Setia : #1

264 13 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bab 1

Nafas ditarik sebelum sekali lagi menghadap pantulan dirinya di hadapan cermin. Dia sebenarnya berdebar. Berdebar dengan 'temu janji' yang akan berlangsung beberapa minit lagi.

Untuk hal sebenarnya, bukan dia yang akan bertemu lelaki misteri itu. Dia telah meminta pertolongan sahabatnya untuk menyamar sebagai dirinya, bagi bertemu lelaki misteri itu.

Siapa lelaki misteri itu?

Lelaki misteri itu adalah seseorang yang dia kenali di alam maya enam tahun yang lalu. Seseorang yang dia rasakan segala tentang lelaki itu adalah palsu. Baginya, lelaki itu adalah palsu. Profile lelaki itu di Facebook semuanya palsu termasuk lah profile picture nya. Dia sedikit pun tidak pernah lupa apa yang 'lelaki' itu pernah lakukan padanya.

Ya, dia tahu dia juga bersalah kerana percaya pada 'penipuan' itu. Tapi waktu itu, dia sangat tidak matang dan percaya setiap manusia yang ditemuinya adalah baik hatta di alam maya. Dia adalah seorang yang sangat naif ketika itu.

Sementelah itu, lelaki itu juga turut bersalah kerana mempermainkan perasan orang. Saat ini ditulis, tertanya-tanya sudah berapa ramai perempuan yang telah lelaki itu hancurkan dan robek perasaan mereka? Sudah berapa ramaikah perempuan yang telah masuk ke dalam 'permainannya' dengan ayat...

'Mohon jangan jatuh hati pada I. I akan mati.'

Samsung Galaxy S6 miliknya berbunyi. Nafas ditarik. Sah-sah itu adalah lelaki misteri yang dia kenali dengan nama Zafrill Rayyan. Itu adalah nama profil Facebook yang digunakan oleh lelaki itu enam tahun yang lalu. Dan ia masih lagi digunakan sehingga sekarang walaupun lelaki itu muncul lagi dengan akaun Facebook yang baru. Tertanya-tanya adakah itu nama sebenar lelaki itu. Tertanya-tanya untuk apa lelaki itu kembali muncul di Facebook, 'mengganggunya' lagi.

Oh tidak, soalan yang tepat adalah apa lagi permainan lelaki itu? Itu pun jikalau Zafrill Rayyan itu benar-benar seorang manusia yang bergelar lelaki.

Senyuman sinis dicipta apabila andaiannya tepat melihat notifikasi FB Messenger muncul di skrin. Mereka masih lagi berbalas mesej di Facebook seperti waktu dulu walaupun aplikasi yang lebih canggih dari itu sudah dicipta. Tapi itu lagi baik untuknya. Untuk mengelakkan dirinya dari jatuh ke dalam 'perangkap' lagi.

I almost there.

Seusai membaca mesej itu, dia melangkah keluar dari tandas. Tangannya ligat membalas mesej lelaki itu. Dan di luar tandas, sahabatnya sedang menanti.

"Dia on the way." Dia pandang sahabatnya. Laila Batrisya adalah satu-satu sahabatnya di alam nyata yang tahu tentang apa yang berlaku padanya dulu.

Laila senyum kelat. Sebenarnya dia juga berdebar. Bagaimana kalau lelaki misteri itu tahu dia bukan Rania Qaisara? Agaknya apa yang akan lelaki itu lakukan padanya?

SetiaWhere stories live. Discover now