Chapter 01

484 13 13
                                        

"Nur Bienda Maisarah!" jeritan daripada Cikgu Hassan kedengaran dari luar kelas membuatkan Bella terkejut. Dia meninjau melihat sahabat karibnya dimarahi oleh Cikgu Hassan. 'Astagfirullah... kasihan kawan baik aku ini kena marah walaupun sekarang masa rehat' bisik hati Bella. "Kenapa dengan awak ini? Keputusan awak merosot dengan teruk!" teriak Cikgu Hassan lagi. Mai berdiri tegak dihadapan meja cikgu, Mai tidak berkata apa-apa tetapi memandang serong pada seorang lelaki yang sedang berdiri bersebelahan dengannya. Lelaki itu hanya memandang dengan pandangan rasa bersalah pada Mai.

Nama lelaki itu ialah Muhammad Aliff Ali atau dikenali sebagai Aliff. Seorang pelajar lelaki yang baru berusia 16 tahun tetapi sudah masuk pada tingkatan lima. Seorang pelajar cemerlang.

Cikgu Hassan menggelengkan kepalanya sambil menyelak-nyelak markah keputusan Aliff dan Mai. "Dulu sebelum Aliff berpindah ke sini, awak seorang pelajar cemerlang, Maisarah. Juga, awak selalu dapat markah 80 ke atas dan semenjak Aliff berpindah ke sini, mengapa markah awak jatuh mendadak?!" soalan daripada Cikgu Hassan hanya diberi pandangan 'tak tahu' daripada Mai "Apa jadi pada awak ini? Awak jatuh cinta pada Aliff sehingga tidak fokus pada pelajaran?!" kata-kata daripada Cikgu Hassan membuatkan mata Aliff dan Mai terbeliak sementara Bella diluar mentertawakan mereka berdua.

Gelak tawa Bella membuatkan mereka bertiga didalam kelas itu terus memandang ke luar kelas. "Nabilah! Apa yang awak tinjaukan tu?!" teriak Cikgu Hassan.

Disebabkan Cikgu Hassan seorang guru disiplin juga tegas, Bella dengan kelam kabut melarikan dirinya sehingga bayangnya tidak kelihatan.

Cikgu Hassan mengalihkan pandangannya pada Aliff dan Mai semula. Dia menghulur kedua-dua kertas ujian Matematik dan Sains pada Aliff dan Mai memandangkan Cikgu Hassan mengajar dua subjek untuk kelas mereka. "Terima kasih, cikgu" ucap Aliff sambil tersenyum lalu mengambil kertas ujiannya. Cikgu Hassan senang dengan attitude Aliff dan membalas senyuman daripada Aliff sementara Mai mengambil kertas dari tangan Cikgu Hassan dengan kasar dan berkata "tch! Terima kasih cikgu! Cikgu dah habis membebelkan? Saya boleh berambus, bukan?"

Aliff dan Cikgu Hassan terkejut mendengar jawapan daripada Mai. Ini kali pertama pelajar biadap dengan Cikgu Hassan, seorang cikgu disiplin dan paling garang disekolah itu.

Aliff mula berasa cemas, dia memandang Cikgu Hassan dengan pandangan 'jangan hukum dia'. Tetapi Cikgu Hassan tidak peduli dengan semua itu, dia berdiri dari tempat duduknya dan menundingkan jarinya pada Mai dan menjerit "Maisarah! Kenapa awak begitu biadap?! Dulu awak tak macam ini, Maisarah! Tetapi semenjak Aliff pindah ke sekolah ini, awak sangat biadap pada saya! Bukan sahaja pada saya tetapi hampir semua cikgu di sekolah ini! Saya tertanya-tanya apa menyebabkan awak jadi begini?!"

"Dia!" Mai menundingkan jarinya pada Aliff sambil menjerit dan matanya tepat memandang Cikgu Hassan. Jeritan daripada Mai bukan sahaja memeranjatkan Aliff tetapi murid-murid diluar kelas.

"Aliff yang membuatkan saya macam ini!" jerit Mai lagi. "Tapi apa salah Aliff pada awak, Mai?" soal Cikgu Hassan. "Ya Mai... apa yang saya buat sampai awak layan saya begini sekali? Saya rasa dari awal saya pindah sehingga sekarang awak tak pernah suka saya..." soal Aliff pula dengan nada berbisik.

Kesopanan Aliff membuatkan Mai meluat. Dia menampar Aliff dengan kertas ujiannya membuatkan Aliff terpaku "eh, kau tak payahlah berlagak sopan dekat sini!" "Maisarah! Kenapa dengan awak ini?!" teriak Cikgu Hassan.

Cikgu Hassan mengelengkan kepalanya dengan tindakan Mai yang biadap itu. Dia mengeluh dan sudah malas untuk merotan Mai yang hampir masuk 10 kali untuk tiga hari persekolahan minggu ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 21, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Lovely Stepbrother (Malay)Stories to obsess over. Discover now