3 | Mint

6.2K 962 92
                                    

Hari dah malam. Lepas dinner je terus aku masuk bilik, on laptop. Sambil layari internet, tangan menyuapkan aiskrim Ben & Jerry yang aku beli di Jaya Grocer pagi tadi. Kadang-kadang hidung terbau aroma pizza Classified Chicken dari bilik Hazim.

Aku tunggu je masa dia menjerit panggil nama aku sebab aku dah berjaya tanam dalam lima biji Bertie Botts beans dalam pizza dia.

Aku pergi ke akaun twitter aku. Tangan laju menaip tweet yang baru. Tweet kali ini, aku tulis tentang lelaki pelik yang aku jumpa pagi tadi.

Went to Jaya Grocer this morning and then there is this one Potterhead man asked me about attending to Hogwarts LMAO #Potterhead #MoreLikePotatoHead #NoOffense #ItsOnlyaJoke #HaterGonnaHate #PotatoesGonnaPotate

Tak sampai lima minit, tweet tu dah dapat 235 retweet, 678 like.

Hah tengoklah budak-budak zaman sekarang ni. Aku tweet benda macam ni pun nak retweet.

Hashtag life as a Tweet Famous on thirteen years old.

Sedang aku membalas reply-reply yang aku dapat daripada tweet tadi, pintu bilik diketuk.

"It's me." Suara papa dari luar kedengaran.

Itulah apa yang akan dibuat senua orang bila nak masuk bilik aku. Ketuk pintu, cakap siapa. Memang aku dah letak peraturan tu di notice board dekat tepi pintu bilik. Even kalau ada cousin datang, diorang kena ikut rule aku jugak.

"Masuklah." Kataku pendek. Bila aku dah kata macam ni, barulah orang luar boleh pulas tombol pintu.

Papa menjengukkan kepalanya dulu lalu tersenyum pada aku. Apa memang hensem. Umur 35 pun kacak lagi. Dah berapa kali dah isteri orang try papa.

Hottest daddy alive bak kata kawan-kawan aku.

"Papa nak apa?" Aku membalas senyuman papa.

"Zara ingat tak Zara pernah mintak eagle as a pet?" Tanya papa.

"Oh My God papa belikan ke?!" Aku sudah naik teruja. Memang papa sekarang cuba sorokkan sesuatu daripada aku. Badan dia yang masih dekat luar nampak seperti sedang memegang sesuatu.

"Sorry Zara but no. Eagle tu bahaya, susah jaga. I got you another exotic bird." kata papa sambil kening diangkat angkat.

"Parrot?" Aku cuba meneka

"Nope darling, nope."

"A Mocking Jay?"

"Nuh-uh,"

"Then what?" Aku mengalah.

Papa laju sahaja masuk ke dalam bilik aku. Tangannya memegang sangkar burung yang agak besar.

"An owl!!" Jerit papa riang.

"An owl?"

"Now now my daughter kenapa dengan muka tu?" Papa membuat muka.

"Owl is a bit creepylah pa. Kalau malam-malam dia hoot hoot macam mana?" Aku memandang burung hantu berwarna teal blue di dalam sangkar itu.

"My hearts ached. Sampai hati anak papa tolak hadiah ni. Hazim dahlah alah dengan burung." Papa mengurut-urut dadanya.

"Ala papa ni." Segera aku bangun dari katil lalu mengambil sangkar ditangan papa.

Don't Wake Me UpWhere stories live. Discover now