BAB 12

87 9 0
                                    

I hate you
I love you
I hate that I love you
Don't want to
But I can't put
Nobody else above you

I hate you
I love you
I hate that I want you
You want her
You need her
And I'll never be her

Bait-bait lirik lagu itu dihayatinya. Rasa rindu itu masih kuat dan sukar untuk diusir meski pelbagai cara sudah dia cuba lakukan. Namun hasilnya,tetap sama.

"How can she has my number eh?" Fadlan berbisik. Entah apa yang merasuk fikirannya untuk menelefon nombor yang tidak dikenalinya pada malam semalam.

"So the person is Dania? She is sweet tho" Fadlan tersengih apabila teringatkan perkara semalam. Baru dia hendak memulakan perbualan,talian sudah dimatikan begitu sahaja. Apabila dia cuba membuat panggilan,hanya voice mail yang masuk.

Senyuman nakal terukir. Lantas iPhone di atas katil dicapainya lalu didail nombor Elyara.

Tuuutt.....tuuuuttt......

"Ya,assalamualaikum?" suara Elyara kedengaran di corong telefon.

"Waalaikumussalam,Dania. Still remember me?" Fadlan menyoal. Rambutnya dikuak kebelakang menampakkan lagi sisi seorang lelaki yang maskulin.

"Hmm ya,Tuan Fadlan kan? Ada apa eh awak call saya? Saya busy ni" Elyara membalas. Suaranya kedengaran tercungap-cungap dan tidak berminat untuk berbual lanjut dengan Fadlan.

Fadlan menghembus nafas untuk mengurangkan rasa gugup. Hmm,why eh? Mustahil lah dia nak jatuh cinta dengan Elyara,lagipun bukan ke Nazurah je ke yang boleh buat dirinya bahagia?

"Lah busy ke? Awak dekat mana ni?" tanya Fadlan ingin mengetahui lebih teliti tentang situasi Elyara pada ketika itu. Jam di dinding menunjukkan angka 12:20 tengah hari. Dirinya sudah siap berpakaian baju melayu untuk ke masjid bagi menunaikan solat fardhu Jumaat.

"Saya tengah kemas barang nak balik KL ni,ada apa yang saya boleh tolong ke,Tuan Fadlan?"

Fadlan berdehem seketika. Dia menukar posisi daripada duduk kepada berdiri. Kunci keretanya diambil. "Dah balik KL bagitahu saya ya. Okaylah,saya nak pergi solat dulu ni. Drive safe" pesan Fadlan lalu mematikan panggilan. Bibirnya terukir senyuman.

****

"Kau memang tak guna! Ada isteri tapi perangai macam sial!" tangannya laju menumbuk tubuh isterinya yang sedang menangis teresak-esak menggunakan batu lesung. Anaknya yang masih berumur lima tahun memeluk ibunya yang menjadi mangsa sepak terajang lelaki yang bergelar ayah itu.

"Abang.....sa...s..sakit,bang" suara perempuan itu merintih menahan kesakitan. Apa sangatlah daya dia sebagai wanita yang lemah untuk melawan jika hendak dibandingkan dengan kudrat si suami yang lebih kuat.

"Ayahhhhhhh,janganlah pukul ibu. Ibu sakit,yah! Ayahhh" si kecil itu merayu kepada bapanya yang sudah semakin hilang kewarasan. Air matanya mengalir lebat melihat darah yang mengalir di tepi bibir ibunya kerana terkoyak akibat dibelasah dek ayah.

Taufiq menghayunkan telapak tangannya ke arah muka si anak. Satu tamparan hebat nenyebabkan anaknya jatuh terjelopok ke lantai. Sabarnya sudah tidak dapat ditahan. Tubuh anaknya yang kecil itu didukung lalu pergi ke bilik air. Soleha meraung menjerit nama anaknya namun langsung tidak diendahkan oleh Taufiq.

Taufiq membenamkan kepala anaknya ke dalam kolah yang masih penuh berisi air. Haziq hanya menjerit memanggil ibunya.

"Hah rasakan kau! Anak dengan mak sama je menyusahkan aku! Mampus kau setan!!" Taufiq yang seperti orang gila semakin sakan melemaskan zuriatnya sendiri. Hatinya sedikit pun tidak mempunyai rasa simpati terhadap anak kandungnya itu.

