(23)

315 9 1
                                    

"Yan, boleh tak kau pandang tempat lain? Aku tak suka kau pandang aku macam tu!" Saffa menghentikan perbuatannya yang sedang memotong sayur-sayuran hijau itu. Rasa tak selesa pula apabila di tenung sebegitu rupa. Pandang macam aku ni tak berbaju sahaja.

"Ehem. Miss Sya, tolong jangan perasan boleh? Aku pandang benda lain. Bukan pandang kau! Perasan!"

"Ye lah tu" Saffa menjuih bibir mungilnya. Tapi dalam masa yang sama dia malu juga apabila di perkatakan sebegitu. Rasa macam nak tanam kepala dalam tanah je sekarang.

Suasan kembali sunyi. Hanya bunyi aliran sungai berhampiran tempat mereka memasak dan bunyi binatang-binatang hutan sahaja kedengaran.

Aryan masih memandang gadis di hadapannya itu. Betul lah kata Saffa tadi. Dia memang curi-curi pandang gadis itu sejak gadis itu mula-mula memasak. Tetapi di sebabkan malu yang menggunung dia nafikan sahaja. Entah kenapa dia suka apabila Saffa berada di dapur. Nampak ayu kot.

Aryan tersengih apabila idea jahat datang menyapa akalnya. Dia melangkah perlahan-lahan ke tepi gadis berbaju hitam itu lalu...

"What tha? Apa ni main rampas-rampas!" Pisau yang di pagang Saffa di rampas oleh Aryan tanpa izin tuan empunya badan. "Aku cakap dengan kau ni Yan! Hey kau dengar tak! Fine!"

Sebentar tadi punya kemarahan pun tak ditutup lagi. Ini pergi tambah yang baru. Apahal lah mamat ni suka sangat cari pasal? Apa besar sangat ke dosa aku yang dah buat dekat dia? Hmm.

Aryan sorok senyum. Rancangan berjaya! Pernah sekali dia terdengar lagu yang di pasang oleh pembantu rumahnya dulu dan sampai sekarang dia mengingati lirik tersebut. "Jangan selalu mengusik, takut hati terusik"

Usik? Selalu sangat ke dia usik Saffa sampaikan hatinya pun turut terusik dengan gurauan itu? Dia memang suka tengok Saffa marah. Pelik kan? 10000 kali pelik dari manusia biasa.

"Amboi bang.. Suka ekk?" Taufiq yang muncul dari mana terus menerpa ke arah Aryan. "Suka apa?" Aryan kembali serious. Kenapalah mamat ni selalu sangat bawak perangai ketua pengawasnya? Serious memanjang! "Jangan menafikan perkara fakta Aryan Hilmi. Ini Taufiq Nazrul, dia akan tahu segala-galanya melalui riak muka anda. Kau suka dia eh?"

Taufiq, Danish dan Ammar adalah sahabat barunya ketika di tingkatan 4 dan Aryan tidak pernah beritahu perasaanya terhadap Saffa kepada mereka. Bukan tidak percaya, tetapi tidak bersedia. Khai dan Redza pula, sahabatnya dari tingkatan 1 dulu dan segalanya Aryan kongsikan kepada mereka kerana sudah terbiasa.

Senyuman sinis di beri. "Aku manusia paling teruk untuk mencintai dia" Lobak merah yang sudah di potong dadu di pindahkan ke dalam mangkuk.

"Jadi selama ni betul lah yang kau suka dia? Dan kau cuba menafikan perasaan itu di hadapan kitaorang?" Taufiq tidak berganjak dari tempatnya. Entah kenapa dia terminat pula hendak mendengar kesah cinta Mr Headprefect kita ni.

"Aku bukan cuba untuk menafikannya tetapi aku adalah manusia paling teruk untuk mencintai dia" Muka tenang Aryan di tatap tanpa jemu. Geram pula dengan dia ni seorang! Muka tenang tu erghh!

"Come'on wey, ayat yang sama kau ulang. Apa? kau ni teruk sangat ke? Aku tengok okey je. Selama ni, kau bercinta dengan ramai perempuan dan kau tak pernah takut pun untuk ungkap kata cinta tapi dengan dia...."

"Sebab aku manusia paling teruk untuk mencintai dia.. Ye dulu memang senang untuk aku ungkap kata "I love you. But now, its different"

Kau tak kenal siapa aku Taufiq. Kalau kau kenal aku, kau juga akan kata aku manusia sebegitu.
Aku bukan di lahirkan untuk menjadi contoh kepada pelajar yang lain tetapi, aku yang layak untuk di kaunselor kan.

Siapa aku? Kau akan tahu juga nanti. Apa aku buat? Kau akan tahu juga nanti. Bukan sekarang taufiq.

"Woi! Aku cakap panjang lebar, kau boleh mengelamun? By hook, by crook. Malam ni, aku nak kau buktikan yang kau suka dia depan khayalak ramai. Itu cara gentleman" Taufiq memeluk tubuh. Bab-bab cinta? Serahkan sahaja pada dia. Mat jiwang katakan.

"Tapi..."

"Tak ada tapi. Rancangan biar aku uruskan!" Taufiq menepuk bahu Aryan dan berlalu pergi. Aryan berdecit perlahan. Mamat ni kan, suka hati dia jer. Aku belum bersedia!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 10, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hai Mr Headprefect!Where stories live. Discover now