Bab 1

255 16 0
                                    

Puas sudah dia cuba untuk tidur. Sekejap dia pusing ke kiri, sekejap dia pusing ke kanan, tapi matanya masih tidak mahu lelap. Makanya, terkebil-kebil dia di atas katil. Dia bangkit dari baringnya dan menuju ke meja laptop yang terletak di hujung sebelah kanan pintu biliknya. Di hidupkan laptopnya. Di tariknya kerusi dan dia melabuhkan punggungnya. Petua rakan sekolah menengahnya dulu, kalau susah sangat nak tidur, tengok saja cerita blue, selepas beronani di jamin akan tidur dengan lena. Entah dari manalah rakan rakan sekolah dulunya itu dapat. Dan ini adalah kali ketiga dia akan cuba petua gila ini. Di bukanya laman web dot dot dot. Di skrolnya satu-satu, mencari yang paling berkenan di hatinya sebelum melakukan tugasnya. Sedang dia asyik ralit skrol satu persatu bahannya itu, tiba-tiba ada satu deruan angin yang kuat menampar kulit tengkuknya, terus terbatal niatnya malam itu untuk beronani. Dia menutup laptopnya dan di capai kotak rokok yang berada di sebelah laptopnya. Sudah hampir tiga batang rokok di habiskannya, tapi mengantuknya masih tidak datang.

Di lihatnya jam yang tergantung di dinding biliknya, satu dua puluh satu minit pagi. "Rokok pun dah nak habis ni, alang-alang tak boleh tidur, baik pergi makan. Kemain lapar pulak."

Setelah hampir sepuluh minit dia berjalan kaki dari rumah flat yang di sewanya itu, akhirnya dia sampai di sebuah kedai makan kebiasaannya. Jarak rumah dan kedai makan itu tidak jauh mana, jadi dia memilih untuk berjalan kaki. Nasib dia agak malang pula awal pagi ini, tidak ada langsung meja yang kosong. Selalunya suasana riuh-rendah dan ramai orang seperti ini, mesti ada siaran langsung perlawanan bola, dan tekaannya tepat. Memang siaran perlawanan bola sedang berlangsung. Sudahnya dia hanya tapau air nescafe tarik dan sekotak rokok Marlboro dan berlalu meninggalkan kedai makan itu menuju pula ke taman permainan.

Dia memilih untuk duduk di sebuah bangku kosong yang terletak di sebelah lampu tiang. Air yang di tapaunya tadi di sedutnya perlahan. Masih lagi panas. Di bakar rokok sebatang dan di hembus asap ke udara membentuk O. Entah kenapalah begitu segar matanya malam ini. Letih memandunya hilang macam itu saja. Dia melihat-lihat di persekitaran taman permainan itu. Sunyi. Siapa saja yang berani melepak di taman malam-malam buta seperti dia. Tatkala dia sedang melihat-lihat, matanya terhenti di buaian. Di lihatnya ada sesusuk tubuh sedang duduk di atas buaian itu. Dia meneliti betul-betul dan tepat, susuk tubuh itu adalah seorang gadis. Dia berasa curiga. Di keluarkan telefon pintar yang berada di kocek seluar jeans hitamnya, lalu dia membuka butang kamera. Kata orang kalau nak tahu benda itu hantu atau pun bukan, tengok melalui dalam kamera. Tepat. Di dalam kamera itu, buaian itu tidak ada gadis di sana. Apabila dia melihat ke arah buaian tanpa kamera, gadis itu sedang merenungnya. Tersenyum. Mijan meneguk air liurnya. Pernafasannya mula turun naik. Dia memasukkan telefon pintarnya semula ke dalam kocek. Dia tahu apa yang dia perlu lakukan saat ini.

Cabut lari!

Mijan tergesa-gesa membuka pintu pagar rumahnya. Setelah itu dia masuk dan mengunci semula. Di pasangnya lampu biar terang benderang. Saat-saat begini dia sudah tidak tahu mahu buat apa lagi. Dia berlari ke dalam biliknya. Habis di selubungnya selimut satu badan hingga menutup kepalanya. Dia yakin, apa yang dia nampak tadi itu adalah hantu. Mengigil tubuhnya.

Setelah beberapa minit dia berada di dalam keadaan berselubung. Dia mulai tenang semula. Di tarik nafasnya dalam-dalam, hembus. Dia cuba untuk mengawal pernafasannya itu semula. Hembus. Tarik. Hembus.

"Awak, boleh nampak saya ke?" Sapa suara seorang gadis di sebelahnya.

Mijan meneguk air liur. Di tolehnya ke bahagian kirinya. Hantu gadis yang berada di taman tadi sedang duduk bersila sambil tersengih padanya. "Cantik juga" getus hati Mijan sebelum pemandangannya jadi gelap dan terus jatuh pengsan. Gadis itu mengeluh panjang. Aduhai nasib.

"Buruk sangat ke muka saya? Sampai awak boleh jatuh pengsan." Di tunjalnya dahi Mijan berkali. Dia beralih ke arah meja laptop Mijan. Dibukanya, terkeluarlah laman web lucah di layari Mijan sebentar tadi.

"Boleh tahan gatal dia ni!" Gadis itu tergelak. Di tutupnya semula.

MIJANWhere stories live. Discover now