Iblis dan syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan anak cucu Adam bertepuk tampar apabila berjaya menghasut seorang lagi hamba Allah untuk diseretnya ke neraka yang penuh azab bersama mereka.

"Ay....yah....ayah.." suara Haziq tenggelam timbul memanggil ayahnya. Sungguh dirinya terasa amat lemah. Oksigen semakin kurang sampai ke jantung untuk dipam ke seluruh badan. Denyutan nadinya pula makin lama makin lemah.

Anak kecil itu tersenyum dengan penuh tenang walaupun ayahnya tetap terus menenggelamkan kepalanya ke dalam air. "Ibu,Haziq tunggu ibu dekat syurga. Haziq sayang ibu,sayang ayah. Kita jumpa dekat sana ya" hati Haziq berkata seraya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Taufiq tersentak apabila menyedari tiada pergerakan oleh anaknya setelah sekian lama dia membenamkan wajah anaknya ke dalam air. Tangannya terketar-ketar apabila melihat wajah Haziq sudah kebiruan.

"Haziq,haziq" Taufiq menampar perlahan wajah anaknya. Dirinya berasa takut untuk memastikan sama ada Haziq masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Jari telunjuknya didekatkan ke arah hidung Haziq.

"Takk...takkk...aku bukan pembunuh! Aku tak nak masuk penjara. Haziq bangun!!!!" tubuh anaknya disepak-sepak. Namun,masih sama. Anaknya tidak bergerak langsung.

"Abang!!!! Apa yang abang dah buat dengan anak kita ni?" Soleha menjerit lemah. Haziq yang terbaring didakapnya lalu dikucup dahi anaknya dengan penuh rasa cinta dan sayang. Mutiara jernih semakin laju mengalir turun ke pipi. Dadanya berombak menahan amarah terhadap suaminya.

"Lelaki dayus! Kau tengok apa yang kau dah buat dekat Haziq! Anak kau sendiri kau sedar tak?!!! Jantan tak guna! Kau tahulah balasan kau kat akhirat nanti. Aku akan tuntut keadilan,dasar pembunuh!!" Soleha berkata dengan suara yang kasar. Air matanya tidak henti-henti  mengalir dari tadi. Kesakitan yang dirasainya tidak lagi dipedulikan. Nyawanya kini sudah hilang apabila satu-satunya anak yang disayangi pergi meninggalkannya untuk seumur hidup.

Taufiq meraup kasar mukanya. Badannya melorot ke lantai menyesali perbuatan kejamnya sebentar tadi.

Soleha mendukung mayat anaknya lalu mencapai kunci kereta dan telefon bimbit. Langkah kakinya dihayunkan keluar dari rumah yang dianggapnya seperti nereka. Suara Taufiq yang memanggil namanya tidak dipedulikan langsung. Biarlah jika orang nak cakap dia isteri yang derhaka ke,dia sudah tidak tahan.

Sepanjang enam tahun perkahwinannya dengan Taufiq,boleh dikatakan hampir setiap hari badannya dipukul,ditumbuk,disepak dan didera oleh suaminya sendiri. Air matanya sudah kering untuk meminta simpati sang suami.

Perodua Myvi berwarna merah yang dipandu Soleha menyusur laju di jalan raya. Dia ingin lari dari semua masalah yang ditanggungnya sepanjang berkahwin. Timbul rasa bersalah dalam dirinya terhadap wanita yang pernah dikhianatinya suatu ketika dahulu. Mungkin ini adalah karma atas kesalahannya kepada wanita itu. Soleha mengerling sekilas ke arah mayat anaknya yang sudah lebam kebiruan. Hatinya masih sakit mengenangkan perbuatan Taufiq. Sungguh,Taufiq adalah lelaki yang bertopengkan syaitan. Jiwanya kejam,hatinya lebih busuk daripada bangkai.

"Kau tahu nasib kau,Taufiq. Kau tunggu" hati jahat Soleha berbisik. Dendam terhadap suaminya akan bermula.

Assalamualaikum! Alhamdulillah Allah gives me ideas to continue my story. Do vote and read! Sorry ya kalau cerita sis agak membosankan. Happy reading!❤

Promise Dengan Saya? [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now