Chapter 00: Part 5

Start from the beginning
                                    

          Haruka memandang Aiko, begitu juga Aiko; mereka cuba mengimbas semula apa yang berlaku apabila mereka menyatakan niat mereka untuk berkerjasama kepada Tuan Pengetua dan Cikgu Ringo dalam pertandingan ini...

          “ NO WAY!!” bergema bilik tersebut oleh suara Pengetua Saotome. Terhinggut bahu Haruka akibat terkejut oleh sergahan itu. Mereka tergamam, Cikgu Ringo juga.

          “ Saya tak akan benarkan! Ingat rules-nya? Penyertaan secara solo!!...dan bukannya!...pairing atau grouping!” naik turun nada beliau bercakap; kadang kala terfikir juga mereka, tidak penat ke beliau bercakap macam tu?

           “ Ta...tapi...tuan...” Tiba-tiba, Tuan Pengetua berdiri di hadapan Aiko sambil mengerak-gerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan; tanda ‘tidak’! 

           “No, no, no...Miss Ozawa Aiko! Awak tahu, dunia ini sungguh cruel! And saya pasti awak faham apa yang saya maksudkan, bukan...O-za-wa? Lagipun, awak juga salah seorang professional di sini dan fasih dalam selok-belok dunia ini, kan...?” bisik Pengetua, Aiko menjeling tajam, mencebik sebaik sahaja mendengar kata-kata pengetua. Dia tak mampu nafikan kata-kata beliau itu.

          “ Tolonglah, Tuan!” kali ini Haruka pula bersuara. Pandangan Tuan Pengetua beralih ke arah Haruka. Beliau melangkah mendekati Haruka.

          “ Miss Nanami Haruka...jika awak di dunia luar, no body akan dengar rayuan awak yang halus...tidak kira betapa sympathynya awak!”

          “ T...Tapi...”

          “ Sekurang-kurangnya dengarlah lagu kami...”, pinta Haruka, dia melutut di atas lantai. Aiko terpempam melihat tindakan drastik Haruka. Begitu juga dengan dua orang pendidik di akedemi itu.

          Berkerut dahi Aiko, melihat tangan Haruka menggiggil, terlalu jelas! Dia pasti Cikgu Ringo turut menyedarinya walaupun dari kedudukan beliau yang lebih kurang dua meter dari tempat mereka. Aiko mengepal buku limanya.

          “ Betul kata Nanami!” tiba-tiba, pintu bilik pengetua dirempuh! Muncul beberapa orang pelajar di muka pintu. Aiko, Haruka, Pengetua dan Cikgu Ringo tergamam.

          “ O...Otoya?” gugup Aiko, melihat Otoya dan beberapa teman mereka muncul di bilik Pengetua secara tiba-tiba itu. Otoya memandang Aiko, senyuman dilemparkan.

          “ Tuan tak patut menolak mentah-mentah sebelum mendengar lagu mereka!” bantah Syo. Haruka terpegun mendengarnya.

          " Saya pasti Tuan akan tukar fikiran selepas dengar lagu mereka!" Kaho bersuara; yang lain mengangguk  mengiyakan kata-kata Kaho.Aiko tergamam melihat kakak kembarnya membelai mereka.

          “ Tuan boleh kata apa sahaja...tapi, selepas mendengar lagu mereka...”, ujar Ren, sambil memeluk tubuh. Tuan Pengetua membisu. Cikgu Ringo memandang beliau. Kedengaran keluhan beliau bergema dalam bilik tersebut.

          " Baiklah, suka hati kamulah, but....even kamu dah buat performance, belum tentu saya akan agreed...deal?" ujar Tuan Pengetua sambil berpeluk tubuh. Terukir riak puas hati pada wajah anak-anak muda berdarah panas itu. 

           " Faham, Tuan!!" setuju mereka. Aiko dan Haruka kebuntuan memikirkan apa yang cuba mereka lakukan. Tanpa disedari, Kaho dan Otoya yang menjadi kepala; mengetuai mereka.  Keyboard yang dibimbit Natsuki tadi diatur, Masato membantu Haruka untuk bangun, manakala, Kaho mendapatkan Aiko.

          " A...apa..."

          " Maaf kerana rancang segalanya tanpa pengetahuan kalian berdua. Kami dapat tahu dari Chika yang penyertaan kamu dibatalkan sebab kamu berganding bahu...", terang Kaho tanpa dipinta.

Inilah irama kamiWhere stories live. Discover now