Muntah

46 2 0
                                    

Pernah muntah ? mestlah pernah kan ? Tapi makan muntah sendiri pernah ? Mesti takkkan. Tapi aku pernah. Dalam KTM pulak tuu. argghhhh

Kisah yang paling tak boleh dilupakan. Sangat tak boleh. Dan aku nak kongsi ni supaya korang tak jadi macam aku.

Pagi jumaat. Bulan puasa masatu. Aku ada sem pendek. Aku tak puasa haritu. ponteng !  Hehehe. *jangan tanya kenapa sebab membe ajak weh..nafsu siaa

Kisahnya macam ni. aku tak sahur. Biasalah mana rajin nak bangun weh.. Pastu pukul 8 ada kelas. Habis kelas pukul 10:30.. Apa lagi.. Balik dorm lah kawan kawan. Layan cerita percy jackson dengan membe.

Sambil layan sambil makan Maggi royale korea. Auchh sedapnya.
Tapi aku silap.
mungkin pada permulaanya ianya adalah satu nikmat tetapi pengakhirannya ianya adalah satu bencana.

Petang tu balik. Aku balik pukul 2. Tumpang qila sampai ktm. Dah la sorang takde membe. Kesian.

Mulanya aku memang dah rasa sebu. pening. semualah. tapi nak balik punya pasal. Terpaksa la weh. Sob sob.

Masa dah sampai ktm bangi tu. Aku pening gila. Badan rasa tak sedap je doh. Kawan aku blah je aku terus pergi bilik air. Muntah. Perghh.. sedih gila weh time tu dah la tak de air . Air paip je aku minum. *Al maklumlah bulan puasa ann

Naik ktm.  aku amik coch perempuan. Dapat duduk kat lantai pon jadi. Lama gak ah aku tahan muntah. aku kene lalu
29 station kereta api
3 jam perjalanan untuk smpi ke rumah.

Lama. gentle lama gila.

Aku nak muntah. Tapi kereta api penuh. nasib semua perempuan. Aku tahan. tahan dan tahan. Aku muntah dan telan. Lebih kurang 5 kali gak la telan muntah. Sampai satu tahap aku tak boleh tahan akhirnya

" wekkkkk.. "

tersembur keluar. Kesian orang kat dalam ktm. mesti busuk. Aku nak nangis sebenarnya tapi tak boleh. sedih sangat agaknya. Habis tudung, baju sekolah, kain n beg aku kene muntah. Dah la jauh lagi. Ada laa dalam 23 station lagi aku kene tempuh. Kene tukar station bagai.  Haihh Nasib ada orang bagi kain dekat si malang ni. Semoga hidupmu diberkati Allah wahai pemberi kain.

Sejak tu seres aku tak pernah makan or usik maggi royale dah. And menyesal sebab terpedaya dengan godaan kawan yang seperti syaitonn. Hahaha.

nak pesan. Pastikan selalu bawak minyak angin. Kalau ada pape berlaku senang. See, time aku muntah tu la minyak angin aku habis. Menyesal tahap gaban weh

And Jangan ponteng puasa tau. Nanti allah bayar cash macam aq. huhu

Aku, aku dan aku حيث تعيش القصص. اكتشف الآن