♥ 11 ♥

2.5K 221 53
                                    

PolarQube Company

Laju kaki Jungkook melangkah masuk ke dalam bangunan syarikatnya eh papanya, belum official CEO lagi. Kena tambah pengalaman dulu baru dapat pegang syarikat besar ni.

Hatinya sudah berbunga². Almaklum semalam dapat pujuk balik ahjumma comel sampai balik rumah pun termimpi². Kuat berangan atau angau?

Dirinya sudah melintasi meja kerja Jihyo, kemas je. Takkan tak masuk kerja desis hati kecil Jungkook.

"Choa.. Miss Park dah masuk ke?" Soal Jungkook sebaik saja masuk ke biliknya.

Choa mengelengkan kepalanya, "mungkin dia keluar kot.. Kenapa En. Jungkook?" Tangannya lincah menulis segala butiran yang perlu Jungkook lakukan hari ni.

Jungkook tersenyum, "hurmm.. Tak apa.. Awak boleh keluar ya.."

"Ehh En. Jungkook tak nak tahu tentang apa² agenda ke hari ni? Takkan tanya pasal Jihyo unnie je ni" Choa mula menyakat.

Jungkook menggosok belakang lehernya dan tersenyum nipis.

"Apa agendanya?" Soal Jungkook serius.

.....................

"Nasib kau masuk.. Aku ingat kau berhenti betul.. Semalam mengamuk siap campak pas kerja kasar².." Sunmi mencebik.

Mereka bertiga baru keluar dari cafeteria company, datang kerja awal semata² nak pergi melantak. Idea Kwangsoo sentiasa mengarut.

"Laaa.. Tak habis lagi ke hal ni.. Aku malas cakap hal ni lagi.." Jihyo sudah membuat muka. Tangannya laju menekan butang lif.

Kwangsoo memeluk kemas bahu Jihyo. "Kau kuatkan.. Aku sentiasa ada dekat sisi kau".

"Wahhh.. Kau.. Tetiba nampak macho pulak tengok kau cakap macam tu.." Sunmi teruja.

Kwangsoo terasa bangga *flip hair*. Jihyo sudah mula loya.

Sunmi dan Kwangsoo masih lagi bergurau senda, hanya seketika Jihyo menyampuk gurauan mereka berdua.

Keluar saja dari lif, mereka berdua sudah ke depan. Jihyo singgah sebentar diruangan memo, mana tahu ada kekosongan dekat jabatan lain. Boleh la mencelah, tak nak duduk satu jabatan dengan budak hingusan.

"Jihyo ada bunga atas meja.. Aaaaa.. Siapa bagi?" Sunmi mula terjerit² bagai orang kena histeria.

"Bunga?" Jihyo mula bergerak ke mejanya.

"Siapa bagi bunga ni?" Soal Kwangsoo pada Sunmi.

"Jangan jadi pabo boleh tak pagi² ni.. Kalau aku tahu. Tak dek lah aku terjerit².." Sunmi mula mengetuk kepala Kwangsoo.

Jihyo hanya memandang kosong pada bunga yang dari tadi berpindah randah, sekejap dekat tangan Sunmi sekejap pada Kwangsoo.

"Eishhh korang dua ni.. Dah kenapa? Bunga je kan? Nak? amik.. Pergi main jauh².. Shuuuhh" Jihyo mula menghalau.

"Amik kau.. Siap halau.. Nah amik balik bunga kau.. Kwangsoo yaaahh.. Belikan aku bunga?" Sunmi mengelip²kan matanya.

Kwangsoo cepat² berlari "suruh boyfriend kau belikan.. Tak kuasa aku layan otak gila kau tu..".

Second Love 💘COMPLETE💘Where stories live. Discover now