PART5

689 57 4
                                    


     Minggu ujian sudah tiba. Semua orang sudah kalut kecuali Sehun. Dia asyik memikirkan tentang Chorong.

    Dari tadi Baekhyun asyik menggoncang Taehyung berulang kali kerana terlalu takut.

    "Taehyung ah, jebal!!"

    "Aghh aku pun tak tahu."

   Chanyeol hanya mendengar lagu di headphonenya dan rap. Matanya masih memandang formula.

   Waktunya sudah tiba. Mereka menjawab soalan dengan teliti. Sehun masih ingat apa yang Chorong ajarkan kepadanya.

   Baekhyun hanya main baling kertas kepada orang lain. Chanyeol hanya ketawa melihat Baekhyun.

   "Shh!!"

    D.O marah kepada mereka. Baekhyun membaling kertas kepada D.O dan menjelirkan lidahnya kepada D.O

   D.O hanya memberi jelingan maut kepada Baekhyun.

   Pada waktu yang sama, Chorong hanya menjawab soalan dengan tenang. Dia teringatkan Sehun. Dia rasa bersalah melayan Sehun begitu.

    Dia terus menjawab soalan.

..................................................................................

       Chorong berjalan mencari kelas Sehun tapi rasa takut juga ada kerana Irene sekelas dengan Sehun.

     Sehun ingin keluar dan ternampak Chorong di parasnya. Dia terus pegang tangan Chorong.

    "Chorong, apa awak buat kat sini??"

    Semua orang melihat ke arah dua orang itu. Dia terdengar mulut2 yang jahat yang kutuk.

    Tanpa membuang masa, pinggang Chorong dipeluk lalu dibawa ke lain. Semua orang ternganga.

   EXO mendengar orang bergosip, lalu mereka cepat ke luar tapi tersekat di pintu.

    "Yah, biarlah aku keluar dulu."

    "Aku dulu lah."

    Akibat mereka kuat menolak, akhirnya mereka jatuh di depan pintu. Mereka melihat Sehun membawa Chorong. Mereka mengekori dari belakang.

    Mereka berhenti di sebalik dinding dan mendengar perbualan mereka berdua.

    "Chorong sshi, awak tahu kan bahaya kalau awak pergi kelas saya. Diorang akan buli awak."

    "Gwenchana, saya cuma nak cakap yang saya minta maaf sebab saya marah kat awak kelmarin. Saya tak sedia lagi cakap cerita hidup saya kepada awak sebab lagipun saya baru kenal awak. Tak sebulan lagi saya kenal awak. Mianhae."

    Sehun tersenyum.

   "Saya tak marah kat awak pun. Lagipun..."

    Sehun mendekatkan wajahnya dengan Chorong sehingga seinci. EXO yang melihat sudah menggigit jari. D.O menggigit jari Baekhyun sehingga dia hampir menjerit.

   ".....awak kan chingu saya."

    Chorong tersipu malu tapi dia tak perasaan Sehun hanya seinci dengannya. Yang lain sudah menelan air liur.

    "Apa kata lepas habis sekolah ni, kita pergi bandar, nak??"

    Muka Chorong berkerut.

   "Wae??"

   "Saya nak bawa awak bersiar siar."

   Chorong hanya senyum.

B.L.I.N.D | O.S.H+ P.C.R (Malay Fanfic) (COMPLETE)Where stories live. Discover now