CHAPTER ONE

92 4 0
                                    

Angin bertiup dengan kuat sekali. Petanda benda buruk semakin hampir. Khemah dan juga barang niaga habis terbalik dan tunggang-langgang. Suasana pasar yang tadinya  aman terus bertukar menjadi huru-hara. Habis barang niaga mereka berterabur di sana sini. Kanak-kanak kecil berlari ke arah eomma mereka dalam ketakutan.

Siwon yang tidak mengerti dengan keadaan sekeliling hanya berdiri di tengah-tengah pasar tersebut sambil mencari kelibat eomma dan appanya.

" Arghhh!!!" suasana menjadi semakin huru-hara apabila sekumpulan moon beast menyerang penduduk dan juga peniaga.

Rupa moon beast sangat menakutkan. Dengan kukunya tajam boleh menembus dada seorang manusia. Badannya dipenuhi bulu hitam yang lebat. Saiznya taklah besar mana. Cuma dia sebesar manusia. Berkaki seperti manusia dan mempuyai mata merah menyala.

"Semua cari tempat bersembunyi. Utamakan keselamatan kanak-kanak terlebih dahulu!" jerit pengawal kerajaan yang baru sahaja tiba dalam beberapa minit yang lalu.

Semua peniaga dan penduduk mengikuti arahan walaupun mereka tahu nyawa mereka bakal melayang. Siwon hanya memerhatikan moon beast yang sedang meratah daging manusia yang dijadikan mangsanya.

Sedang Siwon leka memerhatikan moon beast itu, dia tidak sedar bahawa nyawanya dalam bahaya. Binatang itu menghampirinya dengan perlahan sekali.

Kukunya tajam sudah bersedia untuk menembus dada Siwon. Daging budak umur 2 tahun sangat fresh dan menyelerakan. Nyum nyum....  Moon beast mengangkat tangannya setinggi yang boleh agar dapat membenamkan kukunya. Tapi malangnya....

"Tepi," pedang yang tajam dan setia dengan tuannya berjaya dibenamkan ke dada moon beast sebelum dia sempat membenamkan kukunya pada dada Siwon.

" Ngooooouuuuuuummmmm" binatang itu menjerit kesakitan.

Siwon terkejut dengan tindakan pemuda yang membenamkan pedang tersebut. Dia memandang sayu binatang yang berada dalam kesakitan itu. Akhirnya moon beast itu rebah apabila pedang ditarik dari dadanya. Darah memercik dan terkena muka Siwon dan  pemuda tersebut apabila pedang itu ditarik keluar.

" Lain kali jaga diri sendiri. Kalau kena makan macam mana?" marah pemuda tadi.

Sedang pemuda itu memberi ceramah pada Siwon, seekor lagi moon beast yang dua kali ganda besar dan menerkam mereka dari atas.....

"Ngapppp!!!!"

🐺🐺🐺🐺🐺🐺

" Arghhh" Siwon tersedar dari mimpinya.

" Are you ok, Siwon?" soal Junki yang terjaga dari tidur apabila terdengar suara Siwon.

"Ok. Hyung jangan risau," jawab Siwon.

Junki tersenyum. Dia ingat lagi, dialah yang menyelamatkan Siwon dari dibaham moon beast dan membawanya pulang apabila mengetahui eomma dan appanya meninggal dunia. Hanya dia sahaja yang tahu cara kematian keluarga Siwon. Dari situ dia dapat tahu siapa Siwon yang sebenar. Dia tahu IDENTITI Choi Siwon.

" Hyung. Thanks sebab sudi jaga Siwon. Siwon tak tau macam mana nak balas budi hyung," katanya dalam serba salah.

" Sokay la Siwon. Nanti lambat laun Siwon boleh tolong hyung,"  Siwon tersenyum hambar.

" ehemm...." jong suk memandang sinis ke arah Siwon.

"Drama apa kali ni kau buat. Ganggu tidur aku pulak dengar suara kau!" kata jong suk sinis.

"Jong Suk jangan kuang ajar boleh tak. Cuba cakap baik2 sikit dengan dia.

Jong Suk buat tidak endah dengan arahan abangnya. Sebaliknya memberi senyuman sinis buat mereka.

" Btw, kalau kau rasa nak tinggal sini lama, lebih baik kau jaga kelakuan kau. " kata Jong suk dan meninggalkan mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 22, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

YOUTH (Vampire  Kingdom)Where stories live. Discover now