Prolog

817 29 2
                                    

"Kau gila??" Dia dah menjerit dek terkejut badak. Badak pun tak terkejut macam ni! "Either kau salah makan ubat, tak pun pagi tadi kau terhantuk sinki masa gosok gigi."

"Ala Mi, tolong aku kali ni jek." Suara penuh mengharap dari talian sebelah sana buat dia rasa nak campak telefon bimbit itu ke dinding.

"Bukan sepatutnya kau ke yang tolong kakak sedara kau sebab dia minta tolong kau?" kak Tim tiba-tiba ada hal yang tak dapat dielakkan jadi dia minta tolong DG. Masalahnya DG tak available pulak!

"Yes Mimi, I am aware of it. Tapi aku baru aje seminggu chambering. Takkanlah aku nak minta cuti pulak? Kalau hal penting tak apalah jugak. Dah la master aku tu nak tengok batang hidung dia pun susah." Panjang alasan DG. Dia pun tak nak susahkan Mimi, tapi nak buat macam mana memang dia tak boleh.

Mimi meraup rambutnya dengan sebelah tangan. Serabut betul aku dengan Dayang Nuramalia ni. Kalau permintaannya tak luar alam, boleh juga aku pertimbangkan. Ini tak. Permintaan yang melebihi tahap pemikiran aku jugak yang kau mintak ye, DG!

"Siapa pulak suruh kau tengok batang hidung master kau." Mimi menggumam. DG ni memang tak ada orang lain eh nak kacau? Haish.

"Masa kak Tim minta aku tanya kawan-kawan aku yang tak chambering lagi, aku jawab kau, Mi. Lagipun kau kan ada pengalaman sebagai wardrobe team teater masa kita kat universiti." DG abaikan ayat Mimi yang cuba berloyar buruk. Dia hanya ada dua hari sahaja untuk bagi kata putus pada kak Tim samada Mimi setuju atau tidak sebab kak Tim perlu update hal ini pada Ketua Pengurus. Ala kak Tim ni, kenapalah tiba-tiba ada hal pulak.

"Kaitan?" Kening Mimi terangkat. Dia memang tak faham apa kaitan pengalamannya yang tak seberapa itu dengan permintaan DG sekarang ni!

"Kaitannya sebelum ni kau dah ada pengalaman." Lurus sahaja jawapan yang keluar daripada mulut DG.

Mimi juling mata ke atas. Ya Allah berilah aku kesabaran menghadapi hambaMu bernama Dayang ini. Ameen!

"Event tu kan hari Sabtu. Apahal pulak kau tak boleh pergi?"

"Memanglah event tu hari Sabtu. Tapi masalahnya dia orang bercadang nak fly hari Khamis untuk preparation, sound check segala bagai la. Jadi aku memang tak dapatlah nak join."

"Ada satu je ke stylist dalam kompeni kak Tim tu?" Pelik pulak aku sebab kak Tim kalut-kalut kena cari orang luar macamlah tak ada stylist lain dalam kompeni tu.

"Aakif tu kan bapak cerewet. Semua stylist malas nak kerja dengan dia." DG gigit bibir. Err.... Kenapa rasa macam dah TERbocorkan satu rahsia besar je ni?

"Dia cerewet? Lepastu kau suruh aku hadap si cerewet tu la?"

"Ala, Mi. Kak Tim kata dia dah pujuk Aakif supaya terima orang luar sebagai stylist dia. Aakif setuju pun sebab kak Tim cakap dia yang recommend bakal stylist Aakif ni."

"Recommend apa bendanya. Siapa yang akan jadi stylist Aakif pun kak Tim tak tahu lagi kan!"

"Lagipun Mi, kau pun bukannya buat apa kat rumah."

Mimi dah bercekak pinggang walaupun dia tahu DG bukannya nampak pun. "Bukannya buat apa kau cakap? Sementara nak tunggu aku dapat tempat chambering, mama awal-awal dah recruit aku jadi bibik dowh."

DG dah ketawa. "Kau? Bibik? Masak nasi pun fail!"

"Tahu tak apa." Tang tu memang aku sangat-sangatlah setuju! Memang cari nahas la mama suruh aku jadi bibik.

"Mi, boleh yek?" Nada memujuk DG kembali lagi.

"Kau nak kena bunuh dengan bapak aku?" Ingat senang babah nak lepaskan dia ke Indonesia sana nun? Dia ni umur dah 23 tapi masih lagi babah ragu-ragu nak lepaskan dia pergi jauh.

"Ala, aku memang tengah desperate sangat ni. Boleh la, Miiiii." Nada mengharap itu masih tak hilang membuatkan Mimi berasa serba salah.

"Lepas tu kau nak drag aku sekali la dalam torture ni?" Dia sengaja mahu menguji sejauh mana tahap desperate DG tu.

"Mana pulak torture. Aku suruh kau kerja senang je pun. Sekali ni jeeeeeee."

"Senang kau cakap??" Suaranya naik satu oktaf.

"Weh, mamat ni hensem kot. Memang style kau la."

"Sebab tu je?" Kening Mimi dah ternaik sebelah.

"Mi....?"

"Hape?" Dia menjawab malas. DG ni memang, kerjanya mengganggu hujung minggu aku yang indah lagi tenang ni. Haih!

"Kau jaga vocalist je. Nama dia Aakif Alfian."

"Kau gila." Ayat penyata.

"Boleh la, Mi. Aku belanja kau makan nanti."

Mimi diam. Cuba menimbang buruk dan baik cadangan gila DG. Lama dia diam di talian sebelah sini. Dia menarik nafas dan dilepasnya perlahan.

"Sekali ni je kan?"

"Iye sekali ni sahaja, Mimi Atiyya."

"Okey."

"Jongmal?? Jongmalyo??" DG menjerit tak percaya. Betul ni?? Betulkah ni??

"Kau tanya lagi, aku retract jawapan tu." Dia sengaja mengugut. Faham aje la DG ni, manusia yang dilahirkan bersama mikrofon dalam kotak suara tu.

"Thanks, Mimi! Aku sayang kau sangat-sangatlah!" Dia boleh rasa suara DG yang sangat-sangat gembira. Mungkin kalau dia di depan DG sekarang ni, dah DG peluk-peluk dia agaknya.

MimiWhere stories live. Discover now