27- dah kecil

235 21 25
                                    

"Yeahhhhh!" Kasyif dan kasyaf bertepuk tangan. Rasa gembira sangat!

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik kasyaf diketuk. Ini pasti mama.

"Masuklah" suruh kasyaf pada masa yang sama, puteri yang sudah mengecil diangkat dan dimasukkan kedalam baju. Ini dah mati akal dah nak nyorokkan kat mana. Harap puteri tabah dekat dengan bau badan kasyaf.  Heh heh

Lepas mama masuk, kasyaf dan adiknya memberi mama ruang untuk duduk dibirai katil.

"Abang, adik, sejak dua menjak ni  abang dengan adik ada rasa pelik-pelik tak kat rumah ni." Tanya mama dengan reaksi muka yang pelik.

Puteri yang berada didalam baju kasyaf mula mencuri telinga. Puteri mula berdoa supaya kasyif dapat kelentong mama dia. Sebab kasyif memang kaki kelentong. Kasyaf baik.

"Kenapa mama? Mama rasa ada hantu ke rumah ni?" Sampuk kasyif bersahaja. Dia tau abangnya tengah kelu. Al-maklumlah tak pernah belajar menipu 'sikit'

"Hurm mungkin kot. Sebab mama dapat rasa rumah ni macam ada sesuatu menumpang"

"Firasat mama je kot" kasyaf bersuara. Finally! Kasyaf bersuara.

Puteri yang masih didalam baju kasyaf sudah mula selesa. Haih kenapalah kau ni gatal sangat puteri. Bicara hati puteri.

Tapi serius best kat badan kasyaf. Wangi je. Tapi ada kurang sikit. Kurang oksigen! Cepatlah mama kasyaf ni keluar. Syuh!

"Hurm. Kalau ada apa-apa pelik, abang bagi tau mama" tersengih-sengih kasyaf berbicara. Dalam hatinya, harap sangat mama keluar.

"Eah mama, papa panggil lah tu" kasyif menunjuk jarinya kearah pintu bilik. Sekali sekala auta mama tak apa. Heh akal kancil betul kau kasyif!

"Ha ye lah mama. Baik mama pergi cepat" sambung kasyaf.

"Mama pon macam dengar papa panggil" kemudian mama berangkat bangun dari katil dan keluar bilik menuju ke arah ruang tamu.

"Hey adik, betul ke papa panggil? Abang tak dengar pon" sambil itu  mengeluarkan puteri dari dalam bajunya. Tentu sesak napas nate ni.

"Adik rasa bukan. Tapi memang tadi adik dengar suara papa"

"Pandai kau"

Puteri yang berjaya keluar dari dalam baju kasyaf menarik nafas panjang.

"Abang... Nanti macam mane? Esok abang dah mula pergi universiti dan adik pon kene pergi sekolah. Puteri macam mane?"

"Adalah"

Yosh! Ape rancangan kasyaf ni???

Puteri KambingWhere stories live. Discover now