BAB 6

3.5K 219 14
                                    

Sudah beberapa jam mereka meliar mencari kelibat Ain di dalam hutan, hutan besar memang susah nak cari. Malam ni agak cerah disebabkan bulan penuh, dan sedikit dapat mencerahkan hutan daripada kebiasaannya. Mereka berhenti ditengah hutan, kemungkinan mereka sesat.

"Ini salah kaulah setan!" marah Qilah seraya tunding jari ke arah Lisa. Dia bengang, kalau tidak disebabkan rayuan Lisa untuk mendaki di bukit itu. Sumpah malam ni mereka tak alami perkara ni. Dia bangun, lalu tarik kolar baju Lisa. Angin dia malam tu cukup buat orang tersentak. Dang dan Lena cuba menenangkan Qilah yang terlalu terikut-ikut akan amarahnya. Lisa mengeluh... tak guna bergaduh. Benda tu dah berlaku!

Mereka senyap, tiba-tiba mereka terdengar orang menjerit. Dang bagi amaran supaya lupakan. Ya, dia tahu itu bukan 'orang' tetapi benda lain. Kalau ditegur, dia akan ganggu kita. Jeritan semakin mendekati mereka. Meremang bulu roma sesiapa yang alaminya. Dang arahkan mereka duduk bersama supaya tidak berpecah. Kalau seorang lagi hilang, malang mereka malam tu. Nak tunggu hari berginjak pagi, tersangatlah lama. Kemungkinan, malam itu baru lepasan waktu solat isyak.

"Kau orang semua pandai masuk, pandailah keluar!" suara yang gerung yang menyebabkan mereka tersentak. Argh! Lisa menjerit kuat dan cepat-cepat Lena tutup mulutnya. Mereka cuba tenangkan Lisa kecuali Qilah yang sibuk melilau sekeliling untuk melihat kalau kelibat Ain muncul tapi hampa. Tiada langsung menampakkan batang hidung Ain, Qilah mengeluh panjang. Adakah malam ni malam last mereka bersama? gerutu Qilah dalam hati. Perasaan takut bercampur marah. Bengang dengan keadaan berlaku!

***

Tok Ketua terkejut melihat makhluk dihadapannya. Walaupun gementar kuat dia hiraukan. Makhluk yang ditunggu-tunggukan selama ni! Tak sabar dia untuk memberi arahan kepada Weknong. Tetapi malangnya, malam itu dia terpaksa pulang ke rumah dengan perasaan yang hampa. Makhluk itu inginkan darah haid anak dara yang segar. Dia mulai gelisah. Aku sudah bagi sedikit, tapi minta lebih. Tamak! Dia garu kepalanya yang tidak gatal. Mana dia nak cari darah haid anak dara yang lain? Patutkah dia buka kaunter simpanan darah haid? fikirannya buntu. Masalah besar ni!

***

Jika sampai waktunya, pada malam bulan penuh. Seseorang mesti akan ada mewujudkan dia untuk kesenangan dan hendaklah sedia terima hajat makhluk itu. Jikalau tidak ditunaikan, dia akan mengganggu dan membalas dendam kepada si pemuja kerana memainkan permintaanya. Oleh sebab itu, orang dulu-dulu pernah memberi arahan keras "Jangan ganggu, nanti dia mengamuk!" tapi arahan itu dipandang remeh oleh penduduk kampung yang jahil. Tanggunglah kamu jika mengganggunya. Kalau tak nak bagi makhluk itu marah, tunaikan hajatnya tapi malang. Makhluk serupa mereka sangat suka menyesatkan orang islam, oleh sebab itu kita mestilah selalu berdamping dengan amalan-amalan ibadat supaya mengelak dari terkena gangguan. Jikalau sudah terpesong dari landasan agama, rasailah azabnya di neraka.

"Aku sebenarnya dah tanda dekat pokok-pokok tanda merah dengan pen tapi malam ni tak nampak rasanya" kata Dang cuba perlahankan suaranya. Kalau dengar dek benda tu, nanti dia menyampuk! Susah!

"Tak ada cara lain ke?" tanya Lena berharap adalah jalan lain nak keluar dari hutan ini. Dia tidak sanggup berlama... tak sanggup! Dang memikirkan cara untuk keluar dari hutan, oh ya! guna arah selatan. Nasib dia bawa kompas, lalu mereka terus gunakan dan menuju ke arah selatan. Mereka percaya dengan bantuan Allah, pasti jumpa jalan keluar. Malam itu mereka dapat keluar! Alhamdulillah...

Jika mereka fikir kembali tentang Ain yang hilang sejak dari petang tadi, kerisauan mula menyerbu. Malam ni mereka berehat dulu di rumah Fatin, kebetulan Fatin tinggal dengan bondanya sahaja. Adik beradiknya lain berada di luar negara melanjutkan pelajaran dan ayahnya sudah lama meninggal dunia. Fatin, rakan sekelas mereka yang sangat baik dan esok mereka akan teruskan pencarian. Malam tu mereka lena dibuai mimpi, penat barangkali mendaki bukit!

Hanya Lena sahaja belum tidur, sibuk memetik punat skrin. Dia tidak biasa tidur awal walaupun sudah pukul dua pagi. Jadi, dia scroll akaun Wechatnya yang sudah lama tidak di beleknya. Siapa yang promote aku ni?! Tiba-tiba sahaja ramai add, bebel Lena dalam hati. Sudah lah kesemuanya yang tidak dikenali malah ada yang profile picture letak gambar syahwat lelaki. Ish! Bodoh!

"Jika sudah ganggu tempatnya, bersedialah kamu alami rintangan para syaitan!"

Lena tersentak! Suara tadi macam pernah didengari!

Misteri Tuala WanitaWhere stories live. Discover now