Chorong keluar dari kereta lalu melambai ke arah Park Bogum. Bogum membalas lambaian itu dan berlalu pergi.

Chorong terus masuk ke dalam hospital dan memakai kot doktor. Steteskop disangkut di leher.

Semua orang memberi ucapan selamat pagi kepada Chorong. Apa tidaknya, Chorong adalah doktor yang paling berpengaruh dalam hospital tu malah ramai doktor lelaki yang terpikat dengan Chorong termasuk doktor lelaki yang jarang bercakap dengan perempuan ,Dr Lee Jong Suk.

Chorong hanya membalas ucapan mereka dengan gembira. Tiba2 seorang jururawat datang dengan cemas.

"Dr Park, pesakit bilik 1129 alami serangan jantung dengab tiba2."

Mendengar perkara itu, Chorong bergegas ke bilik itu dan memberi pertolongan dengan teliti dan cekap.

Setelah pesakit itu stabil, semua orang berasa lega. Chorong ingin keluar dan isteri kepada pesakit itu terus memeluk Chorong.

"Terima kasih doktor. Saya tak tahu macam mana keadaan suami saya kalau doktor tak ada."

Chorong tersenyum dan membalas pelukan itu.

"Puan, itu tanggungjawab saya sebagai doktor. Kesihatan pesakit itu tanggungjawab kami. "

"Sekali lagi, kamsahamnida."

Chorong mengangguk dan berlalu pergi ke dalam pejabatnya. Sedang dia menyemak senarai yang berada di atas meja, tiba2 seseorang mengetuk pintu pejabatnya.

Chorong terkejut dan melihat susuk tubuh seperti model iaitu Dr Momo yang berasal Jepun.

Momo sudah tersenyum memandang Chorong yang blur. Dia ketawa dan mendekati Chorong.

"Yah, jangan buat muka macam tu boleh tak??"

Ketawa Momo membuatkan Chorong juga ketawa.

"Jom makan tengahari. Harini kita makan dekan restoran Jepun. Jeball... sebab aku dah rindukan makanan tempatan aku. Jebal jebal jebal..." Momo membuat muka kesiannya.

"Hmm yelah kajja." Chorong bangun manakala Momo sudah bersorak gembira. Momo menarik tangan Chorong dengan gembira.

..................................................................................

Momo makan dengan gelojoh. Chorong menggeleng melihat Momo yang begitu berselera. Chorong makan dengan perlahan untuk menikmati perlahan makanan itu.

Setelah makan, Chorong ingin bangun untuk membayar harga makanan tapi ditahan oleh Momo.

"Yah, kenapa tahan aku pulak??"

"Duduklah dulu. Kita borak2 dulu." Chorong mengeluh lalu duduk semula. Momo menepuk tangannya dengan gembira.

"Chorong sshi, boleh tak aku nak tanya kau sesuatu??"

"Apa??"

"Kau pernah jatuh cinta tak??"

"Aik?? Apsal kau tanya aku soalan tu pulak?" Chorong mengelipkan matanya berulang kali. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Entahlah, aku tengok macam kau pernah bercinta tapi sampai sekarang kau tak kahwin."

"Aku pernah bercinta dan aku tak putuskan lagi percintaan aku dengan lelaki tu tapi dia dah tinggalkan aku tanpa ingat wajah dia."

"Apa maksud kau, kau tak tengok muka dia??"

"Dulu aku buta. Tapi dia sukakan aku dan aku sukakan dia tanpa tengok wajah dia. Setelah tu, dia tinggalkan aku tanpa khabar berita. Ini dah masuk 5 tahun."

"Sekarang kau masih cintakan dia??"

"Sekarang cinta aku dah bertukar benci. Aku tak mampu lagi tahan perasaan cinta aku."

........................................................................

Sehun terkaku melihat banglo mewah 2 tingkat itu kosong. Dia menghampiri seorang perempuan yang berada dalam lingkungan 30 an.

"Ahjumma, mana pemilik rumah ni yang dulu??"

"Owhh pemilik ni dah dihalau lebih kurang 5 tahun yang lepas." Ahjumma itu terus memberi alamat kepada Sehun.

"Ini tempat mereka tinggal sekarang."
Setelah itu ahjumma berlalu tanpa Sehun mengucapkan terima kasih.

Sehun melihat alamat itu. Dia menitiskan air mata. Dia tahu tempat itu. Disebabkan dia, keluarganya terpaksa tinggal di situ. Sehun berlari untuk mengambil teksi.

..................................................................................

Momo berasa sedih mendengar cerita daripada Chorong. Dia melihat Chorong menangis lalu dia menggosok bahu Chorong.

"Chorong."

"Hmm."

"Apa nama lelaki tu??"

"Oh Sehun."

................................TBC.................................

#Mian kalau tak best
#Pliss vote
#Hope korang enjoy

B.L.I.N.D | O.S.H+ P.C.R (Malay Fanfic) (COMPLETE)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن