Episod 2

4.2K 67 8
                                    

"Boyfriend Baru"

"Kam! Aku kat depan rumah kau ni!" kata Sarah yang sedang turun dari teksi. Susah betul nak pergi ke rumah Kamelia ni sejak clash dengan Hafiz.

Kamelia yang sedang basuh pinggan terus menutup pili air dan berjalan menuju ke depan.

"Hoih? Kau ni nak sleepover ke, pindah rumah aku?" Kamelia tengok Sarah bawak 3-4 beg berat-berat macam unta Baghdad.

"Ni beg make-up aku..."

"Wow, tak sangka kau ada beg make-up. Aku ingatkan budak gothic macam kau ni ada satu jenis colour je."

"Ni beg baju aku..."

"Weh, bitch, kau nak duduk rumah aku sehari je, apasal bawa baju macam nak duduk sini selama-lamanya? Pakai t-shirt cukup la?"

"Aku nak duduk lama sikit, boleh? Aku dah cakap dengan my dad, dia ok je."

"Ara, kau gunakan alasan nak study dekat rumah aku sempena nak SPM ni, kan?"

"Ni plag charger, my CD, my Discman..."

"Bitch, abah aku bukak kedai muzik. You don't have to bring your CD here lah."

"Ayah kau ada Soundgarden? Ada Temple of the Dog? Ada?"

"Please lah, bitch. Kitorang ada rarest of the rarest collection lah."

"Yang ni, collection DVD whole season of That's 70s Show! Oh my God, I'm so into Michael Kelso."

Michael Kelso adalah watak lakonan Ashton Kutcher dalam siri drama ini.

"Of all character, Michael...Kelso?"

"Yeah, dia comel dia funny..."

Kamelia hanya pandang matanya ke atas sambil mengurut dada.

"Jom, jom kita tengok now!"

"Ara, aku tengah basuh pinggan. You know how to use my DVD kan, I catch you later."

"Kam, nak mac and cheese!"

"Hoi, betina! Mengorder je. Datang rumah aku nak mengorder. Ingat aku bibik kau ke? Datang dapur dulu."

Kamelia terus tarik Sarah dan bercakap slow talk.

"Kau datang sini sebab nak jumpa Jose kan?"

"Well, he's so cute! Budak b-boyz!"

"Kau kenal dia kat skatecomp hari tu kan? Masa dia dengan b-boyz tengah battle break dance tu kan?"

"Well, Kam..."

"Apa?"

"Aku dah couple dengan dia."

"What the fuck? Ara, kau kenal dia 3 hari lepas."

"I know, but hey, kita lupakan isu ni dan jom buat mac and cheese sambil tengok That's 70s Show!"

"Ara, stop fooling yourself with fake love macam ni. Dulu dengan Hafiz tu pun break, dan sebelum-sebelum ni. Can't you like really heal, before fall in love again?"

Sarah keluarkan keju, susu dan macaroni.

"Jom, buat mac and cheese!"

Kamelia tahu Sarah tak selesa bila dia membebel pasal love life Sarah. Tapi dia sayang kawan baik dia.

"Ara, you know I cakap macam ni sebab I love you, you're my best friend since I was a kid. We grew up together. I'm just concerned about you."

Kamelia peluk Sarah.

Cheras Perdana vol 2Where stories live. Discover now