Jungyeon menggeliat kecil lalu berpusing posisi kepada meniarap. Jimin menongkat dagunya. Wajahnya mula disapu buat beberapa kali lalu mengalihkan pandangannya kearah lain. " hadui budak ni nak tidur tu agak-agak lah dah lah selimut terselak. " kepalanya digaru.

Jam dindingnya dikerling sekilas. Jam menunjukan tepat pada pukul 10 pagi. Tapi si Jungyeon ni tak reti-reti nak bangun walaupun semalam dia tidur pukul 8 malam. Anak dara apa ni?

Jimin mengeluh. Wajah Jungyeon dipandang lama. Kemudian dia tersenyum seorang diri.

" kau tak payah lah balik dulu sebab dekat luar sana salji tengah turun lebat. Kau tidur lah sini. Aku janji aku tak akan buat apa-apa dekat kau. Aku janji! "

" muka kau boleh percaya ke? Muka macam suka makan orang je? "

" eh sedap lidah kau je cakap aku macam tu? Dah la mencekik makanan aku! Sekarang memang aku lapar jangan sampai kau aku makan! "

" eh namja gila seks betul lah kau ni! Kalau tak kerana salji lebat dekat luar tu dah lama aku balik lah! "

" tahu pun! Lain kali jaga lah mulut tu! Kang aku bagi kau tidur dekat jamban baru tahu ! "

" aku tidur dekat jamban lagi bagus lah dari menghadap muka namja gila seks macam kau ni! "

BAMMM!

" hoi! Jungyeon! Eh tak kan kau betul-betul nak tidur dalam tandas tu woi? Woi! Buka pintu ni! "

" jangan sibuk lah! "

Jimin tertawa lagi. Tak pernah-pernah dia jumpa manusia yang sanggup tidur dalam tandas. " tak pasal-pasal aku juga kena dukung kau keluar dari tandas tu. Dah la berat perangai kasar, degil pula tu. Hah cukup pakej " Jimin berkata sendirian. Selimut Jungyeon dibetulkan semula.

" kau yeoja yang paling lain yang aku pernah jumpa " tangan Jimin mula menyentuh lembut pipi Jungyeon yang masih lagi dibuai mimpi.

Tiba-tiba tangannya dipegang secara mengejut. Mata Jungyeon mula terbuka luas. " kau buat apa dekat aku? " soal Jungyeon dingin. " a..aku tak buat apa- apa! Aku cuma tunggu kau bangun tidur je. Hehehe "

Mamat 'PickupLine'Where stories live. Discover now