28- bilik rahsia super awesome

222 20 6
                                    

Selepas mama keluar dari bilik, dengan bantuan adiknya kasyif, kasyaf segera menyiapkan projek barunya.

"Abang! Balang 2 liter isipadu kita mana ada" keluh kasyif dalam teruja.

Manalah tak terujanya, selama 17 tahun dia hidup, baru tau rumah yang mereka diami ada satu bilik rahsia yang hanya kasyaf sahaja ketahui.

"Abang, adik nak tanya.... Macam mana bilik ni ada?"

"Kau ni, time ni lah kau nak tanya. Nanti bila ada masa, kau ingatkan lah abang ye? Sekarang ni, kau bantailah balang mama kat dapur sana. Abang nak yang segiempat. Cari ye"

"Abang! Kenapa kasyif pulak?" Rungut kasyif lagi. Ini kalau mama dapat tau barang dia hilang, silap silap mama mogok tak nak masak

"Sebab... Adik abang ni kan hebat. Semua tempat mama simpan barang kau tau. Cepat cari. Esok nak guna ni" eii! Pandainya abang bodek!

"Ye lah" kasyif segera keluar dari bilik rahsia kasyaf. Sebenarnya dia suka dengan bilik rahsia kasyaf yang berada di sebalik almari hiasan diruang tamu. Patutlah kasyaf suka sangat berdiri dekat almari hiasan mama!

Kasyif berdiri membelakangi pintu keluar. Sebelum itu, dia sempat memerhati cctv yang berada disebelahnya. Wo line clear. 

Dirapatkan badan kedinding dan wow! Kasyif kini sudah berada di ruang tamu rumahnya selepas menekan butang hello kitty disebelah dinding.  Macam tak percaya aja rumahnya begitu canggih manggih.

"Kasyif! Kau buat apa dekat almari hiasan mama tu? Mama baru je lap!" Laung mama dari jauh. Terkejut beruk mama dibuatnya apabila anaknya yang sekor ni melekat dekat almari kesayangan

"Oh mak kau!" Gugur jantung kasyif.

"Hish mama ni, gugur jantung kita"

"Gugur lagi jantung mama tengok kau melekat kat almari mama"

"Mama!"

Mama tergelak apabila kasyif menarik muka seribu masam. Manja betul!

"Urmmm" kasyif sakit hati dengan mamanya yang lebihkan almari dari dirinya. Nak majuk!

Eah! Kene cepat! Segera kasyif berlari kedapur.

Almari dapur mama yang menempatkan semua tupperware dibuka. Wow, sejak bile koleksi tupperware mama ni bertambah.

Dicari tupperware yang sedang-sedang. Tak ada! Kalau kecil, kecil sangat. Kalau besar, besar sangat.

Kasyif masih belum mengalah. Almari mama yang paling atas dibuka.

Buka sahaja, cahaya putih yang terang benderang keluar dari almari. Ok hiperbola je.

Tupperware segi empat diambil dan disimpan didalam baju.

Wuuu perutku segiempat. Kasyif berlawak sendiri. Diraba-raba perutnya yang keras seolah meraba perut yang ada baby. Heh heh kau ni kasyif. Tak semenggah.

"Kasyif! Kenapa almari mama tu terbukak?"

Omakkau! Kasyif terus duduk mencangkung melindungi perutnya. Nasib mama berada dibelakang, kalau didepan, matiiiiiiii

"Kau ni kenapa mencangkung? Nak terberak ke?" Mama menggelengkan kepalanya. Haih anaknya ni, kene bawak pergi hospital

"Perut senak"

"Ha tu lah, bukak lagi almari mama. Kenapa bukak almari mama?"

"Mama!"

Mama tergelak lagi. Suka menyakat anaknya.

Dah, pergi masuk bilik.

Apabila mama melepasinya, kasyif memusingkan badan dan terus berlari masuk kedalam bilik rahsia super awesome!


Puteri KambingWhere stories live. Discover now