🍥 Bab 2 🍥

212 14 3
                                    

"Astagfirullah Lia! Dah nak masuk Maghrib dah ni Dahlia Binti Arman oiiiiii. Pergi solat,mandi.Lepas tu kita dinner dengan Ibu. Ayah pun nak solat kejap." Sergah Encik Arman merangkap ayah kepada Dahlia. Sikap Tegasnya amat di geruni Dahlia. Kalau dia melawan sikit je.. Uish! habis lah.
Tetapi didalam ketegasannya ada tersemat kasih dan juga sayang.

"Okay ayah.Maaf Lia tertidur tadi." jawab Dahlia sambil menggosok matanya. Encik Arman hanya menggelengkan kepala dan berlalj pergi.Ada-ada sahaja anaknya itu.

"Boleh pula aku tertidur eh.Hahaha..Zulkarnain..Zulkarnain.. adakah lelaki macam kau dalam buku ni?" Dahlia Tersenyum sambil berjalan keluar dari bilik bacaannya itu. Esok ajelah sambung kemas. Hehhehe.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Usai mandi dan solat Dahlia segera turun ke bawah untuk menjamu selera bersama ibu dan ayahnya.
"Lia dah habis kemas buku?" tanya Puan Mawar sambil menyuapkan sesudu mi goreng ke dalam mulutnya. "Belum ibu. tadi lia.."
"Dia tertidur dekat sofa dalam bilik tu. Berangan lah tu. betul tak Lia?" Belum sempat Lia menghabiskan ayat sudah dipotong Encik Arman. Dengan nada sindir pula itu. Kecil hati mak nak ! huhuhu.
"Mana ada Lia berangan ayah. Ayah suka sakat Lia kan?" Dahlia mula memuncungkan bibirnya. Dah tua-tua pun nak merajuk.
"Ala Lia. Ayah bergurau sayang. Aimboi...dah tua pun nak merajuk dengan ayah ye sayang?" Encik Arman memujuk anaknya itu. Puan Mawar tersenyum melihat telatah suami dan anaknya itu.
"Dah makan. Nanti siapa lambat makan dia basuh pinggan!" Puan Mawar mengangkat pinggan lalu berlari anak kedapur.
"Mana aci ibu!!!" Teriak Encik Arman dan Dahlia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Lia nanti kat kampung, Lia nak buat apa?" tanya Encik Arman sambil membaca surat khabarnya itu. Dah masuk tiga kali dah Dahlia lihat ayahnya baca surat kahbar yang sama hari ini. Memang dia mewarisi hobi ayahnya iaitu membaca.
"Lia nak tolong Tok Abah kat warung dia lah ayah. Sian Tok Abah."Jawab Lia.Rindu menyelubungi dirinya terhadap Tok Abah dan Arwah Mak Toknya. Mak Tok meninggal sewaktu Dahlia berusia 18 tahun. Dia begitu rapat dengan Mak Toknya itu.

"Baguslah kalau macam itu Lia.Ringan sikit beban Tok Abah.Lia pun belum dapat tawaran lagi kan?" tanya Puan Mawar mengangkat keningnya.
"Belum ibu.Nanti-nantilah Lia kerja.Tolong Tok Abah dapat pahala kan ?" Tersenyum Ibu dan Abahnya.Bersyukur di kurniakan anak yang sebegitu.Memahami orang di sekelilingnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dahlia merebahkan badan ke katil empuknya. Selepas makan malam tadi dia sempat sambung mengemas  buku-buku lamanya itu.Alhamdulillah. Kesemua buku itu akan diangkat oleh lori kebajikan Masyarakat esok.

Buku kegemarannya itu dibelek.Teringat dekat Tok Abah di Kampung. Call kejaplah.

"Assalammualaikum Tok."

"Waalaikumussalam Manja."

"Tok, Manja rindu Tok"

"Manja, Kan minggu depan Manja duduk dengan Tok nanti. Tok pun rindukan Manja Tok ni.hahahah."

"Tok tadikan Manja jumpa balik buku yang Tok bagi tu."

"Ye ke? simpan elok-elok tau Manja."

"Tok, Manja suka lah Watak Zulkarnain dalam buku tu Tok."

"Hahaha..ada ada sahajalah kamu ni Manja. Mana ada lelaki macam dalam buku itu wujub.Serba serbi lengkap.Kita ni tak sempurna Manja."

"ala Tok ni Manja nak gurau pun tak boleh.Lagi pun Manja dah besar lah Tok. Bukan macam masa kecil dulu.Heheh"

"Apa-apalah Manja.Atok pergi dulu.Nak singgah Rumah Tok Ketua.Ada hal sikit.Nanti apa-apa call lag Tok lagi ye?"

"Okay Tok.Bye.I Love You soooo strong..hahahha"

"Manja ni suka sakat Tok kan?..hahah...lebiutu.."

Panggilah dimatikan. Dahlia memeluk buku itu dalam dakapannya.Matanya semakin berat ibarat berguni-gubi beras diatas kelopak matanya itu.
"Zulkarnain..Zulkarnain..Zulkarnain" Dahlia menyebut nama itu sehingga terlelap.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Done..hehhe..jangan lupa vote and comment tau sayang2

xoxo,
Gloria Dee.

A Guy From The BookWhere stories live. Discover now