2

78 9 5
                                    

Pada Pagi Isnin yang indah , aku menjalankan rutin seperti biasa sebagai Ketua Perwakilan Pelajar di Bilik Perwakilan Pelajar sebelum sesi persekolahan bermula. Aku sedang membuat laporan tentang Festival Musim Panas untuk Pengetua kami , Cikgu Matsumoto Kanegawa dan menyelesaikan aduan - aduan yang dibuat oleh pelajar. "Haish.....Banyanknya.Macam mana nak siap Nii!!!" mengeluh dalam hatiku. Tiba-tiba,"Kringg!!!"aku terdengar bunyi lonceng berbunyi menandakan sesi pelajaran bermula. Aku segera mengemaskan meja ku yang berselerak dengan kertas kerja dan segera untuk pergi ke kelas sambil mendengar lagu dengan Walkman kesayangan aku.

Semasa aku menuju ke kelas aku , Tiba-tiba aku macam terlanggar seseorang dan terjatuh."Argh!! Aduh!" Kata orang itu. Aku segera menanggalkan Headphone menutup  walkman Aku dan segera menolong orang itu. Rupanya dia seorang perempuan."Awak tak apa-apa. Sorry sebab terlanggar awak." Kata aku kepada Perempuan itu."Saya ok. Terima kasih kerana menolong saya." Kata perempuan itu sambil tersenyum dengan aku. Lalu , perempuan itu pergi ke bilik guru. Aku terkesima kerana aku tidak pernah lagi melihat perempuan yang cantik seperti perempuan itu . Wajahnya yang comel dan ceria , memakai kaca mata , mempunyai kulit yang putih , mempunyai rambut sederhana panjang , mata coklat yang cantik , dan memiliki suara yang unik membuatkan aku terpesona dengan perempuan itu. Tiba-tiba , Yamada memanggil aku. " Hoi Takuya , Apasal kau tercegat kat situ , Masuklah kelas . Kelas dah nak mula." Aku terkejut dan segera masuk ke dalam kelas .

Semasa dalam kelas , Aku masih terfikir pasal peristiwa tadi . Tiba-tiba, Wakayama menepuk bahu Aku. Aku terkejut lalu menjerit "Hoi!!!". Wakayama ketawa terbahak - bahak lalu berkata "Hei , Kenapa kau termenung Takuya . Ada awek kau ke." " Eh..Ma-mana ada aku cuma fikir tentang laporan tentang Festival Musim Panas nanti." Kata Aku kepada Wakayama. "Oh ye ke. Sorry" Kata Wakayama kat aku. Lalu ,Wakayama tinggalkan meja aku dan aku mencari buku latihan aku dalam Beg aku. Tiba -tiba guru kelas kami merangkap guru bahasa jepun , Cikgu Ai Hana masuk ke dalam kelas . "Bangun , selamat pagi cikgu !." "Duduk semua" kata Cikgu Hana. Lalu , Cikgu Hana menulis nama seseorang dekat papan hitam . "Namika Mitsuzaka ? Pelajar Baru ke ? kata aku di dalam hati. Lalu Cikgu memanggil Pelajar itu. "Semua , perkenalkan pelajar baru dalam kelas kita . Namanya Namika Mitsuzaka. Saya harap kamu boleh berkawan dengan Mitsuzaka . Sekarang awak boleh memperkenalkan diri awak Mitsuzaka " kata Cikgu Hana . " Selamat Pagi , Nama saya Namika Mitsuzaka tapi kamu boleh panggil saya Mitsu. Saya berasal dari Tokyo. Saya harap saya boleh berkawan dengan Awak semua. Sila beri tunjuk ajar" kata pelajar tersebut. Aku terkejut bahawa perempuan yang aku langgar tadi sama kelas dengan aku. "Terima Kasih , Mitsuzaka . Sekarang ambil tempat duduk awak di belakang Takuya." Kata Cikgu Hana. Lalu , Mitsu menuju ke mejanya . Lalu aku putarkan kerusi ke belakang untuk berkenalan dengan Mitsu. "Hai , Saya Takuya yang langgar awak tadi. Selamat berkenalan." Kata aku kepada Mitsu sambil terseyum dekat dia. "Awak!!! Ha-hai saya Mitsu , se-selamat berkenalan."Kata Mitsu dengan malu. Aku rasa dia malu sebab aku senyum dengan dia. Inilah perkenalan aku dengan Mitsu.

My Love StoryWhere stories live. Discover now