4 | Ollivander Shop

5.4K 917 50
                                    

"Wallace! Apa awak buat dekat sekolah saya?" Aku menyoalnya, sedikit bengang.

Mana taknya, crush aku yang duduk depan baru je pusing belakang, nak tanya aku something. Susah tahu nak bercakap dengan dia.

Tiba-tiba, semua benda freeze. Macam sebelum-sebelum ni.

"Hari ni kita akan cari wand awak. Memandangkan lagi seminggu hari pertama sekolah awak di Hogwarts akan bermula." Kata Wallace tenang.

"Aku patut makan ubat penenang lebih kerap. Halusinasi aku ni buatkan aku bertambah gila." Gumamku perlahan.

"Halusinasi? Awak ingat semua ni halusinasi semata-mata?" Tanya Wallace, sedikit terkilan.

"Then what? Stranger yang datang entah dari mana, tahu nama saya, semua orang tak bergerak, ini apa ni? Mimpi?" Kataku sambil menghayun-hayunkan tangan di hadapan muka crush aku, nak pastikan yang dia tak pura-pura mengeras.

" Okay, let say this is a dream. Will you play along?"

Aku mengeluh sebentar. Semua orang tak akan bergerak balik kalau aku tak ikut flow halusinasi aku kan?

"Fine."

Serentak dengan itu, Wallace memegang tangan aku kuat. Wand di tangannya dihayunkan perlahan. Aku terasa seperti badan aku mengecil secara tiba-tiba. Bagai ruangan disekeliling aku menolak aku dari pelbagai arah. Semuanya gelap buat seketika

Bila aku buka mata semula, aku berada di tempat yang asing.

Tempat ni macam Diagon Alley, yang pernah aku lihat dalam Harry Potter.

Jalan yang sempit, kiri kanan terdapat bangunan yang diperbuat daripada batu, cuma bezanya, aku tau aku bukan dekat London.

"Kita dekat Malaysia ke?" Soalku pada Wallace yang berdiri disebelah aku.

"No. Kita dekat Singapura. Singapore Diagon Alley. Witch and wizard dekat Malaysia tak ramai sebab tu tak ada Diagon Alley kat Malaysia. Semua witch and wizard dari Malaysia Indonesia, Singapore dan Brunei akan pergi ke sini kalau nak beli sesuatu." Jelas Wallace.

"Kenapa tak pergi London je terus?"

"Tak boleh pergi jauh-jauh. Nak apparate pun ada had jarak dia tahu?" Kata Wallace.

"Come on Zara. Jangan bazirkan masa, ini benda terakhir kita akan buat sebelum awak mulakan sesi persekolahan dekat sana." Wallace menunjukkan jam poketnya.

Aku cuma mengikut jejak Wallace dari belakang. Wallace kemudian membawa aku masuk ke dalam satu kedai.
 

Ollivander Shop
Since 382 B.C


Ini cawangan ke apa ni? Aku pasti Harry Potter pun dapatkan wand dia daripada orang bernama Ollivander.

Kedai kedai dekat Diagon Aley ni nampak lama, begitu juga dengan kedai ini. Dalamnya agak suram, macam perpustakaan lama. Cuma tak ada bukulah.

"Bygyna! Ada first year nak dapatkan wand!" Laung Wallace sebaik sahaja masuk ke dalam kedai itu.

"First year? First year dekat Hogwarts umur sebelas tahunkan. Sorry Wallace tapi saya tiga belas tahun."

"Pasti ke first year dekat sana sebelas tahun?" Terangkat sedikit kening Wallace.

"Saya dah khatamkan semua buku Harry Potter, Wallace."

"Dear Zara Izhani.  Sebelas tahun adalah umur minimun untuk jadi first year. Lagipun Hogwarts changed. Benda akan berubah ikut peredaran zaman. Cerita Harry Potter tu zaman bila? For your information, Harry Potter by J.K Rowling is a retold story. Cerita tentang lelaki nama Harry Potter tu dah wujud lama sebelum J.K Rowling tulis pasal dia. And J.K, she's a witch you know?" Wallace tersenyum.

"Whatever. Please make it quick. Saya nak bangun daripada mimpi ni secepat yang boleh." Aku mengurut kepala sendiri.

