampak kliennya ini sorang sahaja.

"He might be late because he attended a meeting before. He's on his way." Amal menerangkan dengan muka bersalah.

"Its okay. We can wait. No rushing pun." Dia tarik salah satu kotak kad bisnes yang ada di atas meja mesyuarat itu mendekatinya, "And this is my card. Anything you can call me."

"Thank you, cik Mimi."

"My pleasure."

"In the meantime, can I have your IC?"

"Sure." Amal bawa keluar kad pengenalannya dan diserahkan kepada Mimi.

Ketukan di pintu bilik mesyuarat itu menyebabkan dia angkat kepala ke arah pintu manakala Amal pula menoleh ke belakang.

"Encik Aakif the co-purchaser is here." Itu yang Tiha sampaikan.

Sejujurnya dia tak fikir apa-apa pun tentang nama itu sehinggalah apabila Tiha berlalu, dan lelaki bernama Aakif itu tercegat berdiri di depan pintu dengan mata tunak memandangnya.

Dan dia rasa dia sesak nafas sekarang. Tolong!

Damn Mimi! Kenapa kau tak baca nama co-purchaser tu??

******

Dia baca whatsapp daripada kak Amal; kakak sulungnya yang mengatakan dia sudah sampai di pejabat peguam. Dan kak Amal tak tahu adiknya ini masih lagi bermalasan di atas kerusi empuk di bilik pejabatnya. Lama dah dia habis meeting. Dalam setengah jam yang lalu.

Dia tak tahu la kenapa dia malas sangat nak ke pejabat peguam tu. Hatinya rasa tak sedap. Seolah-olah ada sesuatu yang tak seronok bakal terjadi. Tetapi dia bangun juga dari kerusi empuknya. Kot yang tersarung di badan dibutangnya. Pintu bilik dibuka. Automatik Sam, pembantunya bangun. Nama Samsuddin, tapi panggil Sam. International sikit katanya. Yalah tu Sam.

Dia kata pada Sam, "I'm meeting kak Amal. Anything call me."

Sam membalas, "baik bos!" Siap tabik hormat lagi. Dia gelak. Lawak la kau ni Sam oiiii.

Masuk lagi satu whatsapp daripada kak Amal mengatakan bahawa kak Amal nak masuk lif dah. Keretanya baru mula bergerak ketika itu. Kak Amal pesan, 'datang cepat! Level 20. Cari nama Tiha.'

Ala kak Amal ni pun gaya macam bangunan ofis kita ni jaraknya 30km dengan pejabat peguam tu. Padahal 10 minit memandu dah sampai.

Sampai di lobi bangunan tinggi itu, dia cari nama pejabat peguam di direktori. Aras 20. Aras 20. Okey jumpa. Izzat, Jazlan & Co. Selesai memastikan dia berada di dalam bangunan yang betul, Aakif tekan butang lif untuk naik. Tak sampai 10 saat, lif berdenting.

Dia masuk ke dalam perut lif. Dia menekan butang 20. Entah kenapa jantungnya berdetak tak menentu. Sekali lagi nafas panjang ditariknya lama dan dilepas perlahan. Sekadar memberikan oksigen yang cukup untuk sang jantung yang berdegup lebih laju daripada biasa.

Sampai di aras 20, dia keluar dari perut lif. Tak susah untuknya mencari firma ini kerana terbuka sahaja pintu lif, dia dah boleh nampak pintu kaca lutsinar firma ini. Aakif tekan loceng. Receptionist yang sedia duduk di meja hadapan membukakan pintu dari dalam.

"May I help you, sir?"

"I'm looking for Tiha?"

"Hold on." Gadis itu interkom seseorang.

Tidak lama kemudian, seorang gadis kecil molek berbaju kurung menghampirinya.

"Signing Sky Luxor?"

"Yep."

"Encik Aakif Alfian?"

"Ye saya."

"Okay follow me."

Dia hanya mengikut langkah gadis di depannya ini. Sampai di depan sebuah bilik, gadis itu berhenti. Dia yang berjalan di belakang pun ikut berhenti.

Sehinggalah apabila gadis itu berlalu, dia nampak ada dua pasang mata memandangnya. Salah satu pasang mata tersebut memandangnya dengan muka terkejut. Dan dia hanya tunak memandang.

Oh la la!

MimiWhere stories live. Discover now