Bab 14

124 7 0
                                    

Haikal POV

Majlis pernikahan akan berlangsung tidak lama lagi. Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan. Entah apa yang mak su cakap kat mak abah aku pun tak tau. Sampai beria ria mak ngan abah nak aku cepat cepat kahwin dengan Diana

Pintu bilik diketuk sebelum dikuak, terjengul kepala mak su kesayangan aku ni

"Assalamualaikum, boleh mak su masuk," salam mak su sebelum masuk

"Waalaikumussalam, boleh masuklah," aku membenarkan

"Wah, berserinya pengantin kita ni," teruja campur menyakat mak su berkata

"Eh, tak ada lah biasa biasa je," rendah diri aku. Kang kalau aku bangga kang tak pasal pasal kena ceramah dengan mak su ni

"Mak su," panggil aku

"Ada apa,?" Kata mak su selepas duduk di atas katilku

"Haikal nak tanya, apa yang mak su cakap kat mak dengan abah pasal rancangan nak berkahwin dengan Diana," akhirnya terluah juga apa yang terpendam dalam hati ini.

Mak su tersenyum, mesti ada apa apa ni. Kalau mak su aku ni ada maklumat penting senyum macam tu..

"Adalah," ringkas mak su menjawap

Ni yang aku tak suka ni, mesti ada rahsia yang aku tak tau. Mesti mak su ada cakap apa apa ni. Mana tak nya minggu lepas aku balik kampung mak dengan abah beri ria tanya kat aku siapa Diana? Anak siapa? Duduk mana? Macam Diana tu memang menantu pilihan.

"Ala, mak su cakap lah,". Rengek aku kena di bodek dulu kot..

"Alah, mak su tak cakap apa apa pun kat mak dengan abah kamu.," senyuman 'misteri' masih lagi tidak hilang pada wajah mak su

"Okey lah kalau mak su tak nak cakap Haikal merajuk," terus aku memeluk dada. Muncung sedepa di tunjukkan

"Kamu ni macam budak budak, nanti dah kahwin macam manalah nanti Diana nak pujuk," mak su bangun mendekati aku yang masih lagi duduk di meja solek

"Mak su cuma bagitau perkara sebenar kat mak dengan abah kamu tu je," sambil menepuk lembut belakang badan ku

"Perkara apa,?" Mak su aku ni cakap tak jelas banyak betul misteri nya

"Pasal penyakit Diana, mak su cerita dari A sampai Z tak ada yang terlepas pun. Mula mula mak kamu memang tak bagi yelah ibu mana yang nak tengok anak nya kahwin dengan orang yang sakit mental," terang mak su

"Tapi mak su dah yakinkan pada mak kamu yang kamu akan rawat dia, bagi dia terapi dan jaga dia," sambung mak su lagi

Ya Allah, terima kasih mak. You are the best!

"Ye ke, alhamdulillah. Terima kasih mak su. ," salam aku pada mak su

"Dah jom, dah siap kan rasanya tok kadi dah sampai kot. Tadi nampak macam ada orang ramai kat luar jom," tangan aku ditarik oleh mak su sehingga ke muka pintu.

Aku berhenti lalu menghadap cermin semula untuk menilik buat kali terakhir sebelum upacara pernikahan. Kahwin sekali seumur hidup so, kenalah handsome biar jadi kenangan.

"Dah kacak dah anak saudara mak su ni. Jom," pantas aku berlari apabila mendengar mak su sudah berleter.

"Okey jom," kami bersama sama menuruni tangga.

"Mak su nak tengok Diana sekejap ye," pinta mak su sebelum pergi.

Aku hanya memberikan anggukan.

Dup.. dap.. dup.. dap..

Nervous, gelisah, berdebar semua ada dalam hati aku ni. Boleh ke aku jadi imam yang baik untuk keluarga baru aku nanti.

"Haikal sini duduk," pinta ayah ku

Siapa Kau?✔Where stories live. Discover now