Bab 21(final)

177 9 0
                                    

Aku merenung ke luar jendela, menghirup angin malam. Sejuk.

"Iqmal, awak ingat tak yang awak pernah cakap kat saya yang awak sayang kan saya. Dan awak akan tunggu saya sampai ke jinjang pelamin kan,?" Kata ku dengan tawa kecil.

"Tapi semua tu dah berakhir, saya doakan awak ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Amin," sambil menadah tangan lalu menyapukan ke muka.

Aku memejamkan mata ku menikmati angin sejuk ini. Ku rasa seperti ada lengan yang sedang memeluk tangan ku. Aku tersenyum

"Sayang buat apa malam malam bukak tingkap ni. Tak takut ke,?" Tanya dia. Kepala di letakkan pada bahu ku.

"Tak," jawap ku ringkas.

"Kenapa tak takut, ?" Tanya dia lagi.

"Sebab ada abang yang akan sentiasa melindungi sayang," balas ku lalu mencium pipinya.

Pelukan semakin dieratkan, dia meleraikan pelukan lalu memalingkan badan ku menghadap nya. Mata saling memandang, sebelum dia mengucup dahi ku dengan penuh syahdu.

"Terima kasih sayang," kata nya lalu memeluk ku.

Aku merasa bahagia sangat saat ini.

"Jom tidur, dah lewat ni. Tutup tingkap ni sejuk lah," dia menutup tingkap lalu menarik ku ke atas katil.

Kami baring dengan posisi saling memandang, aku tersenyum begitu juga Haikal. Aku melelapkan mata ku dengan tenang dan selesa tanpa ada gangguan.

Selamat malam dunia.

***
Beberapa tahun kemudian.

"Abang! Mana anak kita,!?" Jerit aku mata ku melilau mencari kelibat anak angkat kami.

Seperti yang di katakan, aku nak ambil anak angkat dan ia menjadi. Haikal ambil anak angkat lelaki di rumah kebajikan

Kaki melangkah laju , risau mula melanda diri ku mana anak aku yang seorang ni?

"Sayang kenapa ni risau semacam ni,?" Tanya Haikal.

"Mana Iqmal? Tadi dia ada kat ruang tamu sekarang dia dah tak ada," kata ku bergetar getar. Ya nama anak angkat aku Iqmal. Bukan aku yang bagi tapi itu memang nama dia masa aku ambil kat rumah kebajikan itu. Terubat jugak rindu aku kat arwah.

"Ish, sayang ni ingatkan apa lah, Iqmal ada kat bilik dia tidur. Tadi dia tertidur kat ruang tamu tu yang abang ambil letak kat bilik," jelas dia.

"Abang ni lain kali cakap lah awal awal. Terkejut sayang bila tengok Iqmal tak ada kat ruang tamu," sambil mengurut dada. Terkejut kau bila anak tak ada kat ruang tamu.

"Sayang sini duduk," kata Haikal sambil menarik tangan ku ke sofa.

"Sayang lain kali sayang tak payah nak susah susah jaga Iqmal. Kan abang ada, lagipun sayang ni mengandung 2 bulan. Nanti kalau jadi apa apa kat baby ni nanti macam mana," ujar dia. Sambil tangannya mengusap perut ku yang kian membesar itu.

"Yelah yelah, tapi kan abang kerja nanti siapa nak jaga Iqmal kalau abang pergi kerja," kata ku sambil memegang tangannya.

"Haah kan, nanti siapa nak jaga Iqmal masa abang kerja,?" Soal dia lurus macam pembaris.

"Hmm.. tak pelah sementara sayang belum sarat ni biarlah sayang yang jaga Iqmal ye, boleh ye," rayu aku. Sambil merapatkan kedua belah tapak tangan ku .

Haikal diam sejenak." Yelah, tapi sayang jangan nak buat kerja berat berat, sampai abang dapat tau sayang buat kerja berat berat siap sayang," ugut manja dia. Pikir aku takut. Huh, tak kot. Haha

Dia mengambil kedua belah tangan ku , dipegang erat . Mata saling menatap antara satu sama lain.

"Sayang, terima kasih sebab sudi menjadi isteri abang, abang bersyukur sangat sebab Allah telah memberikan abang isteri sebaik sayang.," kata nya dengan penuh syahdu.

Mata ku mula panas. Genggaman semakin dieratkan.

"Abang, sepatutnya sayang yang patut berterima kasih kat abang sebab abang sanggup berkahwin dengan sayang, sanggup tunggu sayang sampai sembuh. Terima kasih abang," ujar ku. Air mata yang sudah lama bertakung mula menitis.

Haikal mengelap air mataku dengan ibu jarinya. "Sayang kita sama sama ada kekurangan jadi abang harap kita boleh terima kekurangan antara satu sama lain. Berjuang untuk mendapatkan kesempurnaan ye,"

Aku membalas dengan anggukan, aku bersyukur tak terhingga kepada Allah kerana telah memberikan aku seorang suami yang baik lagi bertanggungjawab. Dan dikurniakan anak. Alhamdulillah, semoga kebahagiaan ini berkekalan. Amin.

Kedengaran tangisan kecil di bilik. Tentu Iqmal menangis sebab kena tinggal sorang sorang dalam bilik.

"Abang, tu Iqmal menangis tu. Jom tengok," kata ku lalu menarik tangan Haikal yang masih duduk

"Okey jom," balas nya . Kaki melangkah laju ke bilik. Aku menggenggam erat tangan nya sambil berjalan.

                                 TAMAT..






Yeah, dah tamat hilang satu kerja. Thank you sebab dah baca and vote. Maaf banyak2 kalau ada bab yang tak menyenangkan. Bye bye 😊😋


Siapa Kau?✔Where stories live. Discover now