22 : Smiling Again

1.4K 152 19
                                    

"Yuri."

Bahu aku terasa digerakkan oleh seseorang dengan lembut berulang kali. Aku membuka kelopak mata aku perlahan. Pantas aku mengangkat kepala apabila mendapati kepala aku tengah berbaring pada bahu Wonwoo.

"Eo? Maaf. Saya tertidur ke tadi?" soal aku yang baru sahaja terjaga. Wonwoo tersenyum dan terus menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. Automatik aku menundukkan kepala. Malunya.

"M-maafkan saya. Saya tak sengaja." ucap aku lembut. Rambut panjang aku yang hampir menutupi separuh wajah aku sekarang pun sudah cukup untuk menyembunyikan wajah tomato aku.

"Tak apa. Lagipun awak tidur lena sangat. Mesti awak penat hari ni." ujar Wonwoo yang masih tersenyum memandang aku. Terasa seganlah pulak. Aku terus terbatuk kekok. Melihat bibirnya yang tersenyum itu, jantung aku mula berdegup laju.

"Jom turun." katanya lalu bingkas bangun dari tempat duduknya. Aku tanpa berlengah juga bangun dari tempat duduk aku. Aku membiarkan Wonwoo berjalan di hadapan manakala aku mengikut rapat dari belakang.

Sebaik sahaja kami menuruni bas, kami pun meneruskan perjalanan kami menuju ke rumah masing-masing. Wonwoo yang tadinya berjalan di hadapan aku tiba-tiba sahaja menoleh ke belakang, menyebabkan wajah aku tersembam di dadanya.

"Y-yah! Kenapa awak tiba-tiba pusing belakang ni?!" aku terjerit disebabkan terkejut dan malu. Pantas sahaja aku menutup wajah aku dengan tangan. Bukannya apa, aku cuma tak nak dia nampak muka aku yang tak ubah seperti warna darah sekarang.

"Maaflah. Tak sengaja." selamba sahaja Wonwoo berkata sebelum tergelak halus. Dia ingat lawak ke? Aku pun menurunkan tangan aku yang menutupi muka aku tadi setelah rasa malu itu hilang. Takkanlah nak tutup muka lama-lama kan?

"Yuri, saya hantarkan awak balik ya?" pelawaan Wonwoo itu membuatkan mata aku membulat dengan sendiri. Automatik kepala aku menggeleng pantas, menolak pelawaannya.

"Tak apa! Saya boleh balik sendiri." kata aku. Bukannya apa, aku cuma tak nak Chanyeol nampak dan mula fikir yang bukan-bukan nanti. Wonwoo memandang aku kosong sambil menaikkan salah satu keningnya ke atas.

"Kalau ada orang mabuk ganggu awak macam dulu, awak nak buat apa nanti?"

Orang mabuk macam dulu? Macam mana dia tahu aku pernah diganggu oleh orang mabuk? Rasanya aku tak pernah beritahu dengan sesiapa pun pasal tu. Yang tahu pun cuma aku dan lelaki misteri yang telah menyelamatkan aku pada malam yang ngeri itu.

Bercakap pasal lelaki misteri, sudah lama agaknya aku tidak nampak kelibat dia. Sejak aku dan Wonwoo jadi rapat, bayangan lelaki misteri itu terus hilang begitu sahaja.

Takkanlah Wonwoo lelaki misteri tu, kan?

Bila teringatkan balik, Wonwoo memiliki tisu poket yang sama jenis dengan lelaki misteri itu. Dan Wonwoo juga pernah pinjamkan sweater hitamnya kepada aku. Sweater hitam itu pun sebijik macam sweater hitam yang dipakai oleh lelaki misteri itu.

Oh, ya. Rasanya aku belum kembalikan sweater hitam tu kepada Wonwoo kan?

"Yuri, awak mengelamun lagi." suara garau Wonwoo menyedarkan aku dari lamunan jauh. Mata aku berkedip seketika sebelum memandang Wonwoo yang tengah merenung tepat anak mata aku.

"Maaf. Awak cakap apa tadi?" aku tebalkan muka untuk bertanya kembali. Mesti dari tadi Wonwoo bercakap dengan aku tapi aku pula sibuk memikirkan tentang lelaki misteri itu.

"Haih lupakan. Biar saya hantar awak ya?"

"Tak apa ke? Saya cuma tak nak menyusahkan awak je."

"Park Yuri. Hantar awak sampai ke rumah langsung tak menyusahkan saya, faham?"

Last Forever || WonwooDove le storie prendono vita. Scoprilo ora