22 : Smiling Again

Beginne am Anfang
                                    

"Sukahati awaklah." akhirnya aku hanya beralah dan membiarkan sahaja Wonwoo menghantarkan aku ke rumah. Wonwoo tersenyum mendengar respon aku dan mula berjalan di sisi aku.

"Yuri, luka kat pergelangan tangan awak tu tak sembuh lagi ke?"

Mendengar sahaja soalan yang diajukan oleh Wonwoo itu, mata aku terus memandang ke arah bandage yang masih membaluti pergelangan tangan aku sekarang.

Luka ni aku sendiri yang buat. Entah, aku pun tak tahu sama ada ia sudah sembuh atau tidak. Yang aku pasti, kelaran yang aku buat ini akan meninggalkan parut yang dalam pada kulit.

"Entah. Saya pun tak tahu." jawab aku acuh tak acuh. Jawapan aku itu membuatkan Wonwoo mula menyoal lagi. Menyesal pulak jawab macam tu tadi.

"Mesti ni disebabkan awak cuba nak bunuh diri lagi kan?" tekanya. Dengan selamba aku menganggukkan kepala sebagai jawapan. Lagipun memang betul tekaan yang dia buat. Keluhan halus Wonwoo lepaskan dari mulutnya.

"Yuri, awak tak sayangkan diri ke? Bunuh diri tu takkan bawa keuntungan pun. Percayalah." kata Wonwoo. Suaranya kedengaran sedikit tegas ketika berkata begitu. Aku tidak membalas, malah hanya mendiamkan diri.

"Kalau awak terfikir nak bunuh diri lagi, saya akan jauhkan diri dari awak."

Langkah aku serta-merta terhenti sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan oleh Wonwoo. Wonwoo yang berada di sisi aku juga turut memberhentikan langkahnya.

"Jangan." ayat itu automatik meluncur keluar dari mulut aku sambil mata aku merenung tajam anak mata milik Wonwoo. Entah kenapa, aku tak nak perkara itu berlaku.

"Kenapa? Awak takut saya tinggalkan awak kan?" satu senyuman sinis terukir di bibir Wonwoo membuatkan aku sekali lagi menyesali ayat yang baru sahaja terkeluar dari mulut aku. Aku mengeluh perlahan sebelum meneruskan langkah yang terhenti tadi.

"Okey, jangan cuba nak bunuh diri lagi tau. Masih banyak lagi pengembaraan yang sedang menanti awak kat dunia ni." kata Wonwoo lagi sambil menepuk bahu aku. Aku hanya menjawabnya dengan 'hm'.

Tidak lama selepas itu, rumah aku pun kelihatan. Aku memberhentikan langkah aku sebelum memandang ke arah Wonwoo.

"Wonwoo, sampai sini saja lah. Terima kasih sebab sudi hantarkan saya. Susahkan awak je." aku menundukkan kepala sedikit sebagai tanda terima kasih. Wonwoo mengangguk perlahan sebelum mengangkat tangannya.

"Kalau awak dah cakap macam tu, okey. Saya balik dulu ya? Hati-hati tau. Bye."

"Ya. Awak pun sama. Bye."

Wonwoo pun mula mengatur langkahnya menuju ke rumahnya. Aku hanya memerhatikan figuranya yang kini sudah pun berada jauh dari pandangan sehinggalah figuranya hilang sepenuhnya. Aku tersenyum sendiri.

Dia memang baik. Selalu ambil berat tentang aku walaupun aku bukannya istimewa sangat.

Mungkin sebab itu, aku suka dia.

Tapi cerita sedihnya sekarang, dia mungkin tidak mempunyai perasaan yang sama seperti aku.

Tanpa berlengah, aku pun meneruskan langkah aku menuju ke rumah yang hanya berada beberapa meter sahaja dari aku sekarang. Pintu rumah terus aku buka sebaik sahaja aku tiba.

"Yuri dah balik."

"Selamat pulang, cik." salah seorang pembantu rumah aku menyapa. Aku tergelak tanpa sengaja. Aku pun menghampiri pembantu rumah aku yang tengah berdiri di hadapan aku sekarang.

"Ahjumma, dari kecil Yuri tertanya-tanya. Tak penat ke ucap macam tu setiap hari?" soal aku. Tergelak halus pembantu rumah aku dibuatnya. Lengan aku dipukulnya lembut membuatkan aku mengaduh, berpura-pura sakit.

Last Forever || WonwooWo Geschichten leben. Entdecke jetzt