Bab 1

528 11 4
                                    

Angin bayu meniup lembut ke pipi Laura. Sesekali dia mengeluh perlahan akibat keletihan. Selama 6 jam perjalanannya dari negara yang popular dengan Winter Sonata ke Malaysia benar benar meletihkan dirinya,ditambah pula bunyi bising dari suara bayi kecil di dalam kapal  terbang membuatkannya tidak dapat tidur dengan nyenyak.

Pintu diketuk perlahan.Mata Laura yang sedang terpejam kembali terbuka.

" Masuk "

Kelihatan seorang perempuan tua sedang menatang segelas air berjalan menuju ke arahnya. Pantas Laura bangkit dari tempat tidurnya itu.

" Ala Mak Wan ni susah susah je bawakkan air untuk Laura. Laura boleh amik sendirilah Mak Wan." Tuturnya sopan.

" Tak ada susah mana pun. Setakat air je pun. Mak Wan rindu sangat dengan Laura. Dah 5 tahun Laura tinggalkan rumah ni dan duduk dekat Korea sana. Satu rumah ni semua rindu dengan Laura tau " Terang Mak Wan.

Laura hanya tersenyum mendengar kata Mak Wan.

" Mak Wan ni..ada ada jelah "

" Laura minum dulu air tu. Lepastu rehatkan badan. Mak Wan nak sediakan makanan untuk Laura. Mak Wan tahu Laura penat. Laura tidurlah dulu. "

Laura menganggukkan kepalanya. Dia terus merebahkan badannya tatkala Mak Wan hilang dari pandangannya.

********************************************
" Butik U sekarang ni I tengok makin lama makin untung. I rasa U dah boleh buat cawangan barulah " Kata Datin Dilla.

" Tak ada untung mana pun Dilla oi.. Nak bukak cawangan baru tu adalah terpikir jugak tapi nak kena tunggu anak I balik dulu " Jawab Datin Hanim

Datin Hanim menerima pesanan ringkas dari pembantu rumahnya,Mak Wan. Senyuman Datin Hanim terus melebar.

" Maaflah Datin. I kena balik dulu. Anak I dah balik. Baru je cerita pasal dia "

" Anak U yang amik bidang muzik kat Korea tu kan? "

Datin Hanim mengangguk. Hatinya sudah tidak sabar lagi untuk menemui anak perempuannya. Mana taknya sudah 5 tahun tidak berjumpa

Datin Hanim bergegas keluar dari keretanya dan masuk ke dalam rumah banglo 3 tingkatnya itu.

" Puan, saya rasakan lebih baik Puan jangan kacau Cik Laura. Dia tengah tidur tu. Letih sangat saya tengok dia tadi." Ujar Mak Wan.

Puan Hanim mengangguk perlahan. Dia membatalkan hasratnya untuk berjumpa dengan Laura.

********************************************
Laura terjaga dari lenanya sebaik sahaja mendengar telefonnya menjerit minta dijawab. Dia melihat ke skrin lalu menekan icon hijau.

" Laura,annyong! "

" Annyong! " Jawab Laura gembira.

" I think you have arrived home already "

Laura gelak sebelum menjawabnya

" Mianae(sorry), Jae Ha. Im so sorry. Im just fallen asleep "

" Gwenchana(tak mengapa) , I know you felt tired after six hours in a plane. "

" Omomomo thanks for your understanding,Jae Ha "

3 Min kemudian, talian diputuskan.
Laura keluar dari biliknya. Perutnya kini meraung minta diisi.

" Laura .."

" Eh mama! Bila sampai? "

" Eh dia pulak yang tanya kita patutnya kita yang tanya dia bila sampai " Getus Puan Hanim.

Kerana Dia (ON HOLD)Where stories live. Discover now