"Kakak cepatlah bangun"
"Hishh, ye sabar lah akak nak bangun lah ni".
"Akak cepatlah bangun". Habis ditarik baju kakaknya yang baru hendak tidur semula.
" Ye la. Akak dah bangun. Pergi keluar sana sibuk je" dengan muka selamba sahaja dia menolak adiknya sampai ke luar pintu biliknya.
"Akak jangan tidur balik ye. Kalau tak adik panggil papa"
Budak ni tahu menguggut aku je. Kau siap ye budak nanti aku kerjakan kau. Desis hatinya yang geram dengan sikap adikmya.
Selesai mandi , Arina membuka almari miliknya dan memilih pakaian yang hendak disarung untuk pergi bekerja. Mana satu aku nak pilih ni. Sambil tangannya menggaru kepala yang tidak gatal.
"Ha, baru nak turun. Cepat papa nak pergi kerja ni". " Sorry pa lambat hehe".
Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Aduh kalau aku lambat lagi ni boleh kena pecat. "Papa, jom lah kita pergi, kakak dah lambat ni". Habis masaklah aku dengan boss. Mati weh mati. "Tulah lain kali set la alarm. Tak de la terkinja kinja nak bangun ye tak Puan Shahila?". Bebel papa.
........................................
Di pejabat,
"Awal sampai Cik Arina bt Zakaria?". Ahhhh sudah boss dah terpacak depan pintu office memang susah la nak menyorok muka ni hah. Satu hal lagi nak fikir alasan nak bagi. "Emmm, maafkan saya boss. Terlewat sikit sebab adahal tadi dekat...". "Ha, banyaklah awak punya hallah rumah la itulah inilah. Ni aku nak cakap, itu masalah anda bukan masalah saya! ". Suara garau milik Daniel bin Dato Haikal telah menyebabkan satu office yang tadi nya bising sekarang macam malaikat datang. Sunyi sepi. Wow so amazing.
Its sokay. Kau boleh malukan aku depan orang ramai. Kau tunggu turn kau pula ye Boss Daniel. Harap muka je hensem tapi mulut perghh bau busuk sebab tak gosok gigi mungkin.Hahahahahahahahaha... Arina bergelak jahat di dalam hatinya. Ketika itu hatinya cukup punah setelah ditikam beribu-ribu kali oleh boss nya. Daniel siapa tidak kenal dengan sikapnya yang suka lepas tanggungjawab, suka marah pekerjanya, suka membebel macam burung murai dan seangkatan dengannya. Memang patut digelar boss sewel. Memang sewel hmmmm...
Tok tok tok
"Yes come in. Projek kita macam mana? Okay or not?".
"Okaylah juga tapi kan boss, the most important yang boss kena tahu hmmm actually saya tak delah pandai mana macam Cik Arina settlekan banyak projek-projek yang sebelum ni tergendala. But I think you must...".
"Apa, kau nak dia dengan aku bergabung nak siapkan projek ni. Eh sorry sikit. No no no, aku tak kira dia pandai ke dia cantik ke ada aku kesah?". Daniel menekankan ayat ada aku kesah kepada Haris.
Aduh boss ni aku tak habis lagi dia dah potong. Omel Haris didalam hatinya. Eleh dia fikir dia seorang je yang boleh ada aku kesah. Aku pun bolehlah ada aku kesah ke kau nak ke tak nak werkkk. Kira ke tak kira ke aku nak suruh juga Arina combine dengan boss Daniel. Pi lantaklah dia. Lama - lama dia berharap juga Arina tolong dia.
" Macam ada betul juga apa yang Haris cakap tadi. Tapi ehh gila ke aku nak buat kerja dengan dia. Dia pun selalu masuk office lambat. Itu ke ciri-ciri orang yang patut aku bekerjasama. Memang tak lah. Aku boleh cari orang lain lah. Akukan boss dekat sini. Suka hati akulah nak arahkan siapa nak bekerjasama kan. Goodboy la Daniel. Otak perlu digunakan dengan betul. Cewahhh".
"Arina, aku nak minta tolong kau boleh tak? Please kali ni penting. Bukannya apa tapi boss dia minta tolong aku siapkan projek dia tu". Pujuk Haris.
"So?".
"Aduh kau ni, come on tolong lah your member ni. Aku belanja kau tiket pergi Jepun. Mesti kau nak kan kan kan". Bersungguh-sungguh Haris meminta pertolongan daripada Arina.
"Eleh kalau setakat nak belanja aku minum haritu pun payah ni lagilah Jepun. Tak payah nak sembang lebat macam gajah boleh terbang ye Haris".
"Macam nilah member kan. Bila susah tercari-cari aku macam hilang anak. Bila senang ha macam nilah dia bagai kacang lupakan kulit". Penat Haris membebel.
"Stop, aku malas nak dengar mulut minah kau tu. Ye lah aku tolong kau kali ni. Kali ni je tau. Nanti ape-ape roger". Dek kesian dengan Haris terpaksa Arina menerima permintaan " TOLONG " daripada sahabat lelakinya itu.
ESTÁS LEYENDO
Kau Siapa?
FantasíaMengisahkan lelaki yang pernah cuba untuk melindungi perempuan yang pernah disakiti olehnya tetapi dilabelkan sebagai pembunuh.