"Mimpi your head Zara. This is not a dream. Awak kena sedar yang awak adalah Muggle-born witch."

"Mis see on?" Satu suara yang agak besar datang daripada belakang aku. Cepat-cepat aku menoleh ke belakang dan mendapati seorang wanita tua berkaca mata nipis, mendekati aku dan Wallace.

"Ma igatsen sind Bygyna!" Wallace bertutur dalam bahasa yang entah aku sendiri tidak faham. Cepat-cepat dia berjabat tangan dengan wanita tua itu.

Wallace yang sudah tenggelam dalam perbualan kecilnya, tiba-tiba kembali pada aku.

"Nah, minum ni." Wallace menghulurkan aku satu botol kecil. Botol yang sama diminum Wallace waktu perjumpaan pertama kami.

"Awak nak racun saya huh?"

"Ini lurate potion. Orang yang dengar awak bercakap akan faham walaupun bahasa yang digunakan berlainan. Begitu juga sebaliknya." Terang Wallace pendek sebelum dia memaksa aku meminum potion tersebut. Jadi benda nilah yang bantu Wallace fasih bahasa melayu?

Rasa macam air longkang yang tawar dan sejuk.

"Jadi Wallace, ini ke budak yang nak dapatkan wand pertamanya?" Wanita tua itu tidak lagi bertutur dalam bahasa asing. Atau mungkin aku yang faham percakapannya, kesan daripada potion tadi.

"Jadi, apa nama awak? Muggle-born, pure-blood or half-blood?" Kali ini, wanita itu menyoal aku.

"Er.. Zara, Muggle-born."

"Ahh Zara. Muggle-born eh? Seperti yang saya jangka, sebab awak nampak agak gementar." Kata wanita itu sambil tertawa perlahan. Tak tahulah bunyi Heigh, heigh, heigh dia tu boleh dikategorikan sebagai ketawa atau tidak.

"Jadi Zara. Saya tahu student baru, Muggle-born macam awak, semua persediaan disiapkan bahagian Student Transferrer, kecuali wand. Sebab, ada wand yang memilih tuannya." Terang nenek—maksud aku wanita itu sambil berjalan ditepi rak yang dipenuhi kotak wand.

"Awak kidal atau normal?"

"Er normal?"

Dia mencapai satu pita pengukur lalu mencampaknya kepada aku. Belum sempat menyambut, aku perasan yang pita pengukur itu tiba-tiba bergerak dengan sendiri, mengukur bahu dan tangan aku.

This dream is getting weird, seriously.

"Dan.. saya rasa ini sesuai untuk awak." Wanita itu menarik satu kotak wand di bahagian paling bawah rak. Dia membuka kotak itu di hadapan aku.

Sebatang wand berwarna hitam emas.

"10 inchi, kayu salix daripada pokok willow, tanduk horned serpent sebagai core. Try it dear/"

Aku jadi ragu-ragu. Kejap muka Wallace aku pandang, sekejap wajah tua wanita itu aku pandang.

Akhirnya, aku menyentuh wand di dalam kotak tersebut. Perlahan-lahan, aku memegangnya.

"flick it up." Wanita itu nampak teruja.

Aku pula sangat naif, cuma menuruti arahannya. Satu percikan cahaya berwarna merah dan emas, keluar di hujung wand tersebut.

Aku mendekatkan wand itu ke muka aku, cuba mencari mana suis wand tersebut, tetapi tak jumpa.

Wand di tangan tiba-tiba terbang ke udara, kemudian mendarat di atas sehelai kertas. Kertas itu dengan sendirinya membalut wand aku.

Wand yang sudah berbalut itu terbang lagi, kali ini ke tangan Wallace.

"First September, guna portkey untuk ke King Cross Station. Bawak burung hantu awak. Barang-barang awak akan disediakan di sana." Terang Wallace, laju.

"Hah?"

"See yah Zara."

Dan sekali lagi, aku dengan ajaibnya berada di dalam kelas semula. Semua orang sudah bergerak.

Crush aku pun tengah pandang aku dengan kening terangkat sekarang.

Abaikan mimpi pelik tu.

Lebih baik aku tengok ciptaan indah depan aku ni.

Don't Wake Me UpWhere stories live. Discover now