Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.

Prolog

351 24 0
                                        

"Kau tak dapat nak lawan aku kalini", tawa hilaian Reita yang menggerunkan memecahkan hening yang sunyi sepi di kawasan bukit itu.

Fokus Irfan terganggu. Mindanya seperti berat. Tidak, dia tak dapat menahan gelombang yang terus menerus masuk ke mindanya. Benar, kali ini Reita bukan tandingannya. Namun dendam kesumat harus dibalas. Perbuatan kaum lahanat itu terhadap ibu bapanya harus dibalas setimpalnya. Irfan harus berjuang demi mempertahan nasib manusia yang menjadi sasaran. Peperangan belum berakhir! Dia mesti mengumpul rakan-rakan yang berkebolehan sepertinya.

"Kau dan keturunan laknat kau akan aku hapuskan bersama rakan-rakanku! Manusia yang kaum kau dahagakan akan aku bela! Kau tunggu Reita!", jerit Irfan.

Semakin lama dirinya dihantui pelbagai bisikan. Dia menekup telinga dengan kedua-dua belah tangannya. Tetapi, suara tersebut masih ada. Ya, suara itu dalam kepalanya. Gelombang yang Reita hantar semakin lama menyebabkan dirinya lemah. Ah, musibah apa lagi menimpa aku ni? Ya Allah bantulah hamba mu ini. Segalanya kabur. Irfan tidak dapat melihat apa-apa.

"HAHAHAHA", hilaian tawa masih kedengaran namun sayup-sayup. Kau tunggu Reita! Hari pembalasan akan tiba tak lama lagi.

Mahluk tak guna itu berterbangan disekeliling Irfan sebelum meninggalkan tempat tersebut. Dia mahu mencari mangsa lagi. Korban untuknya. Ah, aku nampak sorang lagi mangsa. Bagus ! Hahahahaha
"Jangan Reita... jjj.. jangan", Irfan sudah tidak sedarkan diri

BalasStories to obsess over. Discover now