(12)

238 25 8
                                    

SAFFA AZRA, dari tadi tidak terhenti-henti menangis. Ini memang salah dia! Kalau bukan sebab dia, sudah pasti Aryan tidak jadi seperti ini.

Wayar-wayar yang tersirat di tubuh Aryan lagi menambahkan rasa bersalahnya. Mahu sahaja di ketuk-ketuk kepala dia tika ini.

"Azra, this is not your fault sayang.. Uncle dan Auntie tak marah pun. Dah tak mau nangis-nangis" Walaupun sudah di pujuk berkali-kali oleh Auntie Humairah, Saffa tetap mengeluarkan air matanya.

"Betul cakap Auntie kamu tu Azra. Please don't blame yourself. Kami tak akan hukum Azra pun. Lagipun Azra bukan tahu yang Aryan ada Alergik dengan kacang" Uncle Ahmad berkata seraya memandang Azra dengan pandangan Sayu.

Umi dan Baba hanya menjadi pemerhati. Sekali sekala mereka turut menenangkan Saffa, tetapi tetap tidak menjadi.

"Umi, Baba, Uncle, Auntie balik lah dulu. Lagipun esok Uncle kena pergi outstation kan? Saya boleh jer jaga Aryan ni. Dia pun dah macam adik kami" Izzat berkata perlahan. Jam di dinding sudah menunjukkan jam 12 tengah malam.

"Tak apa ke Izzat?" Tanya Uncle Ahmad memahukan kepastian.

"Tak apa. Lagipun esok saya tak ada kelas" Izzat tersenyum. Memang niatnya ikhlas hendak membantu Uncle Ahmad sekeluarga.

Uncle Ahmad memandang isterinya yang sedang mengedong anak bongsu mereka. Lama dia berfikir. Akhirnya dia tersenyum. "Terima kasih sangat-sangat ye? Uncle tak tahu nak balas apa" Uncle Ahmad memeluk Izzat di tepi.

"Azra tak nak balik" Semua mata memandang ke arah Saffa. "Tapi Azra..." Ayat Baba tergantung di situ apabila Umi memegang lengannya.

"Baiklah Azra boleh duduk sini" Umi memandang Azra seraya tersenyum. Dia amat memahami perasaan anak gadisnya ketika ini. Jika di pujuk beribu kali pun sudah pasti Azra tetap berkatakan 'TIDAK'.

"Thanks Umi" Badan Kecil itu di peluk. Rambut yang panjang berjurai itu di usap lembut lalu di cium dengan penuh kasih sayang. "Take care dear. Umi sentiasa ada untuk Azra"

Saffa mengangguk perlahan. Bersyukur ke hadrat ilahi di kurniakan ibu seperti dia. "Bye"

Setelah bersalaman, Bayangan mereka terus menghilang di sebalik pintu kayu hospital. "Lapar tak?" Izzat menanya.

"Lapar" bibir kecil itu berkata seraya mengusap perutnya yang kempis. "Abang keluar pergi beli makanan kejap ye?"

"Okey" Setelah bayangan Izzat hilang dari perlihatan, Saffa kembali merenung Aryan di tepi.
Hidung dia mancung, bibir dia merah, bulu mata dia lentik. Rambut dia cantik. Kening dia auchh.

Apa yang aku fikir ni? Dah lah aku cuba membunuh dia tadi. Kata doktor, kalau lambat, pasti Aryan tidak akan dapat bernafas lagi. Allahu...

Mataku kian kuyu. Lambatnya abang Izzat ni.. Dia beli makanan ke buat makanan? Setelah berminit-minit menunggu akhirnya aku melelapkan mata. Sorry abang.. I'm so tired.

Jam 3 pagi.

Aryan menggerakkan jarinya. Mata yang berat terus di buka. Tahu benar dia di mana, kerana suasana bilik yang lain. Tiba-tiba matanya tertangkap pada susuk tubuh seseorang. Sedikit demi sedikit bibirnya mengukir senyuman manis. Gadis itu. Ya, memang gadis itu.

Lama dia memerhati gadis yang memakai hoodie bewarna coklat itu. Wajah gadis itu nampak tenang sekali bila tidur. Kenapa eh dia ada dekat sini? Telefon di tepi meja terus di capai. Click! Dengan sekali tekan, gambar gadis itu terus berada di telefonnya.

Tiba-tiba si gadis bergerak kecil. Perlahan-lahan matanya di usap lembut. Ah comel! Mata kecil itu terus memandangku tepat.

"Sorry aku kacau kau tidur ke?" Aryan bertanya. Saffa masih memandangnya tanpa sepatah bicara. "Sya?"

Hai Mr Headprefect!Where stories live. Discover now