LOKOMOTIF 1: JAGA DIRI. TERUSKAN HIDUP.

30 1 0
                                        

Apabila kita bekerja, kita mahu buat duit. Ada gaji, menyara hidup. Adakalanya, yang kita mampu buat setakat A-E sahaja. Bukan kita sengaja tidak berusaha. Tetapi, hakikat kemampuan kita hanya etakat itu saja.

Pernah satu ketika, seorang rakan sekerja pernah berkata. Betapa sukarnya dia terpaksa bekerja tanpa suami di sisi. Bukan dia membuat alasan untuk tidak membuat kerja lebih. 

Yang menjadikannya runsing, ialah masa untuk memantau anak-anak dan pendidikan mereka. Memanglah pendapatan dan gajinya agak besar. Namun, gaji RM2,500 di bandar bukanlah besar jika kita ada tanggungjawab mengurus dan mengetuai keluarga.

Situasi macam ini biasa. Ini namanya manusia. Ada pilihan dan ada kekuatan masing-masing. 

Apabila menguruskan syarikat, saya juga bekerja. Ada tugas dan objektif khusus. Ia tidak sama dengan menjalankan kerja-kerja kebajikan. 

Namun, apabila kita sudah selesai menjalankan urusan syarikat dengan betul, kita tahu bahawa ia adalah sebahagian daripada kerja yang membawakan kebaikan.

Apabila kita menguruskan dengan betul, pelanggan akan mendapat nilai yang mereka perlukan. Mereka gembira dan mendapat manfaat daripada apa yang mereka belanjakan.

Apabila kita menguruskan hal kewangan dengan adil dan terperinci, pelanggan, staf, pembekal dan sesmua yang terlibat dalam rantaian bisnes kita mendapat kebaikan.

Apabila kita menguruskan hal-hal pekerja dan staf dengan bijak, ia juga memberikan kebaikan kepada staf, syarikat dan diri sendiri.

Pengalaman menguruskan syarikat membantu saya secara peribadi menjadi manusia. Sayalah manusia yang paling bersyukur dengan pengalaman ini..

KERETAPIWhere stories live. Discover now