BAB 11

99 10 0
                                    

Mungkin keadaan dirinya yang agak tidak terurus ketika itu membuatkan lelaki yang akan menikahinya sebentar lagi menukar fikiran. Saat Elyara sedang menghitung detik untuk menggapai kebahagiaan,segalanya hancur musnah.

Taufiq yang dulu menabur janji untuk sehidup semati dengannya,pergi begitu sahaja semasa hari bahagia mereka. Keluarga Elyara menanggung malu yang maha hebat. Kutukan,makian dan cacian yang dilemparkan kepada keluarganya oleh jiran tetangga amatlah mengganggu emosi hidupnya.

"Lawa betul lah Kak El hari ni. Mesti Abang Fiq terbeliak mata masa tengok akak" usik Zila. Dia tersenyum puas melihat hasil solekan tangannya yang indah pada wajah Elyara. Tak sia-sia usaha dia selama ini belajar make up.

Elyara tersipu malu. Hatinya berdebar untuk menunggu acara akad nikah yang akan berlangsung sebentar nanti. Jujur hatinya berkata,dia tidak pernah berasa sebahagia ini sepanjang kehidupannya.

"Ish Zila ni. Ada-ada je. Akak bukannya lawa macam Zila. Muka kampung je" ujar Elyara merendah diri. Ya,siapalah dia jika hendak dibandingkan dengan Zila. Walau baru berumur 16 tahun,tapi sudah pandai menceburkan dirinya dalam bidang solekan.

Zila tergelak mendengar kata kakak saudaranya itu. "Kak El,lepas ni kalau ada....."

Belum sempat Zila meneruskan bicara,kedengaran suara Ezam di pintu.

"El !!!"

Elyara dan Zila terkejut mendengar suara Ezam menjerit.

"Kenapa,along?" soal Elyara. Suaranya kedengaran sedikit cemas. Ya Allah,apa yang telah terjadi?

"Taufiq"

Mata Elyara panas. Dirinya bimbang dengan berita yang ingin disampaikan oleh abangnya itu.

"Taufiq lari" beritahu Ezam. Wajahnya jelas menunjukkan riak tidak puas hati. Dia berasa kasihan dengan adiknya. Sudah banyak derita yang ditanggung Elyara,tup-tup pengantin lelaki pulak lari.

"Allah" ucap Elyara sebelum semuanya gelap.

****

"Oit" cuit Wazrina. Mereka berada di kampung Elyara. Pelik melihat sahabatnya yang senyap sedari tadi.

Elyara menoleh. "Kenapa?" soalnya.

"Kau ada masalah ke El? Dari semalam kita sampai,kau asyik termenung je. Dah nak dekat ke?" Wazrina bergurau. Ingin menceriakan sedikit suasana tegang yang dirasai Elyara.

Elyara tersenyum pahit. "Kalau betul ajal aku dah sampai,apa aku boleh buat kan,Rina? Kita takde kuasa nak halang ketentuan Ilahi" balas Elyara tenang. Otaknya berserabut apabila terkenang tentang hubungan cintanya yang tidak kesampaian.

Wazrina terkedu. Sah,Elyara memang ada masalah. Selalunya jika diajak bergurau,akan dilayan gurauan itu oleh Elyara.

Mata Elyara kembali merenung ke luar tingkap. Langit pada malam itu berwarna hitam pekat tanpa dihiasi taburan bintang. Begitu juga apa yang sedang hati Elyara alami. Udara malam yang sejuk itu terasa hingga menggigit tulang sum-sumnya.

"Beb,kau kenapa ni? Janganlah buat aku risau. Aku ada buat salah ke sampai kau terasa hati ni?" Wazrina bertanya. Tidak keterlaluan jika dia cakap yang dia sayangkan Elyara seperti adik-beradiknya sendiri. Sewaktu keluarganya hidup mengemis setelah ayahnya pergi,Elyara lah yang banyak membantu dirinya untuk kembali bangun mengharungi kehidupan. Sejak dari itu,Wazrina tekad yang dia akan sentiasa ada di sisi Elyara saat kawannya itu perlukan sebarang pertolongan.

Kedengaran bunyi tapak kaki menuju ke bilik mereka. "El,Rina. Jom turun makan. Semua dah tunggu tu" ajak Puan Dahlia. Senyuman dihadiahkan kepada dua orang gadis tersebut.

Wazrina mengangguk. "Kejap lagi kitorang turun ya,ma" balas Wazrina. Dia membahasakan Puan Dahlia sebagai mama kerana sudah menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri. Malah,Puan Dahlia juga berasa senang dengan panggilan itu.

