10.

943 91 3
                                    

Pada waktu rehat, Fara menuju ke cafeteria sendirian. Sedang dia asyik makan, Bora, Hyuna dan Seolhyun menuju ke tempatnya.

Bora: Hey, awak! Awak nak buat apa dengan nama mak saya?
Fara: Saja je. Nak berkenalan dengan mak awak.
Bora: Jangan merepeklah!
Fara: Merepek apa?

Tiba-tiba Sohyeon muncul betul-betul di sebelah Bora. Fara tersenyum jahat.

Fara: Awak rindukan mak awak?
Bora: Takde kaitannya dengan awak.
Fara: Saya cuma nak bagitau..mak awak berdiri betul-betul di sebelah kanan awak.

Bora terkejut lalu naik angin. Baru sahaja Bora mengangkat tangannya unto menampar Bora, tangannya pantas ditarik Hyuna.

Bora: Jangan halang saya! Hyuna: Kita tak boleh guna cara tu!
Bora: Habistu?!
Seolhyun: Nah!

Seolhyun menghulurkan air kopi. Bora terus merampasnya lalu menuangkannya di atas kepala Fara. Fara tergamam.

Tidak cukup dengan itu, Bora menerbalikkan dulang makanan sehingga jatuh di atas baju Fara. Suasana di dalam cafeteria itu menjadi hening sunyi sepi.

Dino berlari masuk dari pintu cafeteria.

Dino: Ah! Dah terlambat!

Dino segera berlari ke arah Fara yang masih duduk itu lalu menarik tangannya untuk pergi dari situ. Bora, Hyuna dan Seolhyun tersenyum puas.

Dino membawa Fara ke bilik rawatan.

Dino: Neo gwenchana?

Fara menggeleng. Dino segera mencari pakaian ekstra yang selalunya ditempatkan di rak. Dino memakaikan tuala di bahu Fara. Fara masih tercegat di situ.

Tiba-tiba Sohyeon muncul. Dia berasa serba-salah melihat keadaan Fara itu.

Sohyeon: Fara, Mianhamnida.

Fara tersenyum lalu menunduk. Dia sedaya-upaya cuba menahan air matanya daripada mengalir di depan Dino.

Fara: Pergh. Aku ni, waktu macam ni pon aku masih nak action kuat.

Akhirnya, air matanya tumpah ke lantai.

Fara: Takpelah. Saya maafkan awak.

Dino bingung.

Dino: Tapi bila masa saya minta maaf?

Fara tersenyum memandang Dino.

Fara: Saya cakap dengan Sohyeon lah.
Dino: Ouwh.

Dino menahan malu. Tiba-tiba dia menyedari rambut Fara yang basah. Dia memegang rambut Fara.

Dino: Teruknya! Apa je yang diorang buat kat awak?

Fara kembali menunduk. Air matanya mengalir kembali deras. Dino berasa serba-salah.

Dino: Mari sini.. saya tolong basuhkan rambut awak.
Fara: Perlu ke?
Dino: Kalau tak nanti rambut awak bersemut, saya tak tahu~

Dino mengusik Fara. Akhirnya Fara mengangguk.

Dino membasuhkan rambut Fara di sinki. Fara pula hanya termenung dan kadang-kadang mengalirkan air matanya.

Dino mengelap rambut Fara lalu merapikannya.

Dino: Nah. Tukarlah baju tu. Kan dah kotor.

Fara menyambut baju yang dihulurkan Dino.

Dino: Saya tunggu dekat luar.

Dino berlalu keluar. Fara merenung baju di tangannya.

*****

✔ sixth sense | cscWhere stories live. Discover now