Rindu Sumaiyah. Rindu orang orang dalam Sumaiyah dan khazanah yang ada di dalamnya. Sumaiyah tu nama dorm bukan nama orang tetapi nama srikandi Islam yang pertama mati syahid. Dorm Sumaiyah. Dorm untuk bebudak BADAR walaupun tak rupa BADAR sangat.
Rindu nak sambung orang nyanyi dalam toilet. Rindu nak jerit baca surah even waktu tak de suar. Rindu nak baca surah sama sama. Ngantuk masa baca surah. Nganjing orang yang ngantuk masa baca surah. Baca buku hadith. Terlentang tengah dorm reramai. Rindu nak kena marah sebab bising dalam dorm. Marah bebudak yang bising gila kat asrama.
Waktu yang paling best bila tunggu TB bukak. Lari macam apa pergi sana sebab nanti nasi lemak dah habis. Tapi lagi prefer makan nasi goreng dengan telur goreng tu. Rindu nak suap orang dan disuap oleh orang lain. Waktu best yang lain bila pergi bilik prep tengok tv sesama waktu malam malam semua orang dah tido. Ingat lagi bila tengok cerita korea yang orang tu dalam penjara dan nangis berjemaah. hahah.
Waktu yang best gila adalah waktu bermesyuarat lepas baca surah. Pintu dorm kena pastikan tak ada orang bukak. Pastu walaupun sebelum tu orang ngantuk tapi jadi segar. Bincang pasal bebudak kat sekolah. Yang couple nya lah yang dating nya lah yang kurang diajar nya lah. tapi mostly tentang orang couple. Walaupun mulanya malas nak ambil tahu tapi kena tahu jugak sebab dah jadi tanggungjawab kan..
Sebenarnya Sumaiyah ni orang nya terbahagi kepada dua kaum. Sebelah kanan bebudak yang suka memekak dan berbincang sesama mereka dan tidur nomad. Sebelah kiri pulak bebudak yang rajin belajo dan tak suka memekak dan lebih gemar membuat hal mereka sendiri dan juga kekadang sedikit beremosi. Tapi kalau dah satu dorm duduk buat bulatan, kami akan menjadi sehati sejiwa. HOYEAHHH !!
Sumaiyah tak suka light off. Sumaiayh tak suka orang couple. Sumaiyah tak suka tak makan sama sama.Sumaiyah suka buat mesyuarat. Sumaiyah suka tengok tv kat bilik rehat. Sumaiyah bekerjasama nak buat suatu aktiviti. Saya sayang Sumaiyah. <3
:"))
.EZLYN.YASMIN.FARAH.JULIANA.JANNAH.AUNI.AISYAH.KHADIJAHMASNAWI.BAYANI.KHADIJAHRAHIM.ZURIN.NASWA.FARAHAZIZ.SARAH.
YOU ARE READING
MISSING
Short Storymiss all the things and people in school. betullah orang kata yang kalau dah tak ada tu baru nak hargai.