Puam Dahlia berlalu ke dapur selepas mengajak mereka untuk makan malam. Pastinta suasana di meja makan akan meriah dengan adanya pertambahan ahli.

"El,jom turun makan. Mama kau dah panggil tu"

"Aku takde selera la,Rina. Kalau kau lapar,kau pergilah makan dulu" Elyara menjawab lemah. Memang selera makannya mati.

Wazrina menggeleng melihat sikap endah tidak endah kawannya. Sudahlah Elyara ni ada gastrik,boleh pulak tak nak makan.

"Jomlah El. Kita dahlah jarang balik sini. Kalau kau tak makan kecil pulak hati mama kau nanti. Kita makan eh" Wazrina memujuk. Tangannya menepuk lembut bahu Elyara.

"Hmm,jomlah" Elyara mengalah. Bibirnya tersenyum kecil. Mereka berlalu ke dapur beriringan.

"Kau kenapa ni dik? Muka sembab je?" Ezam bertanya kepada adiknya. Tangannya mencedok kuah asam pedas. Air tangan mamanya memang tiada tolok banding. Mujur dia seorang yang rajin bersenam,kalau tidak mungkin perutnya semakin boroi.

"Tak ada apalah. Along,lama lagi ke kau cuti?". Puan Dahlia menghulurkan pinggan yang berisi nasi putih kepada Elyara dan Wazrina. Seronok sungguh dirinya melihat mereka menikmati juadah malam dengan penuh selera. Kecuali Elyara.

Ezam meneguk air sirap sebelum menjawab pertanyaan Elyara. "Lusa dah kerja dah. Kejap je along cuti. Kau tanak sambung belajar ke dik,Rina?"

"Niat tu memang ada,tapi nak kumpul duit dulu. Yelah,ekonomi sekarang kan tengah gawat. So,nak stabilkan kewangan dulu" jelas Wazrina. Digaulnya nasi bersama kuah asam pedas.

Ezam mengangguk.

"Pelik betul abah dengan kamu semua ni. Tengah makan pun masih bincang pasal kerja,sambung belajar semua ya" gurau Encik Edham. Pinggannya dihulurkan kepada isterinya.

Puan Dahlia menyendukkan nasi ke pinggan Encik Edham. Suaminya kalau makan tidak bertambah memang tidak sah. Sudah lama mereka anak-beranak tidak makan semeja. Maklumlah semua sudah sibuk dengan kehidupan sendiri walau belum berkahwin.

"Alah bukan selalu jumpa,bah. Adik rindu dengan abah,mama. Jarang tau adik dapat balik ni" kata Elyara. Mulutnya sedang mengunyah perlahan agar makanannya dihancurkan dengan lumat oleh enzim amilase sebelum berlalu ke esofagus seterusnya pergi ke duodenum.

"Aik,mama dengan abah je ke rindu? Along,kau tak rindu?" sakat Ezam.

Elyara menjeling abangnya. "Rindu kau buat apa. Ni hah Rina yang ajak datang sini katanya dah lama tak jumpa along. Dia yang rindu along" ujar Elyara. Tawanya ditahan.

Tangan Wazrina mencubit paha Elyara. "Weh,sakit ah" jerit Elyara. Diusap pahanya yang terasa sakit itu. Tangan Wazrina ni memang tangan ketam!

Mereka tertawa melihat gelagat Elyara dan Wazrina. Ezam apa lagi,tersenyum gatal bila tahu ada insan yang sedang merinduinya. Puih!

"La yeke? Rina kenapa tak bagitahu awal-awal rindu abang? Nakal tau" Ezam mengusik teman adiknya itu.

Wazrina tunduk malu. Merah padam mukanya mendengar usikan si "crush".

****

"Bruppp" Elyara sendawa kekenyangan. Perutnya diusap perlahan.

"Ish,tak senonoh punya anak dara. Kuat betul sendawa kau ni" tegur Wazrina. Kenyang betul mereka pada malam itu.

Elyara tersengih seperti kerang busuk. "Dah lama tak makan sedap,gini lah jadinya".

Telefon bimbit Elyara berbunyi. Dicapainya alat komunikasi tersebut sebelum menjawab panggilan.

"Yes?"

"Boleh tahu ini siapa?" orang di talian bertanya.

Choppppp! Suara ni macam biasa dengar. Macam lah tapi tak berapa nak pasti.

"Kenapa ya?" Elyara membalas. Wajahnya berkerut seribu. Telefon yang terlekap di telinga dialihkan lalu melihat ke arah skrin.

"Tuan Fadlan"

Tertera nama lelaki yang pernah dia susahkan tempoh hari.

"Oh no!"

Promise Dengan Saya? [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now